Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Info SaifulSham.com

Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Minggu lepas, saya mendapat satu email yang dihantar bekas peserta seminar mengatakan masalah yang dihadapinya kerana menghantar satu jenis anak pokok menggunakan kurier.

Wah, ini pertama kali saya mendengar kes seperti ini (walaupun saya tahu produk tersebut tidak sepatutnya dihantar menggunakan kurier).

Penghantar email ini memberitahu saya, bahawa dalam rekod lepas beliau menghantar menggunakan kurier, tidak ada masalah. Selalunya mengambil masa dalam sehari dan anak pokok itu masih hidup.

Masalah dihadapinya apabila syarikat kurier lewat menghantar ke tangan pelanggan walaupun sudah tiba ke destinasi sebuah bandar tersebut. Mereka terlewat sehingga 5 hari (kalau hantar haiwan pun rasanya haiwan itu boleh mati kerana kelaparan).

Dalam hal ini saya tidak dapat membantu sepenuhnya kerana pertama, ia adalah satu bentuk kesilapan kerana menghantar produk jangka pendek menggunakan kurier.

Walaupun servis penghantaran itu adalah kurier, pertama, mereka tidak ada polisi untuk memberi air atau cahaya kepada anak pokok terbabit. (Mereka bukanlah seperti MAS yang mempunyai servis Animal Hotel - dimana penjagaan haiwan yang ingin dihantar disediakan oleh MAS).

animalhotel MAS

Saya terpaksa mencadangkan beliau supaya merujuk kepada syarikat kurier terbabit jika anak pokok terbabit mati. Apapun, syarikat kurier itu hanya mungkin boleh disabitkan kesalahan menghantar produk lewat. Disini, jika syarikat kurier membayar pampasan pun, yang mungkin diperoleh adalah pampasan nilai penghantaran, dan bukannya nilai produk. (Ini prosedur biasa mana-mana syarikat kurier, yalah kalau anda hantar emas, takkan mereka nak ganti emas~)

syarikat kurier

Dalam hal ini, saya memberi satu penyelesaian (walaupun tidak murah), iaitu mencari syarikat yang menghantar terus ke tangan pelanggan tersebut. Syarikat kurier mempunyai ramai pelanggan, mereka akan mengumpul produk sebelum membuat penghantaran.

Syarikat yang dimaksudkan mungkin juga sebuah syarikat kurier (yang menawarkan servis ini) atau syarikat penghantaran persendirian.

Satu lagi penyelesaian yang saya lihat yang dilakukan Blooming.com.my (menjual bunga di internet) adalah dengan memasang agen bagi setiap negeri. Bermakna, jika mereka mendapat tempahan dari Sarawak, mereka akan menghubungi agen kedai bunga mereka disana untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Cara ini lebih selamat berbanding jika Blooming.com.my mengepos bunga hidup itu menggunakan kurier. (Memang sah bunga itu akan layu dahulu)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli

Hello pembaca SaifulSham,

Ketika saya dibawa bapa saya ke lokasi pelaburan tanahnya, saya melontarnya satu soalan.

“Macam mana abah tidak pernah gagal jual tanah dalam masa yang singkat (kurang setahun)?”

Maka bapa saya pun memberitahu, “Tanah pun macam produk. Kalau produk separuh siap, siapa mahu beli, jadi, hiaskan dan persembahkan produk itu sebaik mungkin”
Saya masih kabur akan jawapannya. Lantas saya menyambung pertanyaan, “Maknanya, dalam industri pelaburan tanah ni, ada juga orang gagal menjualnya? Macam tu?”

“Ya, tetapi walaupun dia gagal menjual, nilai tanah itu tidak akan susut, cuma modalnya akan sangkut disitu. Jadi dia tidak boleh membuat pelaburan tanah yang lain”

“Ooo, kalau macam tu, macam mana hendak persembahkan tanah tu kepada pembeli supaya diorang tu berebut hendak beli” tanya saya lagi.

“Mudah je, tetapi ramai yang tidak ambil pusing benda ni. Macam beli rumah, kemudian naik-taraf, dan jual. Tanah pun kena naik taraf sikit sebelum boleh dijual.

(UNTUK MELIHAT CONTOH : LIHAT PORTFOLIO 2 DI SINI)

Paling penting, bersihkan tanah tersebut (kalau ada pokok, tumbangkanlah), tambun tanah, bina jalan tar menghubungkan ke tempat tanah tersebut. Bina sambungan paip” kata bapa saya lagi.

Ramai orang yang ingin menceburi bidang pelaburan tanah tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan ini. Mereka beranggapan dengan lokasi yang strategik adalah segala-galanya dalam memikat bakal pembeli.

Sebenarnya, cara persembahan yang menarik juga mempengaruhi emosi bakal pembeli.

Saya beri satu contoh, jika anda datang sebagai bakal pembeli, sudah tentu anda akan melihat dahulu fizikal tanah tersebut.

Apakah perasaaan anda jika anda melihat hutan yang belum ditebang, semak samun, tiada jalan menghubungkan ke kawasan tersebut walaupun tidak jauh dari jalan utama.

Sudah tentu perasaan anda akan bercampur baur memikirkan kos tambahan yang akan dikeluarkan anda.

Tetapi jika anda datanag, tanah sudah lapang dan siap jalan tar lagi. Apakah anda akan membelinya atau membiarkannya?

(UNTUK CONTOH LIHAT PORTFOLIO NO 2 DI SINI)

W.M.Syazwan
UrusHartanah.com

Bacaan Lanjut:

Iphone,komisyen affiliate, UrusHartanah.com

Hello pembaca SaifulSham,

Berita baik, kami sudahpun membeli domain name baru untuk sebuah laman web menjual Iphone dipasaran Malaysia. Stok baru dari US telahpun tiba dan kami bersedia memenuhi permintaan anda.

Disamping itu, kami bersetuju memberikan anda komisyen sehingga RM200 untuk setiap jualan sebagai affiliate laman web baru nanti.

Harga kami dijamin adalah antara terbaik di Malaysia. Nantikan kemunculan laman web jualan Iphone ini minggu hadapan.

Berita mengenai UrusHartanah.com, kami menjangkakan kami akan melancarkannya malam ini. Sehubungan itu, waktu pelancaran dilanjutkan pada pukul 10 malam. (semalam pun kami bekerja sampai pukul 4 pagi tadi).

Ok, walaupun Sabri mengungumumkan persaraan kami dari teaching how to make money, tetapi kami akan terus mempraktikkan teknik-teknik baru dalam perniagaan internet dan perkara ini hanya didedahkan dalam seminar kami sahaja.

Kami tidak berhasrat mengeluarkan sebarang produk berkaitan how to make money buat masa hadapan. Anyway, umur kami masih muda. Apabila Sabri menyebut bersara, bukanlah kami akan bersara dan pergi begitu sahaja.

Tumpuan kami sekarang adalah 100 peratus kepada perniagaan. Seperti dalam pos lalu, saya tidak akan berpuas hati jika syarikat milik saya dan Sabri ini tidak mencapai tahap Berhad. Saya percaya, ia pasti berlaku nanti.

Sekian,

W.M.Syazwan
(Jangan lupa ke UrusHartanah.com jam 10 malam. Banyak info kami akan sajikan kepada anda disana)

Bacaan Lanjut:

Rahsia Buat Duit Besar Dengan Mudah Dari Kesusahan Dan Persaraan SaifulSham

Terima kasih kepada semua yang bersusah payah menghubungi kami melalui telefon dan emel. Pandangan semua akan kami timbangkan semasak-masaknya. Kami sangat menghargainya! :)

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Oh, tajuk hari saya memang sengaja “hype”kan. ;) Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham, hanya Syazwan sahaja yang banyak posting. Seperti yang Syazwan dedahkan, ada banyak projek kami yang sedang diusahakan, jadi saya agak sibuk banyak di belakang tabir. Sesiapa yang cuba menghubungi saya pasti terasa kesibukannya.

Begitulah kami, ketika cuti semester ini kami perlu bekerja berkali-kali ganda lebih kuat supaya apabila musim “Back To School” nanti kami boleh relax sedikit.

Saya sebenarnya sudah ada idea apa yang hendak ditulis tetapi ada soalan urgent yang kerap saya terima saya ingin jawap terlebih dahulu.

“Susahlah nak cari supplier,”
“Susahlah nak buat alamat US”
“Susahlah nak baca, panjang”

Kata kunci di sini, susah.

Saya akui, ia memang tidak senang. Bukan sahaja apa yang tersebut di atas, banyak lagi perkara di dunia ini susah. Tetapi susah tidak bermakna ia tidak boleh dibuat.

Tapi itu beza between dengan orang yang ada dan orang yang mahu. Orang yang ada pada satu masa dahulu juga dia tiada. Tetapi kemahuannya lebih. Bukan sekadar nasib atau kebetulan ia terjadi. (hint: relationship, friendship boleh dipupuk),

Kami sendiri mengalami banyak kesusahan. Sekarang ini supplier gadget berkurang di Internet kerana pergerakan matawang tidak menentu. Banyak yang gulung tikar. Namun gadget2 yang dipamerkan di web site tetap perlu dipamerkan dan dijual (mana ada online shop jual satu atau 2 item sahaja). Supplier baru tetap perlu di cari. Dan hendak mencari supplier baru dan bina relationship baru pun bukan mudah (projek 6 bulan lepas Disember baru siap, better late than never!).

Stock Iphone pun juga begitu. Hendak membeli bukan main payah. (lebih mudah jual dari beli!) Dan untuk iphone tidak boleh dropship-dropship lagi. Jika mahu kena beli secara bulk (Kos! Modal! Risk!). Kami ambil jalan tengah, ambil kuantiti yang selamat secara bulk. (masih berjalan sampai bila2. Under supervision Syamim dan Gadget Division SaifulSham). Kalau berminat boleh email saudagar@saudagar.com.my. Best Price Guarantee~Mana ada orang guarantee price macam ini)

  009_06Maksud Best Price Guarantee
Kalau anda jumpa harga di tempat lain yang legitimate lebih murah dari harga kami, beritahu kami berapa dan di mana. Kami akan cuba beat atau match. Jika tidak boleh kami akan beritahu tidak boleh. Tapi try tanya dulu ;)

 

Begitu juga dalam peristiwa kenaikan harga domain. Bagaimana EcommerceMastery.com (under supervision saya dengan bantuan Alias) boleh mengekalkan harga tatkala NameCheap dan GoDaddy pun naik? (btw, harga domain EcommerceMastery.com sekarang lebih murah dari NameCheap dan GoDaddy, dan kami juga menawarkan Private Domain Registration tanpa sebarang kos tambahan!)

Begitu juga dalam mencari pembekal untuk kelengkapan studio. Harga kamera, lighting set yang susah hendak di cari dan menelan belanja. Itu tidak termasuk bahagian teknologinya (saya akan buat Final Year Project on this thing jika supervisor saya luluskan. Ya! FYP saya adalah mengenai teknologi projek ini. itu baru satu komponen dari banyak komponen projek ini)

Susah, tetapi kami berusaha mengatasi kesusahan tersebut. Saya beri tips-tips mudah untuk anda mengatasi kesusahan tersebut.

Pertama, anda perlu faham konsep. Sesebuah perkara itu susah dan tak siap-siap (atau tak berjaya-berjaya) sebab kita tak betul-betul mahukan ia menjadi. Jika kita mahukan ia betul-betul menjadi, selalunya kita akan buat sampai jadi. Terasa mudah. Ada perkara yang bila saya rasa “tak apa”, susah dan kompleks sangat rasanya. Tapi bila “mesti jadi”, senang pula hendak buat.

1. Fahami Situasi

Apa masalah yang susah sangat tu? Jika hendak diselesaikan, apa yang anda perlu tahu atau perlukan? Senaraikan atas kertas. Jika anda ada sumber untuk mendapatkan item tersebut, buat dash (-) selepas item tersebut dan tulis sumber tersebut.

Jangan cuba untuk selesaikan lagi. Faham aja.

2. Sediakan Item-Item Tersebut Satu Persatu

Jika untuk membina laman web (susah ni, tak jadi-jadi sampai sekarang), kumpulkan semua gambar, lakaran dan segala-galanya dalam satu folder sebelum mula. Jika mahu negosiasi, rujuk artikel mengenai JV saya yang lepas dan kumpulkan semua item-item tersebut di satu tempat. Jika mencari supplier, buatkan satu senarai nombor telefon mereka atau buka laman web mereka guna Mozilla Firefox (tabbeb browsing)

Kalau item-item ini adalah “knowlege” anda fahamkan knowledge tersebut dahulu. Lepas tu baru move on ke next step.

3. Top to Bottom Selesaikan Satu Persatu

Buat satu persatu hingga selesai. Mula dengan item yang pertama. Kalau item pertama stuck dan rasa susah, lompat dan buat item kedua. Lepas itu kembali semula pada item yang susah tadi. Kalau item yang susah itu membuatkan fikiran anda buntu, gunakan sistem 3 Step ini untuk memecahkan masalah item tersebut semula.

Anggap knowledge dan projek-projek kita ini modular. Bila modular ini, fikir macam Lego. Ia boleh membina antara satu sama lain menjadi semakin tinggi, ia juga boleh bergerak sejajar, ia juga boleh menjadi bahagian tambahan, ia juga boleh menguatkan sesuatu struktur itu.

Akhir sekali, jika anda masih mengalami masalah, renung-renungkan kata-kata Azizi Ali ini.

“Life is to short to be ordinary”

SaifulSham ambil Steroid ke? Laju Semacam Dan Banyaknya Projek? Taula Muda~Banyak Tenaga! :p

Jika anda hendak tahu macam mana SaifulSham ni boleh buat itu dan buat ini. Kami tidak ada banyak rahsia sebenarnya. Ini sahaja:

Pertama, kami berJV dari awal. Kami ada banyak tenaga kerja. (walaupun tidak sebanyak yang kami harapkan).

Kedua, kami ambil apa yang kami mahu sahaja. (Majoriti keuntungan kami rollingkan modal. Dengan cara ini kami boleh berkembang dengan lebih cepat dan berani mengambil risiko yang memberi pulangan lumayan)

Ketiga, kami buat sesuatu dengan konsep modular dan sudah tahu bagaimana tersebut ia akan dikembangkan pada masa depan.

Keempat, we have fun! Kami tidak play safe juga. Kami buat apa yang kami mahu buat dan meneroka cabaran baru. Kepada penggila gadget, cuba anda jual gadget pula dari asyik membeli gadget. Saya yakin anda akan dapat kepuasan 2 kali ganda sebab dapat pegang2 gajet dan juga dapat duit untung dari jual gajet.

Kelima, pemahaman konsep Ecommerce kami kuat. Apabila contohnya designer kami buat sesuatu, kami akan senaraikan dengan terperinci apa yang kami mahu sehingga ke huruf terakhir. Bahkan, untuk mengupah designer membuat banner, perkataan2 yang digunakan dan temanya pun kami tentukan. Dengan cara ini, kami memainkan peranan yang aktif dari peringkat awal lagi jadi tidak banyak perubahan perlu dilakukan pada peringkat akhir. Setiap laman web kami yang baru-baru ini biasanya ada acuannya sendiri. Kalau kita banyak habiskan masa berkomunikasi untuk dapatkan apa yang kita mahu, banyak masa akan terbazir di situ.

Persaraan SaifulSham ? SAH! (Psst, Bukan Sebab Rakaman DVD!)

Shuth ada bertanya saya di WC, SaifulSham mahu jadi maven ke? ;)

Maaf Shuth, saya tidak dapat reply di situ sebab nanti jadi off topic, jadi saya reply di sini sahaja ya.

Sebenarnya, kami tidak bercadang pun untuk jadi maven. Kalau ia terjadi, ia terjadi secara tidak sengaja. Eksiden :)

Sebenarnya secara jujur, penulisan di SaifulSham.com ini adalah satu bentuk terapi untuk mengurangkan stress buat kami.

Saya ingin membuat sedikit pengumuman yang saya rasa merasmikan apa yang sudah obvious.

“Kami tidak lagi berminat ataupun bernafsu lagi untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang teaching how to make money online” atau cara buat duit dari internet. Kami hanya work on the existing platform sahaja. Apa yang ada dalam bentuk buku, seminar dan blog ini, itu sahaja yang kami teruskan seperti biasa.

Kami akan terus berkecimpung dalam industri “Internet Marketing” (berbeza dengan teaching how to make money online), sebab kami memang menggunakan internet untuk memasarkan produk-produk kami, dan kami memang perlu berada di hadapan jika tidak perniagaan kami akan mati perlahan-lahan.

Lagipun, sudah lama juga sebenarnya kami berfikir-fikir dan menimbang-nimbang. Seperti Pareto Rules, 20% effort produce 80% profits. Kami rasa kami telah memberikan perhatian terlebih kepada niche teaching how to make money online ini walaupun sebenarnya ia bukanlah main income generator kami. Jadi dengan kami pun sudah berada dalam Final Year sekarang, jadi kami perlu fokus kepada Business Internet sebenar kami. Kami perlu tahu di mana effort dan di mana profit (jika tidak akan jadi macam Advertlets kalau tak manage betul-betul).

Kami lebih cenderung kepada seorang usahawan sekarang daripada sebagai usahawan internet (mungkin akan datang sebagai teknokrat).

Sepanjang kami berfikir ini sebenarnya, jika anda sedar, kami tidak pernah lagi mengeluarkan produk dalam niche “teaching people how to make money online” ini setelah seminar kami. (walaupun kami banyak unpublished ebook sebenarnya. Kami beri percuma sahaja kepada pelanggan2 sedia ada kami bila kami rasa mereka perlu)

Posting di forum Wang Cyber pun saya rasa sudah sangat-sangat lama jaraknya (malam kelmarin baru post satu).

Tetapi,

Anda masih boleh mengikuti perjalanan kami sebagai usahawan di SaifulSham.com

Anda masih boleh beriteraksi dengan kami dalam macam-macam perkara melalui blog ini.

Anda masih boleh mendapatkan buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, dan menghadiri seminar kami di Berjaya Times Square Hotel dengan mendaftar.

Masih akan ada tips-tips terbaru berkenaan perniagaan, perniagaan internet dan keusahawan di SaifulSham.com,

Tetapi fahami bahawa, we do this for fun only now.

Jadi saya harap anda faham bahawa konsep SaifulSham.com bukan Buat Duit Dari Internet, tetapi Buat Duit Dengan Internet. Jadi tidak timbul isu lari dari fokus dan lain-lain ya.

Kepada semua pembaca SaifulSham.com dari awal kemunculan kami sebagai blog Keusahawanan pertama di Malaysia, kepada protege kami yang telah menjadi rakan, jangan segan-segan menghubungi kami by email, kami sedia membantu kawan laman. terima kasih atas sokongan anda, dan itulah perancangan 2008 and beyond kami di SaifulSham Consultants.

Yang Menulis,

Sabri.

P/S: Pelancaran laman web UrusHartanah.com adalah Rabu, 9 Januari 2007 jam 5 petang.

Bacaan Lanjut:

Challenge Yourself, Get Out of Your Comfort Zone

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Beberapa hari lepas Syazwan ada menulis SaifulSham dan studio dan pencarian bakat baru. Walaubagaimanapun, saya delete komen Syazwan di post tersebut kerana too much info.

Ini bukanlah sesuatu yang kami carefully plan seperti banyak rancangan yang kami announcekan sebelum ini. Dalam projek ini, kami get out of our comfort zone. (nanti saya ceritakan mengenai konsep ini)

DSC00033

 

Aksi ala2 Aziz M Osman yang terlebih vitamin

 

 

 

 

Sebenarnya dalam tahun lepas, tahun yang baik buat SaifulSham Consultants dengan pelancaran EcommerceMastery.com dan beberapa projek lain, yang berjaya dan memberi hasil yang sangat memuaskan. Tetapi, sebenarnya agak boring kerana kami buat sesuatu yang kami tahu kami boleh buat dan kami bersedia. Kami play safe.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana ada projek yang kami keluar dari comfort zone kami. (seperti biasa, ini idea gila Syazwan dan saya mencari jalan bagaimana untuk merealisasikannya. Setelah saya jumpa caranya, kami disertai Syamim yang menterjemahkan pelan kasar kami kepada hasil yang lebih halus.)

DSC00032

 

 

 

Syamim sebagai reporter TV atau pengarah set?

 

 

Gila memang gila, tetapi ia mengambalikan senyuman dan motivasi untuk mencapai langit kepada Team SaifulSham

Tahun ini, kami mulakan dengan “ACTIONNN!”

Doakan kami berjaya!

Sabri

p/s: Kepada sesiapa yang ingin menyertai ujibakat bersama SaifulSham boleh hantar biodata dan gambar sendiri ke saudagar@saudagar.com.my (Diva not wanted!)

Bacaan Lanjut:

UrusHartanah.com dan pencarian bakat baru

Hello pembaca SaifulSham,

Sepanjang minggu lepas, saya terpaksa menunda lagi pelancaran UrusHartanah.com walaupun segala isi kandungan sudah siap. Segala-galanya kerana struktur laman web yang diupah kepada seorang designer tertunda kerana cuti Hari Natal dan disambung pula untuk tahun baru.

Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana respon untuk pelaburan hartanah yang akan diuruskan secara JV mendapat sambutan yang diluar dugaan walaupun laman webnya tidak siap lagi! Saya telah berjaya mendapatkan beberapa pelabur.

Menarik lagi, UrusHartanah.com akan dibuka kepada semua pelabur rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini untuk projek pelaburan hartanah diluar Kelantan.

————————————————————–

SaifulSham Consultants telah meluluskan projek baru yang memerlukan pencarian bakat baru.
Kami mencari seseorang yang berpesonaliti menarik (lelaki dan perempuan) dan daripada pelbagai keturunan.

Minggu hadapan, sudio penggambaran khas milik SaifulSham Consultants akan siap (menelan belanja yang tinggi) dan segala penggambaran akan dilakukan di studio terbabit.

Pencarian ini seakan-akan mencari sebuah hos rancangan tetapi anda hanya diperlukan bercakap didepan kamera tidak lebih daripada 5 minit. Paling minimum mungkin 30 saat sahaja. Jangan risau, skrip disediakan.

Dan jika terpilih, anda akan dibayar berdasarkan tempahan klien korporat kami.

Projek ini juga adalah projek untuk perniagaan internet kami. Sila hubungi saudagar(at)saudagar.com.my atau 03-8064 4177 untuk maklumat lanjut.

TudungToday.com

P/S : Ini adalah contoh gambar bakat baru yang diperlukan. Oh ya, ini juga promosi untuk laman web protege kami, TudungToday.com

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet Perniagaan Internet urushartanah usahawan internet

JV Yang Tidak Pernah Gagal, Apa Susah?

Khas untuk orang-orang muda, graduan contohnya, saya minta anda membaca juga artikel di sini. Ia kisah mengenai seorang graduan muda yang saya kira tipikal di antara kita pada ketika ini. Ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari artikel tersebut.

Selepas anda membaca artikel tersebut, baca juga komen dari Tengku Asmadi dan Saifuddin Awang.

Usahawan muda atau penulis muda, banyak dari kita begitu. Fikirkan dan renungkan sama ada kita begitu. (dalam maksud saya ini)

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Baiklah tiba masa yang dijanjikan, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mendapatkan JV, supaya anda tidak berasa kecewa lagi. Sebenarnya, tidak seperti ramai orang sangka mendapatkan JV itu tidaklah sesukar mana jika kita memahami peraturan yang “tidak tertulis”. Saya akan bongkarkan untuk pengetahuan semua.

Kenapa Anda Perlu JV (dan apakah itu JV) dalam Perniagaan Internet?

Saya sekali lagi akan memberi definisi non-academic di sini. JV atau Joint Venture pada saya adalah kerjasama dalam menjalankan perniagaan. Tidak semestinya JV membawa pulangan kewangan kepada kita, tetapi ada kalanya kita akan mendapat manfaat lain, seperti publisiti, servis, produk, testimonial, rakan, pengetahuan dan berbagai lagi imbuhan lain dari JV.

Pendek kata, apa juga yang anda perolehi dengan bantuan sesebuah organisasi lain, bolehlah dianggap JV. Ini definisi SaifulSham.

Saya pernah mendengar (membaca):

Buat apa nak susah JV-JV dengan “guru-guru” atau dengan orang yang terkenal. Emel kita pun dia tak balas, macam best sangat. Lebih baik kita JV sama-sama kita atau buat sendiri je. Diorang pun bukan hebat sangat. (unspoken meaning: Aku rasa aku sama terror atau lebih terror dari dia. Apa yang dia tahu, aku tahu. Apa yang aku tahu, belum tentu dia tahu)

Dalam hal ini, ada 2 perkara tertonjol mengenai orang yang bercakap:

  • Dia pandai dan dia tahu, sebab walaupun dia anti orang yang terkenal, tetapi dia tetap mahu buat JV dengan orang yang tidak terkenal. Dia tahu kepentingan ber JV
  • Dia buat keputusan emosional dan bukan keputusan minda. Dia adalah orang yang kecewa kerana JVnya dipandang sepi oleh orang yang diapproachnya, pertama mungkin sebab dia tidak tahu sistem JV yang sebenar ataupun yang kedua, dia bodoh sombong.

Apapun, sebagai pembaca SaifulSham, anda jangan termasuk dalam kedua-dua golongan tersebut. Sebab rugi, sebab selepas ini anda akan mempelajari sesuatu yang anda belum tahu (atau mendapat refresher).

All things being equal, people do business with their friends and families. ~Saya dengar quote ini dari Joel Bauer

Event_J-Bauer-Expo-website

Jika ada orang mengatakan kepada anda, JV tidaklah begitu menguntungkan, ketahuilah bahawa orang itu tidak pernah melakukan JV atau dia cuba menipu anda. Larilah jauh-jauh dari orang seperti ini seperti mana anda lari dari agen skim cepat kaya. :twisted:

Saya mengenali ramai usahawan internet di Malaysia (termasuk saya), yang sebenarnya kami tidaklah hebat sangat. Bahkan kami sebenarnya biasa-biasa sahaja. Cuma apa yang saya dapat rumuskan, masing-masing ada kekuatan peribadi, suka membaca, tekun menghadap komputer dan buat sesuatu yang orang lain tidak buat.

DAN, ada jaringan hubungan di antara kami yang membuatkan walaupun kami jarang berjumpa, tetapi kami terasa rapat. Bagaimana boleh terasa rapat? Dari tulisan emel, kami rasa kami dapat tahu macam mana karakter mereka (dan sudah semestinya karakter yang bagus, jika tidak kami tidak akan terus berhubungan), saling bantu membantu dan ini pada pendapat sayalah, tidak berkira dan tidak emosional.

Sebenarnya anda sedar atau tidak, dalam ramai-ramai usahawan internet yang berjaya menghasilkan produk dan stabil sedikit di Malaysia ini, masing-masing paling-paling kurang pernah berhubungan dengan SmartZul atau/dan SaifulSham atau/dan Alang atau/dan Shuth atau/dan juga Irfan Khairi.

Ada yang tidak, tetapi majoriti ada.

Jadi hipotesis non-academic saya, jika saya adalah orang luar dari industri perniagaan internet ini, saya rasa saya akan ambil tindakan bijak dengan berJV dengan salah seorang di atas atau kesemuanya jika boleh, jika tidak ada sebab pun, semata-mata untuk meningkatkan peratusan kejayaan saya.

It’s FREE to try after all. :mrgreen:

Tetapi, saya tak tahulah, itu pandangan saya dan JIKA saya orang luar dari industri perniagaan internet ini. Sedih saya melihat masih ada yang membuat keputusan emosional, walaupun berada dalam industri ini.

Joint Venture Dengan Entiti Perniagaan Internet Luar Negara

deal-or-no-dealMelakukan JV dengan Entiti Perniagaan Internet Luar Negara lebih mudah, kerana ada banyak pilihan (yang hebat-hebat)! Saya hanya perlu menjadi orang ASIA, menjiwai budaya Malaysia dan baik orang putih (US) atau orang India pun suka kepada budaya kita yang sopan santun dan berbudi pekerti ini.

Tambahan pula, kita ini eksotik pada pandangan mereka. Play your chips right, and they are in your bag. :roll: (saya akan dedahkan how to play seterusnya, keep on reading)

Sudah tentulah, saya over simplify things. Ramai orang (esp yang dah tua dan “berpengalaman” dan orang muda yang berkira atau/dan pesimis), mereka takut sangat kena tipu dalam JV dan takut rugi. Kepada mereka saya berpesan, apa susah. Nenek moyang kita dah berpesan “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Saya pula ingin menambah pesanan saya sendiri kepada pesanan nenek moyang di atas: “Jangan Jadi Bodoh & Jangan Buat-Buat Bodoh”.

Dekat dunia ini ada orang baik dan ada orang jahat. Orang putih dan orang Malaysia. Bertindaklah dengan wajar. Anda lebih memahami situasi anda sendiri.

Sebelum Memulakan Negosiasi / Menghubungi Bakal JV

Pertama, pakai topi JV anda. Apabila anda pakai topi JV ini, jadilah seorang yang baik dan bersopan santun. Jiwai watak orang yang baik dan bersopan santun ini. Rakan saya memberitahu saya, “Hipokrit ni!”. Pura-pura baik walaupun tak baik.

Hmm, soalan yang sukar saya menjawab dia. Sebab aku memang baik, aku tak tahu pula tak baik tu macam mana. Jadi aku tak hipokrit. By the way, kalau ko rasa ko tu tak baik dan tak bersopan santun, ko tak sedar diri ke? Tak nak berubah ke? Dah tahu tak baik, lagi nak bangga. Berubahla! :razz:

Saya rasa tidak timbul soalan hipokrit tak hipokrit. Be yourself, jadi diri anda sendiri, tetapi jadi yang baiklah. Saya yakin dan saya percaya, setiap dari kita ada baiknya dalam diri. Simpan-simpanlah baran, dengki dan rasa tidak puas hati tu. Pamer-pamerkanlah senyuman dan rasa rendah diri.

Pakai topi JV anda. Bila pakai topi JV, anda mesti jadi baik budi pekerti dan segala-gala yang baik. (jika anda tidak berapa baiklah, jika anda telahpun baik, teruskan macam biasa)

Kedua, tengok atas, tengok bawah. Tengok atas dan tengok bawah ini dalam ertikata lain, tahu apa senjata yang ada. Apa ruang lingkup untuk anda berunding. Ketahui, paling maksimum, apa ataupun berapa yang anda boleh berikan kepada bakal JV partner anda.
Ketahui juga paling bawah, berapa minimum yang anda boleh berikan kepada bakal JV partner anda.

Kemudian sediakan beberapa “senario” atau pakej. Pada ketika ini, anda jangan berfikir mengenai untung rugi anda. Fikirkan mengenai apa variasi-variasinya.

Contohnya, pembahagian untung 50-50 ada beberapa variasi:

  1. 50-50
  2. 75-25
  3. 75-25 dari untung bersih! (berbeza dengan yang kedua)
  4. Retainer Fee (tidak berdasarkan pay per action)
  5. Barter Trade
  6. dan bermacam-macam lagi

Tetapi saya telah highlightkan beberapa variasi yang popular yang saya gunakan dalam negosiasi kami. Anda tidak boleh “keras”. Bermaksud, tidak boleh ada tawar menawar langsung. Bayangkan ada seorang “gadis” atau “jejaka” ingin mengorat anda, tetapi mereka ini “keras” (jangan fikir lain!). Maksudnya, tidak boleh berlebih kurang. Hendak dating, mesti jemput pakai kereta, mesti pakai baju yang dia pilih, mesti pakai perfume yang dia belikan, mesti itu, mesti ini…

Siapa nak? Tak kisahlah walaupun cantik macam bidadari atau hensem macam SaifulSham sekalipun kan :razz:

Tetapi nanti dulu. Jangan beritahu bakal JV anda pakej-pakej ini dahulu. Sabar, ikut step.

Selepas anda sediakan pakej-pakej ini, cari 3/4 mark lebih kepada dia. Dalam Joint Venture ini biar orang yang satu lagi itu dia rasa dia mendapat deal yang lebih baik dari anda. Jangan settlekan untuk 50-50. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh newbie dalam part ini. 50-50 tidak menarik, sebab apa? Sebab biasanya orang yang kita hendak JV kan itu sentiasa akan kerugian dari aspek benda yang tidak dapat dikira/dilihat.

Tidak payahlah anda kata 50-50 itu adil. Tidak. Itu hakikatnya. Mereka akan tetap rugi something. Paling kurang, mereka ada “opportunity cost” yang mereka rugi dengan mengambil keputusan untuk JV dengan anda. Jadi cara yang terbaik, adil dan saksama adalah dengan ambil pakej 3/4 favor kepada mereka.

Bahkan sebelum saya memulakan negosiasi, saya akan berbincang dengan Syazwan apa max and min saya boleh guna. Ada flexibiliti beri saya lebih keyakinan untuk berbincang.

Ketiga, sediakan “Iressistable Offer” atau tawaran yang tidak dapat ditolak. Dalam perkara kedua di atas, saya sudah jelaskan kenapa anda perlu mencari point 3/4 untuk menjadikan kedudukan adil dan saksama. Tetapi tugas itu belum berakhir.

Setakat itu, belum hebat lagi. Anda perlu sedar, kebanyakan orang yang sudah “okay” di dunia ini, wang bukan segalanya buat mereka. Jika mereka tidak ada banyak sangat wang pun, mereka live below their means, dan mereka puas hati dengan apa yang mereka ada. Mereka tidak terdesak untuk menyambar apa sahaja yang bergerak di hadapan mereka. (Orang Kaya definisi Thomas Stanley dalam The Millionaire Next Door)

Awas! Integriti lebih penting daripada janji wang dan segala macam imbuhan yang banyak. Tanpa integriti, janji wang dan imbuhan itu mungkin akan lesap begitu sahaja.

Jadi pastikan anda mempunyai integriti. Kata-kata anda boleh pakai. Tak guna berkata sesuatu, mereka akan tidak memberi perhatian sebab kalau mereka tidak percaya anda ada integriti, janji-janji anda pun tidak boleh pakai. Itu anggapan yang mereka akan buat.

Baiklah, berbalik kepada bicara kita tadi. Jika dalam pakej kedua tadi, anda telah merangka pakej yang dikira dari sudut “dollar and cent”, sekarang tiba masa untuk anda add value dengan benda yang tidak nampak.

Contoh, anda tahu Team SaifulSham overweight, anda menawarkan kami keahlian gym Fitness First (btw, depan office kami :idea: ) sebagai tambahan kepada perkara kedua yang akan dapat. Itu contoh kepada yang berduitlah.

Kepada yang tidak berduit /baru bermula, tawarkan untuk “Berjogging bersama-sama anda sekali setiap bulan di Tasik Titiwangsa” (menarik ni!)

Tetapi cukup sampai situ, awas! Jangan pula anda tambah, “Supaya kita dapat berbincang mengenai …”

Penat! Itu bukan rewards dah, itu mendapatkan konsultasi free namanya. Walaupun anda memang mahu berbuat demikian (tidak salah), tetapi cover-coverlah, ok. :lol:

Saya bagi tips sebenar, jika dalam JV dengan partner luar negara, saya selalu menghulurkan “salam bisnes” dengan bertanya, “Do you have presence or customer base in Malaysia

Saya tahu, jawapannya pasti tidak (jika ya, gunalah strategi lain). Kemudian saya akan pitchkan mereka aspek publisiti dan promosi sebagai faedah yang mereka akan dapat dengan bekerjasama dengan saya.

Bila saya lihat mereka telah tertarik dan “macam” berminat. Ketika ini saya akan terangkan satu persatu mengenai monetary rewardsnya. Jika sebentar bila sebut aspek promosi dan publisiti mereka sudah berminat, apabila kita masuk part monetary rewards ini, tawaran tersebut akan jadi irresistable. Tidak dapat ditolak :!:

Jika anda rasa mereka masih belum rasa tawaran tersebut “irresistable”, masa ini anda tambahkan lagi value kepada mereka. Barter trade, links, technology transfer sampai scale tersebut jatuh kepada “irresistable”.

Sebagai senjata rahsia terakhir anda, baru mainkan “ratio” monetary rewards. Ingat, kalau dari perkara lain yang menjadi bahan pertukaran, kebanyakannya win-win. Jangan tawarkan monetary rewards dari awal-awal, sebab sekali sudah ditetapkan, amat sukar untuk diubah. (lihat sahaja isu harga air Malaysia-Singapura)

Ada ketiga perkara yang perlu anda tahu dalam hal ini. Pertama, jika anda lihat bakal JV Partner tersebut asyik mahu tawar menawar sahaja dan mahu lebih walaupun deal tersebut sudah “irressistable” (tapi pastikan anda tidak syok sendiri!), push the deal sampai minimum anda yang sudah ditetapkan. Tetapi, lepas tu anda mark mereka ini. Mereka tidak tahu adat berJV dan kemungkinan besar susah nak berkira. Untuk JV akan datang, guna mereka sebagai last resort.

Jika mereka mahu lebih dari nilai minimum yang anda boleh beri, angkat kaki. Sama ada mereka termasuk dalam golongan di atas, atau anda belum sampai tahap mereka lagi. Cari pilihan lain.

Ketahui juga bahawa anda mesti benar-benar pastikan deal anda “irresistable” dan bukan anda sahaja yang rasa “irresistable

Nota: Keuntungan dari JV adalah sesuatu yang belum pasti dan tidak menjadikan sesuatu JV itu irresistable.
Nota: Bertukar-tukar mailing bukanlah irresistable jika saiz list anda tidak sama, atau list tersebut berada dalam target market yang tidak sama.
Personal Preference: Jangan tawarkan bakal JV anda dengan benda yang dia pun ada. Kemungkinan besar dia memang mempunyai kelebihan dalam aspek tersebut.

Kedua, jangan masuk dalam gelanggang JV dengan tangan kosong. Tanpa pakej-pakej dan senjata untuk negosiasi. Contohnya, apabila Syazwan meminta saya untuk negotiate dengan mana-mana entiti, saya akan tanya dia apa flexibiliti yang saya ada dan apa yang boleh saya tawarkan sebelum saya berunding atau meminta sesuatu.

Jika saya tidak dibekalkan dengan bekalan secukupnya, saya tidak akan berunding ataupun saya suruh Syazwan buat sendiri. Saya segan masuk gelanggang dengan tangan kosong seolah-olah macam peminta sedekah.

Sebab itulah, hehe saya ada reputasi “master negotiator” di SaifulSham. Biasanya, saya tidak pernah gagal dalam misi perundingan saya. Tetapi sekali lagi, anda perlu buat homework. Kaji apa yang bakal JV partner anda perlukan.

Lagipun, saya mahu dikenali dengan rakan perniagaan kami sebagai “trustable”. Tak pernah rugi buat business dengan SaifulSham, mesti untung. Jadi jika ada benda yang kami mahu berJV atau minta tolong pada masa akan datang, sebab mereka tahu, deal dengan kami tidak pernah akan merugikan mereka! Lebih mudah untuk JV pusingan seterusnya.

Ketiga, jangan berkira dan jangan kedekut. Anda berunding untuk mencapai misi anda, tugas anda adalah untuk menjayakan misi. Jangan fikir apa yang pihak satu lagi dapat dan siapa dapat lagi besar. Itu dengki dan berkira.

Jika anda ada mentaliti macam ini, susah hendak bekerja. Belum mula perniagaan lagi, sudah bergaduh macam mana hendak membahagi hasil keuntungan. Untung pun belum lagi.

Oh ya, ini aspek besar yang membawa impak berbeza dalam perniagaan internet gerai dan peniagaan internet bukan gerai.

Dalam aspek perniagaan internet bukan gerai, anda perlu ada matlamat selain dari dollar and cents. Adakah dengan berJV ini fit dalam overall strategi perniagaan anda.

Dan, jangan juga takut untuk membayar. Dengan membayar, anda menunjukkan kesungguhan anda, you mean business. Tetapi, jangan juga SEBAB anda membayar, anda hendak demand lebih-lebih. Pada bila-bila masa wang anda boleh dipulangkan dan “NO DEAL” jika anda menjengkelkan.

Bahkan beberapa kali terjadi kepada kami, setelah kami bersetuju untuk membayar, kami diberitahu tidak perlu bayar. :grin:

Pesanan akhir sekali, bina perhubungan dahulu sebelum menghubungi seseorang itu untuk berJV dengan mereka. Jadilah pelanggan mereka, peminat mereka, pengorat mereka dan sebagainya. Saya bukan cakap ini sebab suka-suka. Saya bercakap ini dari pengalaman.

Ketika saya mula-mula dahulu, saya selalu merendahkan diri, menjadi peminat mereka, membandingkan kemajuan teknologi di negara mereka dan Malaysia, menjadi lurus, innocent. Dengan ini, mereka terasa menjadi mentor saya, dan mereka rasa bertanggungjawab terhadap kejayaan saya. Jadi mereka membantu saya. Saya tidak kisah pula jika mereka berasa demikian, sebab memang mereka membantu pun.

Yang lebih best, bila saya ada peluang untuk merakamkan penghargaan saya tu, saya akan berikan mereka peluang tersebut, untuk membuktikan supaya saya tidak sekadar bercakap. Beri mereka testimoni, beri mereka buku dari Amazon (shipping ke USA murah!), beri mereka hadiah, puji mereka di forum.

Apa susah? Setuju? :mrgreen:

Sabri

p/s: Seperti biasa, saya terlalu asyik menulis, selepas ini baru saya hiaskan dengan warna dan gambar supaya nampak menarik ya.

Bacaan Lanjut:angkasa buat duit dengan jv koperasi peluang perniagaan Perniagaan Internet rahsia bisnes saifulsham tips joint venture usahawan muda
Close
E-mail It