Salam Hormat Pembaca Budiman,
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa sekarang sebenarnya adalah Exam Week di UTP. Memandangkan sekarang exam week, minda saya pun berfungsi dengan super pantas dan bernas. Banyak jugalah perkara-perkara yang saya fikirkan (dan ada beberapa yang saya telah berjaya selesaikan). Stay tune for a very long post! :
Saya banyak mendengar bahawa ramai orang mengeluh, orang Malaysia (read pembeli di Internet~Malaysia) tidak reti menggunakan shopping cart. Shopping cart ini adalah perisian untuk membina kedai online. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan SKO)
Pada mulanya seperti orang lain, saya juga bersetuju. Tetapi dalam seminggu kebelakangan ini, saya berfikir semula dan ini statement saya:
Siapa Mula Sebarkan Ajaran Sesat Ni?
Caption: Contoh shopping cart adalah Amazon.com yang mempunyai transaksi jual beli jutaan ringgit sehari.
Saya Tidak Bersetuju Bahawa Rakyat Malaysia Tidak Tahu Guna Shopping Cart (Kedai Online)
Ada beberapa sebab yang membuatkan saya berpendirian demikian dan saya akan huraikan satu persatu.
- Tidak ada kajian yang rasmi di buat
Alasan pertama adalah, saya percaya falasi bahawa rakyat Malaysia tidak tahu menggunakan perisian kedai online adalah berdasarkan rumusan individu dan bukan berdasarkan kajian rasmi.
Apabila ia adalah rumusan individu hasil dari pemerhatiannya ia akan jadi skewed dan kurang tepat.
Sehingga kini saya dalam proses research untuk FYP saya, saya tidak berjumpa apa-apapun hasil kajian untuk pasaran Malaysia yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak pandai menggunakan Shopping Cart.
- Semua orang bermula dari tidak tahu dan jika sesuatu itu menarik, mereka cari masa untuk explore dan discover
Saya terfikir, laman web Ecommerce yang establish di Malaysia. Kebanyakannya bukanlah simple proses pembeliannya. Kita ambil contoh; AirAsia.com
Saya percaya jumlah jualan dari laman web AirAsia.com sahaja mencecah jutaan ringgit.
Bagaimana orang beli dari laman web tersebut?
Macam mana orang tahu hendak beli tiket pada tarikh ini, buat macam ini, hendak beli tiket tarikh itu, buat macam itu? Tidak ada orang ajar juga kan?
Tetapi pembeli belajar sendiri. Sebab tawarannya cukup menarik. Tiket kapal terbang pada harga murah! Wah, kalau tak tahu pun kena belajar, kena suruh orang yang tahu belikan nih…
Dalam kes laman web yang besar-besar ini, tawaran mereka cukup menarik yang membuatkan bakal pembeli “belajar” juga bagaimana untuk membeli.
- Kemampuan masyarakat berbeza (ada yang slow, dan ada yang laju skit) dan customer behaviour juga berbeza
Di sini saya rasa punca utama terjadi falasi yang akhirnya dianggap sebagai benar oleh pekedai online.
Kemungkinan besar, pekedai online yang menggunakan shopping cart untuk laman web Ecommerce mereka kerap menerima feedback dan soalan dari bakal pembeli yang bertanya bagaimana untuk membeli. Dari sini mereka akhirnya membuat rumusan bahawa pelanggan tidak tahu menggunakan shopping cart untuk membeli.
Sebenarnya, memang ada jenis-jenis pelanggan yang lebih suka berinteraksi dengan pekedai dalam proses membuat pembelian dan tidak terus pembeli.
Buktinya?
Buktinya, tahukah anda bahawa saban hari kami masih mendapat emel (dan panggilan telefon) dari pelanggan yang bertanya mengenai maklumat pembelian dan pembayaran sedangkan sebenarnya segala-galanya jelas tertulis di laman web?
Dan ini laman web salesletter dan HTML based. Bukan shopping cart pun.
>>Sebenarnya tidak salah pun pelanggan berbuat begitu. Tetapi kita tidak wajarlah kan menyalahkan shopping cart sedangkan memang customer behaviour sebegitu.
Dan saya rasa trend ini bukan saya seorang rasai sebaliknya hampir semua peniaga online. Pelanggan memang suka bertanya dan kadang-kadang soalan tersebut nampak tidak “cakna”
- Shopping Cart Abandonment Rate Yang Tinggi
Sebenarnya ini adalah fenomena yang bukan sahaja terjadi di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Mengikut kajian average shopping cart abandonment rate ini adalah 70%+
Maksud shopping cart abandonment rate ini adalah, orang yang dah beli tetapi membatalkan pesanan dan tidak membayar.
Bayangkanlah. 100 orang order, lebih 70 cancel.
Dan ada banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini dan ia tidak terhad kepada pengguna Internet di Malaysia sahaja. Jadi tidak wajar kita katakan pembeli di Internet di Malaysia tidak tahu menggunakan shopping cart.
Apa Yang Membuatkan Saya Terfikir Mengenai Perkara Ini?
Saya terfikir mengenai perkara ini kerana sekarang beberapa syarikat payment processor yang kredibel telah muncul. Dan ada beberapa Online Store tempatan yang menggunakan khidmat mereka. Baik penjual berseorangan mahupun syarikat.
Sebenarnya (ini pendapat peribadi saya), menggunakan khidmat mereka ini tidaklah membantu proses pembelian pelanggan (shoppers’ view) dengan siginifikan sangat. Bahkan dalam beberapa kes (yang melibatkan saya sendiri), saya pun terkeliru dengan pilihan pembayaran yang ada dan ambil masa beberapa minit untuk memahami keadaan.
Pada pendapat saya, menggunakan khidmat automasi syarikat pemproses bayaran tempatan ini lebih kepada untuk memudahkan penjual dari aspek customer tracking, pengurusan dll dan bukan untuk membantu pelanggan untuk membeli dengan lebih mudah.
Tetapi, mereka terus maintain sahaja dan semakin berkembang walaupun flow sistem mereka sedikit “lain”. Kenapa?
Sebab kita bayar, sebab kita mahu beli, dan kita belajar dan “Adjust”kan diri kita untuk menerimanya. Jadi lama kelamaan, kita berjaya “Adapt”kan diri kita untuk menerimanya sebagai standard.
Dari situ saya mula menyiasat dan saya mendapati:
Begitu juga shopping cart.
Orang Malaysia bukan tidak tahu guna shopping cart, mereka tidak biasa membeli di Internet lagi. Sebab itulah, kebetulan terjadi banyaknya soalan. Jika shopping cart diganti dengan laman web mudah sekalipun, bakal pembeli masih tetap akan bertanya sebab ecommerce itu sendiri masih baru di Malaysia.
Jadi, jika anda orang memberitahu anda bahawa orang Malaysia tidak tahu gunakan Shopping Cart, hentikan falasi ini. Jelaskan pada mereka, bahawa kenyataan itu tidak tepat.
Malaysia masih berada di dalam fasa awal ecommerce. Inilah masanya anda memulakan perniagaan internet anda sendiri, kedai online, shopping cart ataupun info produk sebelum syarikat-syarikat gergasi masuk dan menutup terus peluang anda untuk bersaing.
Generasi baru rakyat Malaysia adalah terbuka mindanya (bukan kolot atau kurang celik IT seperti disangka) dan mereka membeli di Internet dan kita sebagai penjual perlu berada di Internet untuk cater demand ini.
Yang Mengkaji,
Sabri
Bacaan Lanjut:Share This