Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Khidmat Pelanggan

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Ilmu percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tertarik dengan sebuah pos yang ditulis saudara Fuad (www.almaribuku.com) berkenaan mentaliti masyarakat terhadap ilmu percuma.

Disini, biarlah saya ceritakan kisah yang terjadi pada cuti tahun baru Cina yang lepas (mengenai seminar pelaburan tanah).

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti tahun baru Cina lepas, bapa saya menelefon saya untuk menyatakan hasratnya membuat sebuah seminar pelaburan tanah secara percuma.

Saya pun lantas memberitahunya, “Betul ke abah nak kasi free. Ilmu ni bukan murah, bukan semua orang tahu mengenai pelaburan tanah. Bukan ramai yang pakar. Dalam Malaysia pun, belum ada mana-mana buku pelaburan hartanah yang berkisarkan tanah. Boleh kata semuanya berkisarkan mengenai rumah/bangunan/rumah kedai/kondo dan sebagainya”.

Sebenarnya saya mempersoalkan hajat bapa saya kerana sebelum ini dialah orang yang paling tidak mahu menceritakan rahsia pelaburannya melainkan kepada anak-anaknya.

Kebanyakan dari rakan-rakan bapa saya yang masih bekerja keras siang malam agak hairan melihat bapa saya yang agak lapang. (hakikatnya, bapa saya pencen sejak umur 40 tahun, dan kini umurnya 50 tahun - belum sampai umur had pencen lagi).

Beliau bekerja ikut suka hatinya. Jika mahu cuti, cutilah. Kalau cuti sekolah, kami akan bercuti bersama-sama tanpa perlu memikirkan bahawa hakikat orang kerja tidak ada cuti sekolah (melainkan orang bekerja itu mencuri cuti tahunannya).

Itulah rutin bapa saya setiap hari. Masa yang lapang banyak dihabiskan untuk meninjau-ninjau peluang membeli tanah-tanah yang baru.

Jadi, saya bertanya kepadanya, “Mengapa abah hendak dedahkan sesuatu yang orang lain belum dedahkan. Bukankah nanti mewujudkan persaingan apabila ramai orang tahu teknik abah”

Katanya, “Dalam dunia ni, bukan semua perkara boleh kita miliki. Peluang membeli tanah adalah terlalu banyak di Malaysia. Cuma ramai orang tidak menyedarinya. Lagipun, bukannya abah mampu nak beli semua tanah dekat Malaysia ni.”

“Tidak salah membantu orang lain membina kekayaan kerana secara tidak langsung kita beroleh pahala. Kita juga membina networking dan manalah tahu, diwaktu susah nanti, ada ramai orang membantu kita”.

Dengan kata-kata itu, saya faham, sharing is caring (ayat Petronas).

Akan tetapi apabila tiba waktu seminar tersebut, hanya seorang sahaja yang muncul (sedangkan yang menghantar SMS dan email tanda bersetuju melebihi 10 orang). Yang muncul hanyalah Saudara Fuad (www.almaribuku.com).

Seminar tetap berjalan seperti biasa. (Tetapi makanan yang disediakan adalah melebihi 10 orang. Kira membazir la juga.)

Pada akhirnya, saya memberitahu bapa saya, “Tidak mengapa abah tidak buat seminar lain kali, lebih baik abah simpan sebagai rahsia. Cukup lah Saudara Fuad yang tahu. Pada lain kali, letakkan sebarang harga”.

Saya mendapat satu pengajaran berguna pada hari itu.

Kebanyakan masyarakat lebih sanggup membayar wang untuk menjadi kaya berbanding jika terdapat pelung untuk mendapatkannya secara percuma.

Mungkin juga betul kata Azizi Ali, “Hendak jadi kaya, anda perlu sanggup mengeluarkan wang”.

Jadi pada sesi akan datang (jika seminar ini diadakan lagi), saya akan meletakkan bayaran.

Hahaha.

W.M.syazwan

Bacaan Lanjut:

Adil atau tidak

Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah

Bacaan Lanjut:jutawan malaysia jutawan melayu orang kaya Syed Mokhtar Al Bukhari urushartanah usahawan tanah

Kami pun pernah gagal

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini rata-rata mengatakan apa yang dibuat oleh SaifulSham semuanya menjadi. Sebenarnya tidak! Perjalanan untuk sampai ke hari ini sebenarnya telah menemui beberapa kegagalan.

Saya telah menutup beberapa laman web yang tidak beroperasi dengan baik, sehingga hari ini ada lebih kurang 3 laman web. Sama ada tidak mencatatkan jualan yang memberangsangkan ataupun masalah logistik.

Keputusan menutup ini menunjukkan, kami pun pernah gagal. Tidak ada yang sempurna. Tetapi, kegagalan ini membuka peluang perniagaan yang lain.

Antara laman web bukan bisnes yang akan ditutup saya pada masa depan adalah SaifulSham.co.nz. Disebabkan adik saya tidak sempat menulis, saya berpendapat, lebih baik beliau menumpukan pelajaran dan perniagaan kami di sana.

Laman web lain yang akan ditutup adalah KingFuelSaver.com. Laman web ini tidak menghadapi sebarang masalah jualan tetapi disebabkan pertikaian pihak pengilang membuatkan kami terpaksa menutup laman web tersebut, mungkin untuk selama-lamanya.

Tidak semua yang dilakukan kami menjadi. Tetapi yang penting, lakukan kajian risiko sebelum anda melangkah.

Jika risiko itu boleh diterima anda (yang menyebabkan anda tidak jadi gila jika gagal), maka ambillah.

P/S: Studio kami yang dalam pembikinan sebenarnya untuk projek yang belum pernah dibuat lagi.Apapun ia tidak akan membabitkan Yusof Haslam mahupun Aziz M.Osman :grin:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:hartanah di kelantan jutawan hartanah jutawan perniagaan jutawan tani Perniagaan Internet urushartanah.com usahawan muda usahawan tani

Perniagaan Internet Anda Sebuah Gerai, Restoran Atau Francais?

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Artikel hari ini mungkin artikel terbaik saya pernah hasilkan sepanjang tahun ini dan merupakan sambungan kepada artikel Bukan Senang Untuk Mengajar dan Membimbing. Ia juga merupakan jawapan kepada soalan salah seorang protege kami, Ramzan.

RM1SX | Artikel ini bukan untuk newbie dalam perniagaan internet!

Seperti dalam artikel lepas saya ada menyebut, kita perlu sesuaikan mesej dan method kita dengan audiences kita. Jadi kepada newbie, ini bukan untuk anda. Apa yang newbie perlu tahu adalah, anda buat apa sahaja yang anda mahu buat untuk dapatkan RM1 yang pertama dari Internet. Anda tidak perlu fikir susah payah jauh-jauh. Mesrakan diri anda dengan perniagaan dan transaksi di Internet dahulu.

Jika anda telah mendapat RM 1 anda yang pertama, selamat membaca.

Perniagaan Internet Anda Sebuah Gerai, Restoran atau Francais?

ilustra_stall Kita memulakan perniagaan internet atas beberapa sebab. Ada di antara kita yang mahu mendapatkan pendapatan sampingan, menambah pendapatan pasif, berhenti kerja dan menjadi bos serta ada juga yang mahu menjadi jutawan. Semuanya boleh dicapai dengan perniagaan internet, tahniah!

Tetapi anda perlukan strategi yang betul.

Untuk menjadi jutawan atau bos sendiri dalam perniagaan internet, strateginya berbeza dengan strategi untuk mendapatkan pendapatan sampingan dari Internet. Tetapi, walau apapun pilihan anda, saya mengesyorkan anda mengikuti “best practice” kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan.

Anda mungkin hanya mahu menjana pendapatan sampingan SEKARANG, tapi siapa tahu 10 tahun akan datang anda mahu meluangkan lebih masa untuk keluarga dan mahu berhenti kerja. Untuk mengubah sistem perniagaan internet anda ketika itu sudah terlalu lewat jika perniagaan internet anda tidak mempunyai strategi yang tersusun. Tetapi, jika bermula dari awal dengan betul, anda masih boleh berubah. :smile:

Apa Definisi Gerai, Restoran Dan Francais?

  • Gerai

    Gerai biasanya dibuka oleh kaum ibu (atau bapa) yang mahukan pendapatan sampingan. Biasanya menjual secara spesifik kepada pasaran tersendiri (nasi lemak dll untuk sarapan pagi atau pisang goreng untuk minum petang). Diusahakan sesama ahli keluarga dan produk jualan pun dihasilkan sendiri dan jiran-jiran sekeliling rumah.

    Jika menjual nasi lemak esok, seseorang penjual nasi lemak itu akan meminta tolong anak-anaknya memotong lada kering (untuk buat sambal) ketika beliau membelah ikan bilis (guna tangan).

    Ketika itu suaminya sedang memotong keledek untuk dibuat inti karipap.

    Malamnya sebelum tidur beliau akan memasak sambal nasi lemak dalam kuali besar (kawah) dan merebus telur, setelah selesai beliau akan tidur. Ketika dia memasak sambal ini, suaminya memasak keledek untuk dibuat sambal karipap.

    Beliau akan bangun semula pada pukul 4 pagi untuk masak nasi lemak. Sementara menunggu nasi lemak masak beliau akan mengupas telur dan memotong timun. Apabila nasi masak beliau akan membungkus kira-kira 50 bungkus nasi lemak dan suaminya membancuh tepung dan membuat karipap, 50-70 biji bergantung kepada penat atau tidak penatnya beliau.

    Selepas Subuh, mereka ke gerai. Ini adalah kisah rutin seorang usahawan gerai. Bezanya adalah dari produk yang mereka jual. Penjual goreng pisang mungkin menggoreng di gerai, tetapi persediaanya memakan masa sejam 2 jam begitu jugalah.

    (Nah, ini kisah benar hanya keluarga pegerai sahaja tau. Syazwan pun tak akan dapat cerita kisah sebegini!)

    Apa akan jadi jika si isteri demam/sakit?
    Suaminya akan membuat karipap DAN nasi lemak (bangun pukul 3 pagi).

    Apa akan jadi jika si suami sakit?
    Mereka tidak akan jual karipap. Hanya nasi lemak.

    Apa akan jadi jika Majlis Perbandaran robohkan gerai?
    Komplen kutuk-kutuk majlis perbandaran. Mengadu nasib pada ADUN. Tapi tak boleh buat apa-apa sebab salah sendiri bina gerai di tempat tak sepatutnya. Bina balik gerai di tempat lain.

    Apa akan jadi jika kedua-duanya demam, balik kampung?
    Tiada pendapatan untuk hari tersebut.

    Apa akan jadi jika mereka telah cukup duit simpanan dan mahu bercuti ke Amerika Syarikat (melawat Disneyland dan ke Hollywood) selama sebulan?
    Itu gila! Pelanggan akan lari dan pesaing akan buka gerai baru di sebelah gerai mereka. Pegerai tidak boleh bercuti panjang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

  • Restoran

    Biasanya restoran dibuka oleh usahawan “full time”. Restoran tersebut adalah salah satu mata pencarian utama mereka. Kebanyakan restoran mempunyai hanya berada di satu lokasi. (Restoran Lesung Batu, Restoran Maznah, De Mall Cafe adalah antara restoran-restoran seperti ini).

    Kebanyakan usahawan ini akan menguruskan restoran mereka dengan bantuan beberapa orang pekerja. Ada restoran yang buka 24 jam, ada yang buka untuk sarapan sahaja, siang sahaja, ataupun malam sahaja.

    Apa akan jadi jika usahawan tadi demam satu hari?
    Beliau akan call pekerjanya dan beri arahan melalui telefon. Siapa yang kena ke pasar, siapa yang akan dipanggil memasak dan sebagainya.

    Apa akan jadi jika usahawan tadi bercuti seminggu.
    Masalah jika isterinya tidak jadi 2nd boss. Jika dia seorang boss, dia akan mula hilang kawalan atas restorannya. Ayam beli 30kg, yang sampai 25kg sahaja. Dalam bil tulis ada ikan bawal 2kg, tetapi tukang masak tak ada ikan bawal untuk di masak.

    Dan lain-lain.

  • Francais

    Seorang usahawan memulakan perniagaan makanannya mencipta satu sistem, berapa orang pekerjanya, berapa stok yang perlu diambil, apa menunya dll. Sistem tersebut diperbaiki dan diperbaharui sehingga hampir sesiapa sahaja yang mengikutinya boleh berjaya.

    Mereka bermula dengan sistem yang kemas, strategi yang teratur baik dari segi pemasaran, pembinaan perniagaan dan organisasinya.

    Apa akan jadi jika pengasasnya demam?
    Jangankan demam, cuti sehari atau sebulan. Ray Kroc pengasas restoran Mc Donaldfrancais Mc Donalds telah meninggal lebih 23 tahun dahulu (sebelum kami  lahir) pun, hari ini restorannya masih dibuka berjalan dan untung.

    Bahkan kami yang tidak pernah hidup sezamannya dengan beliau pun selalu menjadi pelanggan di restoran beliau.

    Baiklah, cerita yang menarik. Tapi apa perkaitannya dengan perniagaan internet Sabri?

    Banyak!

    Perniagaan Internet gerai adalah perniagaan internet yang suka-suka. Kita dapatkan produk dan kita jual. Kita agak-agak produk kita ada permintaan dan kita jual. Kita uruskan support service sendiri.

    Kita promosi gitu-gitu aja. Sebuah blog, beberapa artikel, beberapa forum post. Siap! Kita dapat duit sikit dan tersenyum lebar.

    “Aku Puas!” anda menjerit. “Aku sudah ada perniagaan internet sendiri yang buat duit, Yahoo! Yabedabedu” anda berkata kepada girlfriend anda ketika berdating di Victoria Station Steak House.

    p_042Sebulan selepas itu, jualan merosot. Anda sudah tidak senang duduk. Macam mana ni? Kenapa jualan tiba-tiba jatuh teruk?

    “Macam mana aku nak buat duit lagi ni?” anda bertanya kepada diri sendiri.

     

    “Haaa, aku tahu! Aku buat website baru. Aku jual produk baru!”

    Cycle tadi berulang kembali (lebih malang kalau anda menjual produk resell right yang boleh didapati dengan bersepah-sepah di internet secara bundle. Anda menjual kuantiti, instead of kualiti). Normal, tidak apa. Ini bukan sesuatu yang tidak bagus. Anda masih buat duit dari internet.

    Tetapi, anda tidak akan ubah seperti usahawan gerai tadi. Anda sebenarnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Jika anda mahu begitu tidak mengapa, tetapi saya sangat-sangat syorkan, jadi lebih baik. You can be better.

    Jadi Usahawan Gerai Tiada Masalah dan Tidak Hina. Tetapi Jadi Usahawan Gerai Yang Berwawasan!

    Ramai usahawan gerai yang menjadi jutawan senyap apabila menggaji pekerja-pekerja Indon dan menambah cawangan gerai mereka. Ini usahawan gerai yang berwawasan. Mereka tidak cepat puas hati apabila dapat makan setiap hari, tapi mereka berfikir jauh.

    Ada juga usahawan gerai yang upgrade jadi usahawan restoran. Mereka ada wawasan untuk jadi lebih baik.

    Persoalannya :?:

    Apa yang terjadi kepada pelanggan anda jika anda menjual kuantiti dan bukan kualiti?
    Adakah mereka akan membeli lagi dari anda? Apa yang anda pertaruhkan di sini? Nama anda.

    Apabila anda mempromosi laman web kedua nanti, kitaran sama akan berulang. Tidak salah, tetapi kurang sesuai. Pembeli tadi sudah tahu tawaran anda. Sudah tahu bahawa mereka boleh mendapat apa sahaja produk yang anda tawarkan dengan harga yang lebih rendah dan tawaran yang lebih menarik dari anda.

    Kepada pelanggan anda yang lebih baik, mereka tidak akan membeli dan tidak buat apa-apa dari apa yang mereka beli. Mereka akan baca, dan mereka akan amalkan. Mereka akan naik “food chain” dan mobiliti sosial mereka akan meningkat.

    Mereka akan sedar, anda bukan “tokan” (pakar) sebenar dalam bidang anda. Mereka dahagakan ilmu-ilmu baru, terkini. Mereka perlukan sistem yang sistematik yang telah diuji keberkesanannya. Kerana anda tidak ubiquitos dalam pasaran anda, kerana pemasaran anda lebih kepada ad hoc (sementara) dan tidak secara konstant dan konsisten, mereka akan ikuti pakar-pakar dalam bidang tersebut. Anda akan ditinggalkan pelanggan anda sendiri akhirnya.

    Pembeli baru anda, dan list anda akhirnya akan dianggotai oleh orang yang lebih kurang macam anda. Pepatah inggeris mengatakan “bird of the same feathers flock together

    Sebab pelanggan yang sofistikated dan ingin maju akan mencari panduan yang sofistikated juga, anda akan berterusan dengan list yang cuma ingin mendapat sesuatu dengan free. Orang yang hanya ingin tengok-tengok. Pendownload tetapi tidak mahu membaca. Professor serba tahu (PST jika anda ingat majalah Gila-Gila) yang semuanya dia sudah tahu.

    Apa nilai perniagaan internet anda ketika ini?

    Ini penting. Kami belajar sama banyak perkara dari pelanggan-pelanggan kami dengan apa yang kami sampaikan dari mereka. Value Sharing. Jika pelanggan anda terdiri dari golongan freebie seekers dan freeloaders yang saya sebutkan tadi, apa yang anda akan dapat?

    Adakah anda menjadi lebih baik? Adakah anda menjadi lebih kaya? (saya rasa anda akan setuju dengan saya. Sekadar mendapat RM1-2K sekali bukanlah kaya namanya)

    Sebab itu saya tekankan dalam artikel saya yang lepas (Tips Menulis EBook), jika anda terlibat dalam information marketing, produk anda sebenarnya bukan informasi! Itu adalah myth. Produk anda sebenarnya adalah result yang pelanggan anda akan dapat setelah menggunakan produk anda.

    Sekali lagi, saya tidak mahu anda berfikiran negatif dan mencari alasan kenapa mesej ini tidak sesuai untuk anda. Ini memang untuk orang berbakat macam anda. Jangan sesiakan bakat dan kebolehan anda!

    Tidak ada alasan anda tidak tahu, tidak faham. You cannot afford not to. Silakan tanya di ruangan komen di bawah. Saya akan cari masa untuk menjawab soalan anda. Ini sangat penting kerana ini adalah fundamental ini doing business. Konsep dia. Saya mahu anda berjaya, kerana “Bird of the same feathers, flock togethers”

    Sebenarnya, jangan anggap saya lebih baik dari anda. Saya juga bermula dengan tidak tahu apa-apa dalam perniagaan ini. Saya belajar dari pelanggan saya juga. Ramai di antara mereka usahawan yang berjaya bahkan ada beberapa jutawan pun yang menjadi pelanggan kami. Apa yang kami dapat dari individu-individu ini?

    Mereka bukan sekadar pelanggan, mereka berpandangan jauh dan dalam. Mereka sharp, tidak lokek atau berkira. Kata-kata mereka adalah nasihat. Mereka inilah yang saya selalu puji sebagai pelanggan ideal.

    Kita tidak perlu mempunyai pelanggan kaya atau jutawan untuk jadi belajar dan bergaul dengan mereka. Tapi kita perlu mempunyai minda yang sharp dan hebat. Pemikir yang hebat dan sharp, anda hanya menunggu masa untuk berjaya. Setiap tindakan anda adalah satu langkah ke arah kejayaan.

    Saya tidak pernah berkata ini, tetapi hari ini saya katakan. Jauhkan diri anda dengan elemen negatif.

    Sebab itu disamping memuji-muji pelanggan ideal, saya juga ada mengingatkan pelanggan kami yang dalam kategori “over”, behave or “pack out”. Semua orang tidak perlu jadi perfect, but be at our best behaviour.

    Saya bermula dengan tidak tahu apa-apa. Saya belajar. Jika bertemu dengan sesuatu yang sukar, saya fahami dengan tekun. Jangan bimbang jika anda tidak belajar tinggi (konotasi masyarakat untuk tidak pandai);

    Sdr Fadzli Yusof (glamour ya sdr 2,3 hari ni. Asyik kena quote sahaja!) pernah berkata pada saya:

    Cukuplah kita tahu kita tak bodoh. Itu tujuan kita belajar

    Dan saya bersetuju dengan beliau sebab saya pun ada kisah silam mengenai hal ini. :mrgreen:

    Anda mahu berjaya, anda usaha jangan temberang kata anda tetap gagal. Itu maksudnya anda tidak cukup usaha :!:

    Berbalik kepada Membina Perniagaan Internet Sendiri Yang Bukan Gerai

    Apabila anda menjual sesuatu baik produk dan perkhidmatan di Internet, lihat kepada persekitaran anda. Apa fungsi anda dalam market tersebut? Sudahkah ada “Raja” dalam bidang tersebut. Mampukah anda jadi “Raja” atau “Permaisuri” atau “Tengku Mahkota” atau “Bendahara” atau paling-paling kurang pun dapat duduk sebangku dengan penasihat-penasihat istana?

    Jika boleh, masuk dalam niche tersebut. Buat yang terbaik, usaha, beri nilai untuk pelanggan anda, sehingga anda ada cukup tentera untuk merampas kuasa dan jadi raja.

    Tetapi, jika anda masuk istana, anda kena “Ampun Tuanku!”, “Daulat Tuanku” dan apabila raja beri sepersalinan pada anda, anda sudah lompat-lompat gembira, lebih baik tak payah masuk istana (niche) tersebut.

    Anda mahu masuk dan menjadi “Raja” atau paling-paling kurang pun “Tengku Muda” dalam niche tersebut. Work your way up.

     001_54

    Untuk work your way up, anda tidak boleh buat begitu tanpa produk atau dengan hanya satu produk. Orang-orang anda tidak cukup banyak.

    Jadi anda perlu produk kedua. Produk kedua built upon produk pertama. Produk ketiga built upon produk pertama dan kedua. Jadi lama kelamaan, kedudukan kita akan semakin tinggi.

    Tidak salah untuk kita menjual produk resell right, tetapi lebih bagus jika produk resell right tersebut menepati strategi perniagaan internet kita. Contoh, kita menjadi raja produk resell right (seperti Edmund Loh, raja PLR). Beliau keluarkan PLR demi PLR untuk orang lain, sebab strategi beliau adalah menjadi Raja PLR.

    Dengan penyebaran dan penjualan lebih banyak produk PLR beliau sendiri beliau dapat jadi raja. Beliau tidak beli produk PLR orang lain dan jual balik. (Recycle). Sebaliknya beliau menghasilkan PLR sendiri untuk disebarkan.

    Begitu juga dengan Zul Smartusaha, beliau tidak recycle produk resell right yang bersepah di Internet, tetapi beliau mengeluarkan produk Master Resell Right sendiri sebagai menepati strategi perniagaan internet beliau. Branding, penyebaran jenama!

    Jadi saya tidak boleh jual produk Resell Right lah ya?

    Tidak semestinya. Ia bergantung kepada strategi kita. Kami pun menjual produk resell right orang lain. Tetapi, kami gunakan produk resell right tersebut untuk enhance value kepada customer. Untuk memberi nilai tambah kepada mereka dan mengurangkan support issue kepada staff kami supaya mereka boleh buat kerja lain yang lebih produktif.

    Jadi nampak di sini?

    Bagaimana perniagaan internet anda harus distrukturkan pemasarannya? Masuk bidang yang anda boleh jadi raja, dan jadi raja yang power.

    Lebih baik kita menjadi Raja Brunei (negara yang kecil) dari menjadi pendatang tanpa izin di US. (memang cool kalau orang tanya kerja kat mana, kita cakap kerja di US-tapi berbaloikah?)

    Akhirkata, semoga anda dapat sesuatu dan saya separuh puas menulis. Pilihlah niche dan jadi ubiquitous di dalam niche anda.

    Salam Hormat, Salam Sayang :oops:

    Sabri

    p/s: Nanti saya letak gambar dan hiasan-hiasan sedikit di post ini bagi menarik. :mrgreen: Tapi content dia tu yang penting.

  • Bacaan Lanjut:buat duit dengan internet parlimen usahawan peluang perniagaan Perniagaan Internet tips advance perniagaan internet usahawan terbilang

    Pelanggan dan sebuah hakikat

    Hello pembaca SaifulSham.com,

    Ramai yang beranggapan bahawa jika sesebuah perniagaan itu tidak mempunyai rungutan daripada pelanggan, maka ia berada di landasan yang betul untuk berjaya.

    Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya!

    Sebagai contoh saya berikan, katakan anda mempunyai perniagaan internet, katakan menjual produk fizikal. Apabila terjadi kes penghantaran anda lewat dan pelanggan tidak merungut, jangan berfikir bahawa mereka tidak kisah.

    Selalu saya dengar, “Alah, dia tak complaint, ok la tu”.

    Satu kajian yang dilakukan menunjukkan sebenarnya 99 peratus pelanggan yang tidak berpuas hati tidak akan bersikap kurang ajar dengan memaki hamun atau mengungut sesebuah perniagaan….

    Tetapi hakikatnya,
    91% daripada mereka tidak akan membeli lagi daripada anda.
    100% akan menceritakan cerita ‘horror’ mengenai perniagaan anda kepada tidak kurang 9 orang

    Dan kajian juga menunjukkan, kehilangan pelanggan akan menyebabkan kehilangan pendapatan sekitar 15-30 peratus!

    Ada lagi! Kos untuk menarik pelanggan baru adalah 5 kali ganda lebih mahal daripada menjual kepada pelanggan sedia ada.

    Jadi walaupun pelanggan tidak complaint secara direct, tidak bermakna mereka berpuas hati. Kita harus tahu bahawa apabila kita melanggar polisi yang dibuat oleh kita sendiri (katakan dengan menyatakan tempoh penghantaran dalam 2 minggu), kita sebenarnya melakukan kesalahan walaupun tidak diungkit oleh pelanggan.

    W.M.Syazwan

    Bacaan Lanjut:jutawan francais jutawan hartanah jutawan MLM pelanggan Perniagaan Internet

    Skali Lagi ……One More Time

    Hello pembaca SaifulSham,

    Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).

    Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!

    Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)

    Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.

    Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.

    Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.

    Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.

    Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)

    Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

    Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).

    Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”

    Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).

    Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
    (Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).

    Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe

    W.M.Syazwan

    Bacaan Lanjut:bursa malaysia iphone malaysia jutawan hartanah jutawan ICT jutawan saham Perniagaan Internet skali lagi tengku ahmad rithaudeen
    Close
    E-mail It