Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Perancangan Ebiz

Soalan 13: Adakah Menjual Melalui Online Store (Kedai Online) Ini Adalah Cara Yang Paling Mudah Untuk Menjana Keuntungan Dari Internet?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Soalan di atas adalah salah satu dari 15 soalan yang saya pilih untuk dijawab di dalam “Dokumen Yang Hilang” (15 FAQ Mengenai Kedai Online)

Kenapa saya namakan “Dokumen Yang Hilang”?

Kerana sepatutnya ia dikeluarkan Khamis lepas. Ia “hilang” 2 hari. Walaubagaimanapun kenapa ia “hilang” ada saya jelaskan dalam dokumen tersebut.

Klik Untuk Download Dokumen Yang Hilang Di Sini (ZIP)

Klik Untuk Baca Dokumen Yang Hilang Di Sini (PDF)

Btw, jika anda mahu tahu jawapan untuk soalan di atas, ini jawapannya:

Tidak. Jujur saya katakan.

Bahkan, melalui Online Store (Kedai Online) merupakan antara cara yang paling susah berbanding dengan model perniagaan internet lain. (Jika anda lihat di sini, saya tidak bersembunyi). Menjual infoproduk melalui salesletter dan menyertai laman lelongan lebih mudah secara relative (tetapi tidak mudah juga).

TETAPI, kami tetap hasilkan ebook panduan ini sebab ada permintaan mengenai cara-cara untuk membina Kedai Online. Dan tidak ada panduan seperti ini yang dijual. Akhirnya, ramai orang yang terpedaya membayar jumlah yang tidak logik (terlalu mahal/murah) dan kemudiannya tertipu dengan janji-janji kekayaan melalui “Kedai Online”.

Ini memburukkan nama perniagaan internet, terutama usahawan internet yang sebenar. Jadi saya terpaksa mengeluarkan panduan ini juga, supaya jika ada orang yang mahu membuka kedai online, mereka boleh mengetahui cara yang sebenar.

Panduan ini adalah sebahagian dari tanggungjawab kami kepada anda.

Semoga dengan adanya Sistem Kedai Online 2.0, anda akan beroleh panduan membina kedai online yang paling baik, membantu dan tidak mengarut untuk mencapai segala kemahuan anda menjana pendapatan dari Internet.

Yang Berkongsi,

Sabri

Bacaan Lanjut:

Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Baru-baru ini saya menerima soalan dari salah seorang protege saya. Dan saya rasa soalan-soalan tersebut cukup merit untuk saya kongsikan bersama anda. (btw, saya menulis dalam keadaan perut lapar ni, diet punya pasal. Maaf kalau tulisan seperti agak tergesa2. Saya berjanji pada diri saya akan makan sebagai reward berjaya menulis post ini. :razz: )

Soalan Protege: Saya sendiri tidak membeli ebook. Dan saya tidak percaya ebook. Ada ke orang nak beli ebook?

Jawapan SaifulSham: Ada. Sekadar menyebut beberapa nama usahawan internet tempatan yang menghasilkan ebook dan berjaya membuat jualan. (Zul Smartusaha, Shuth, En Irwan Dahnil, A.F Hazwan, En Nasir Yaacob, En Tazilan, Pn Ummi Sofea, Pn Amalia dan banyak lagi)

Btw, ada nama yang tidak dikenali? Ehem… Akan diperkenalkan soon. :mrgreen:

Oh ya, Team SaifulSham juga akan “menghadiahkan” kepada Malaysia seorang lagi protegenya (selepas En Irwan Dahnil) yang bermula dengan hanya menulis ebook tetapi akhirnya dijemput menulis buku sebenar oleh penerbit buku sebenar. :mrgreen:

Tetapi setelah berkata demikian, kelarisan ebook tersebut bergantung juga kepada:

  1. Topik Yang Menarik DAN Telah Mempunyai Pasaran Yang Laparkan Maklumat (Desperate Buyers)
  2. Cara Anda Pasarkan Ebook Tersebut

Jika ada permintaan dari anda pembaca SaifulSham.com, saya akan huraikan lebih lanjut mengenai kedua-dua point di atas.

Soalan Protege: Jika saya telah selesai menulis 2 ebook, berapakah jarak masa di antara pelancaran kedua-dua ebook tersebut supaya saya tidak cannibalize sales (merosakkan jualan) salah satu buku tersebut.

Jawapan SaifulSham: Saya cadangkan anda melancarkan kedua-duanya serentak. Pertamanya, seperti biasa anda perlu tahu bahawa setiap ebook tersebut memerlukan laman webnya sendiri.

Kedua, anda gunakan ebook-ebook tersebut untuk memenuhi “saluran jualan” (sales funnel) anda dan ditawarkan kepada pelanggan anda.

Contoh:

1) Selepas beberapa hari pembeli Ebook1 membeli dari anda, mereka akan ditawarkan pula untuk membeli ebook2 pada harga diskaun kerana mereka telah menjadi pelangan anda.

2) Perkara yang sama juga dilakukan untuk pembeli Ebook2. Mereka juga ditawarkan pula untuk membeli ebook1 pada harga diskaun setelah beberapa hari pembelian dilakukan.

Kepada anda yang belum biasa bershopping online, anda akan tertanya-tanya bahawa ada ke orang yang nak beli berturut-turut? Ebook pula tu. :roll:

Jawapannya ada. Tak percaya, cubalah. Ini berdasarkan pengalaman sebenar protege2 kami dengan sales funnel mereka yang kami rekakan untuk mereka :wink:

Tetapi, ini hanya boleh dilakukan dengan syarat, kedua-dua ebook anda itu berada dalam genre yang sama. Jika ebook2 anda dalam genre berbeza? Re-think your strategi dan apa yang anda hendak sebenarnya dari perniagaan internet ini. Itu petanda yang tidak bagus. :)

Jika anda ada apa-apa soalan “Advance” yang anda ingin tanyakan kepada kami dan mahu disiarkan di sini, hantar emel kepada kami di saudagar@saudagar.com.my

Hanya soalan-soalan yang belum mempunyai jawapan sahaja akan disiarkan. Jika soalan anda mudah-mudah, biasanya jawapan sudah ada. Anda boleh gunakan fungsi “Carian” di laman web ini untuk mencari jawapanya.

Selamat Berjaya!

Sabri

p/s: Seperti biasa, gambar saya akan masukkan kemudian…. (berlari mencari makanan… lapar!)

Bacaan Lanjut:

Konvensyen RBBDI ke-2?

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Kekosongan, Penulis Review Diperlukan

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Sebelum saya menulis lebih lanjut, saya ingin memberitahu saya tidak hilang sebenarnya. :) Saya bekerja keras setiap hari dibelakang tabir. Penulisan di SaifulSham.com penting, tetapi memastikan business kami bergerak lebih penting. Jadi saya harapkan Syazwan banyak menulis kebelakangan ini untuk anda. :)

SaifulSham.com sekarang ini agak diverse dan sebagai kepala teknikalnya, saya terpaksa belajar apa yang saya belum tahu sebelum ini dengan cepat dan implementkan dan belajar dari kesilapan dengan cepat juga. Sebelum ini saya boleh dianggap “Teknikal” dari segi teknologi namun kebelakangan ini saya perlu memahami “loghat” copywriting, grafiks dan multimedia, testing, project managing dan juga upgrade lagi pengetahuan teknologi saya. Semuanya perlu dilakukan dalam masa yang singkat.

Untuk outsource sesuatu tugas tidak semudah untuk memberi arahan sahaja sebenarnya. Banyak guidelines perlu diberikan supaya freelancer tahu dengan jelas apa kehendak kita. Untuk deal dengan customer yang tidak sure apa yang mereka mahu juga tidak mudah. Untuk mempertemukan kedua-duanya sekali, lebih lagilah memitamkan. Jadi itu penjelasan saya atas kehilangan tersebut. Harap dimaafi, hehe.. :)

Cukup, Jangan Jadi Designer Lagi

Ini perkara penting yang saya ingin berkongsi dengan ada. Sekarang begitu ramai orang yang ingin terjun dalam bidang design mendesign ini. Tidak kiralah, ebook cover, minisite, banner dan sebagainya. Sekarang ini sebenarnya, kita telah mempunyai cukup bilangan designer berkebolehan dan berkelayakan.

Dari Bitol, Kaizen, Luvleey dan Zaizen hinggalah warga WC seperti Reezluv, e-fun, Surfaddict dan Code7 (sekadar menyebut beberapa nama) yang terror2 mengenai grafik dan multimedia ini. Itu baru rakyat Malaysia, kalau International market lagilah.

Satu permintaan saya kepada designer-designer yang sedia ada ini (sama ada saya sebut atau tidak), sudilah kiranya anda buat satu “portfolio” untuk pasaran Malaysia (disamping continue oversea). Bermaksud, penggunaan stock2 photo yang berjiwa Malaysia (gambar orang Malaysia dsbnya), sebab ada banyak permintaan dari protege-protege kami mengenai ini. Saya yakin usahawan2 internet tempatan yang memasarkan di pasaran Malaysia juga akan menghargainya dan memerlukan bahan2 tersebut. Lebih berwarna warni dunia perniagaan internet kita.

(Jika anda designer atau photographer yang boleh membina “minisite” dengan jiwa Malaysia ini, tinggalkan komen dan sample portfolio. Kami akan compile satu list sebagai resources untuk diberi kepada protege-protege kami yang memerlukan)

Jika anda mahu masuk bidang ini, tertutamanya jika anda baru mengenali Adobe Photoshop dan Dreamweaver kurang dari 3 bulan, cukuplah.

Dan saya bukannya kejam untuk memusnahkan harapan anda begitu sahaja. Sebab sekarang saya ingin berkongsi satu bidang yang “in demand“. Lebih baik anda asah kepakaran anda dalam bidang ini. Anda akan setanding dengan designer-designer hartawan yang saya sebutkan di atas tidak lama lagi.

1) Penulis Review

Baiklah, penulis review ini ada banyak kegunaannya. Pertamanya, quality control. Anda boleh menawarkan khidmat mengkritik (dan cadangan membaiki yang konkrit) sesuatu produk yang dihasilkan oleh usahawan internet. (tempatan dan antarabangsa)

Contoh, banyak sahaja usahawan internet yang (protege saya) meminta saya review produk dan website mereka. Mereka semua komited untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Minggu ini tidak kurang 3 kritik saya berikan (2 produk, 1 website, tidak termasuk yang sedikit2). Setiap kritik tersebut panjangnya paling kurang sejengkal.

Perkara ini boleh dikomersilkan sebab review ini bukan boleh review sesuka hati. Perlu ada point, pujian dan juga kritikan yang membina (serta cadangan konkrit bagaimana untuk improve).

Mula2 anda mungkin merasakan anda tidak layak untuk mengkritik, jadi jangan kritik teruk-teruk sangat. (saya banyak lihat orang yang tak berapa mahir mengkritik dengan ayat “sangat jujur” yang saya rasa boleh menyayat hati sesiapa sahaja yang membaca review tersebut). Kritik relax2 dulu, lama-lama kita akan semakin mahir (teruskan pembacaan dan mendalami ilmu), seterusnya baru boleh bagi kritikan yang advance.

Pre Requisite: Sopan Santun dan Bukan Pemarah (takde jujur2 dan berterus terang. Itu alasan untuk kurang tertib sebenarnya. Berterus terang pun boleh dilakukan dengan berhemah)

Perkara2 yang pernah saya kritik. (*) bermaksud tidak perlukan kemahiran teknikal. Sesiapa boleh buat.

1. Susun Atur Laman Web

2. Susun Atur Ebook (Produk)*

3. Rancangan Pemasaran

4. Idea perniagaan(*)

5. Cara menghubungi JV

6. Calon-calon berpotensi untuk dijadikan JV Partner(*)

Anda juga boleh menjadi reviewer produk.

1. Pandangan pembaca mengenai ebook tersebut.(*)

2. Pandangan pengguna produk tersebut.(*)

Berikan juga pelanggan anda itu kebenarannya untuk menggunakan review anda dalam material promosi dan sebagai testimonial. (tidak beretika kerana membeli testimonial? Sedarkah anda, Sirim, ISO, semua konsep yang sama. Cuma jangan benarkan pelanggan gunakan review tersebut secara sekerat2 selagi tidak sempurna)

Cara meletakkan harga.

Mula-mula, anda jangan demand. Letakkan harga berpatutan dahulu. Contoh RM 5 satu review. Setelah anda mula mendapat rentak, taste anda sudah tinggi dan kemahiran teknikal anda sudah mantap, apa salahnya anda mahu letakkan RM 50 satu review. Tetapi jangan pula rosakkan reputasi anda dengan memuji produk yang tidak bagus.

Dengan review anda itu sahaja produk tersebut sudah boleh diperbaiki dan terjual, usahawan internet yang pintar tidak akan teragak-agak untuk menggunakan khidmat anda. Kalau tidak ada? Temberang. Tawarkan khidmat anda pada kami kalau tak percaya.

Satu produk bukan memerlukan satu review, bahkan mungkin lebih dari satu. Kerana review2 ini banyak kegunaanya.

Oh ya, mulakan dulu dengan BM. Melainkan anda benar-benar mantap dan ilmu perniagaan internet sudah cukup di dada, baru masuk English market.

Setelah beberapa lama, anda boleh menjadi penulis artikel dan akhirnya copywriter pula. Sebagai seorang copywriter anda boleh mengambil upah RM 500 satu copy tanpa sebarang masalah.

(oh ya, ada juga protege saya yang mencari copywriter, tetapi copywriter yang boleh diharap semuanya sibuk. Menjadi seorang copywriter dari bawah, tanpa produk sendiri anda perlu keluar kos sedikit. Anda perlu test dengan sure dan yakin berapa conversion rate salesletter anda. Barulah customer boleh dengan yakin mengupah anda. Tak tahu maksud perenggan ini? Bermaksud anda perlu bermula dari bawah sebagai penulis review.)

 

Tidak tahu bagaimana untuk bermula? Itu tandanya anda perlu mendapatkan panduan bermula yang lengkap dan sesuai untuk diri anda. Anda boleh ke seminar RBDDI kami, ataupun anda juga boleh mendapat info secukupnya dari Internet ini. Smart Zul dah banyak kali memberikan panduan dan langkah demi langkahnya.

Sekarang, take your first step and stick with it.

Good luck!

 

Sabri

Bacaan Lanjut:

5 tahun sebagai pelajar U

Hello pembaca SaifulSham,

Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini, saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.

Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.

1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
8) Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)

Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!

Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).

Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.

Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.

Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.

Bacaan Lanjut:

iPhoneStore.com.my dilancarkan!

Dengan slogan kata: Nobody Can Stop You From Having iPhone, kami kembali dengan merasmikan laman web iPhoneStore.com.my.

Disebabkan kesibukan kami, maklumat seperti video klip akan ditambah dari semasa ke semasa. Yang penting, ianya sudah dilancarkan secara rasmi. (Anda sudah boleh membuat tempahan)

Dengan pelancaran laman web iPhone ini, kami juga mengumumkan bahawa laman web ini sudah pun membuat tajaan pertama kepada salah sebuah pasukan bola sepak Universiti Teknologi Petronas, Rohirrim (ini pasukan bacth kami).

rohirrim

(Pengarah Urusan, W.M.Syazwan (ditengah) bergambar bersama pasukan tajaan iPhoneStore.com.my)

model rohirrim

Sekaligus, tajaan ini menambahkan lagi bentuk kebajikan sosial yang diuruskan SaifulSham Consultants.

Apapun, anda sudah boleh membuat tempahan sebuah iPhone sekarang! Layarilah IphoneStore.com.my.

P/S: Adik Syazwan, Syamim baru berlepas pulang ke New Zealand pada Rabu lepas dan beliau akan meneruskan jualan iPhone kami disana.

Bacaan Lanjut:

Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek

Hello pembaca SaifulSham,

Minggu lepas, saya mendapat satu email yang dihantar bekas peserta seminar mengatakan masalah yang dihadapinya kerana menghantar satu jenis anak pokok menggunakan kurier.

Wah, ini pertama kali saya mendengar kes seperti ini (walaupun saya tahu produk tersebut tidak sepatutnya dihantar menggunakan kurier).

Penghantar email ini memberitahu saya, bahawa dalam rekod lepas beliau menghantar menggunakan kurier, tidak ada masalah. Selalunya mengambil masa dalam sehari dan anak pokok itu masih hidup.

Masalah dihadapinya apabila syarikat kurier lewat menghantar ke tangan pelanggan walaupun sudah tiba ke destinasi sebuah bandar tersebut. Mereka terlewat sehingga 5 hari (kalau hantar haiwan pun rasanya haiwan itu boleh mati kerana kelaparan).

Dalam hal ini saya tidak dapat membantu sepenuhnya kerana pertama, ia adalah satu bentuk kesilapan kerana menghantar produk jangka pendek menggunakan kurier.

Walaupun servis penghantaran itu adalah kurier, pertama, mereka tidak ada polisi untuk memberi air atau cahaya kepada anak pokok terbabit. (Mereka bukanlah seperti MAS yang mempunyai servis Animal Hotel - dimana penjagaan haiwan yang ingin dihantar disediakan oleh MAS).

animalhotel MAS

Saya terpaksa mencadangkan beliau supaya merujuk kepada syarikat kurier terbabit jika anak pokok terbabit mati. Apapun, syarikat kurier itu hanya mungkin boleh disabitkan kesalahan menghantar produk lewat. Disini, jika syarikat kurier membayar pampasan pun, yang mungkin diperoleh adalah pampasan nilai penghantaran, dan bukannya nilai produk. (Ini prosedur biasa mana-mana syarikat kurier, yalah kalau anda hantar emas, takkan mereka nak ganti emas~)

syarikat kurier

Dalam hal ini, saya memberi satu penyelesaian (walaupun tidak murah), iaitu mencari syarikat yang menghantar terus ke tangan pelanggan tersebut. Syarikat kurier mempunyai ramai pelanggan, mereka akan mengumpul produk sebelum membuat penghantaran.

Syarikat yang dimaksudkan mungkin juga sebuah syarikat kurier (yang menawarkan servis ini) atau syarikat penghantaran persendirian.

Satu lagi penyelesaian yang saya lihat yang dilakukan Blooming.com.my (menjual bunga di internet) adalah dengan memasang agen bagi setiap negeri. Bermakna, jika mereka mendapat tempahan dari Sarawak, mereka akan menghubungi agen kedai bunga mereka disana untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Cara ini lebih selamat berbanding jika Blooming.com.my mengepos bunga hidup itu menggunakan kurier. (Memang sah bunga itu akan layu dahulu)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It