Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: petua jimat wang

Skali Lagi ……One More Time

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).

Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!

Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)

Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.

Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.

Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.

Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.

Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)

Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).

Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”

Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).

Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
(Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).

Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bursa malaysia iphone malaysia jutawan hartanah jutawan ICT jutawan saham Perniagaan Internet skali lagi tengku ahmad rithaudeen

Minda jutawan

Hello pembaca SaifulSham,

Apabila rakan saya bertanya kepada saya,

“Apakah sebenarnya cita-cita kau dalam hidup. Apakah sebenarnya yang engkau cari dengan menjalankan bisnes muda-muda ni? Nak tekel awek lawa? (hehe, ye kot :grin: ) Apakah engkau rasakan diri kau 5 tahun akan datang?”

saya hanya mampu berkata bahawa, “Aku nak hidup senang”.

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya diajukan soalan yang sama oleh rakan-rakan sebaya. Mereka melihat satu kepelikan apabila ada orang sebaya mereka membuat kerja yang dirasakan gila.

Kemudian, saya bertanya kembali kepada mereka, “Kalaulah kau, apa kau nak jadi dalam mungkin 10 tahun, 15 tahun akan datang?”

Rata-rata jawapan yang diberikan adalah begini:

“Aku nak berhenti bekerja dan buat bisnes macam kau. Timba pengalaman dahulu”
“Jadi manager, orang kuat dalam syarikat minyak ke”
“Nak jadi kaya raya, pakai Mercedec S-Class kot”

Saya membalas, “So, kenapa tak start sekarang?”

“Bukan ke aku cakap tadi nak timba pengalaman kerja dulu. Aku takde bakat bisnes macam kau”

Lantas saya memberitahu, “Well, maksud aku bukanlah semestinya bermula bisnes sekarang. Yang penting mind set kau dahulu. Mula dengan bina minda pun dah ok. Kita sudah final year, seharusnya masa depan satu perkara yang perlu diambil serius sekarang”

Ramai orang berfikir untuk hidup senang kemudian hari tetapi sebenarnya tidak pun memulakan langkah pertama, iaitu minda. Selalunya, mereka yang tidak merubah minda akan kekal begitu sehinggalah mereka pencen.

Percaya atau tidak?

Di waktu sekolah dahulu, saya sendiri begitu meminati tokoh-tokoh korporat berjaya sehinggakan saya berkecimpung dalam kelab usahawan. Waktu di sekolah dahulu, fikiran saya memang teruja dan berasa ingin tahu bagaimana untuk menjadi kaya.

Percaya atau tidak, atas sebab teruja dan ingin menjadi kaya, saya sanggup membaca majalah ekonomi dan berita seperti saham walaupun satu perkara pun tidak saya faham dahulu. Sebab satunya, saya ingin tahu, apakah bisnes yang menarik untuk dijalankan nanti.

Dalam doa harian selepas solat (perkara yang saya tidak dedahkan selama ini), saya selalu meminta bahawa diri saya akan menjadi jutawan dalam usia muda. Sampai sekarang itulah antara yang saya minta setiap hari.

Semenjak dari sekolah, saya tidak pernah berfikir untuk memulakan perniagaan seawal usia 20an. Yang saya fikir, satu hari nanti, saya ingin kaya. Bagaimanakah caranya adalah perkara kedua.

Hari ini, apabila saya melihat kembali diri saya, tanpa tidak saya sedar,
“Semuanya bermula dari sikap dan keinginan saya sewaktu disekolah dahulu”

Malah ibu saya sendiri tidak menyangka bahawa saya sebenarnya begitu meminati perniagaan kerana minat itu hanya ditonjolkan selepas tingkatan 3. Pada waktu saya bersekolah, adik saya yang kedua, Syamim lebih menonjol dalam minat ke arah perniagaan.

Seperti biasa, apabila saya pulang bercuti semester, saya akan brainwash adik-adik yang lain dirumah mengapa saya berniaga, mengapa abah pun berniaga dan mengapa mereka perlu tahu mengenai perniagaan. Sebabnya sekarang saya sudah tahu, dengan menanam minda mereka diawal usia, perjalanan untuk menuju ke arah kebebasan kewangan akan lebih cepat.

Dan itulah seelok-eloknya untuk anda juga praktikkan. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih muda, asahlah minat mereka seawal mungin jika anda berhasrat untuk mereka mewarisi perniagaan anda atau menceburi perniagaan.

Ini kerana pada waktu muda inilah mereka lebih senang untuk mendengar kata (hehe) berbanding jika mereka sudah boleh berfikir sendiri dan selesa dengan cara hidup makan gaji selama-lamanya. Sebabnya mereka akan dikelilingi oleh rakan-rakan yang hidup sebegitu dalam hidup mereka.

Mulalah memiliki minda jutawan sekarang!

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet jutawan tani kejayaan tokoh penyata akaun proton holding tan sri syed mokhtar al bukhari untung rugi usahawan usahawan muda usahawan tani

Tips Advanced Perniagaan Internet | Sistem Keuntungan Dua Hala

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya akan membongkar satu myth dalam perniagaan internet. Pendapat ini jika tidak diubah dan diberi perspektif sebenar akan merugikan kita. Bahkan saya boleh katakan, rahsia inilah antara salah satu sebab yang membawa kepada kemajuan kami dalam dunia perniagaan internet.

Bukan Pihak Yang Menjual Sahaja Yang Untung!

Apabila bercakap mengenai keuntungan dalam perniagaan, kebanyakan orang akan menganggap penjual sahaja yang akan untung dalam mana-mana transaksi jual beli.

Sebenarnya ini salah.

Pembeli turut mendapat manfaatnya ketika membeli. Jika tidak, tidaklah di syarikat-syarikat besar wujud jawatan “Purchaser”. :)

Walaupun pembeli membayar wang kepada penjual, tetapi pembeli yang bijak bukan sekadar tahu memeras setiap sen keuntungan dari penjual, tetapi juga bijak bagaimana boleh menjadikan penjual tadi sebagai rakan kongsi dalam perniagaannya.

Biar saya jelaskan.

Jangan sesekali memeras supplier anda (atau penyedia perkhidmatan) untuk mendapatkan harga yang termurah atau benda yang anda tidak perlukan.

Sebaliknya, fikirkan bagaimana anda dapat menawarkan supplier anda “pakej” yang menarik yang tidak dapat ditolaknya. Belajar bagaimana untuk negotiate. (negotiate, bukan tawar menawar seperti di pasar tapinya!)

p_007Anda bukan sahaja boleh untung dengan menjual kepada pelanggan, tetapi anda juga boleh untung dengan membeli dari pembekal anda.

Lihat bagaimana kerajaan Malaysia dan Russia berunding dalam pakej pembelian jet pejuang Sukhoi. Kerajaan Malaysia bukan sahaja membayar dalam bentuk wang, tetapi juga dalam bentuk minyak kelapa sawit. Dan Russia bukan sahaja menyiapkan jet pejuang yang ditempah, tetapi juga turut menyertakan pakej angkasawan untuk Malaysia.

Contohnya yang lebih dekat kepada kami, dalam mendapatkan produk-produk untuk dijual di internet, secara jujurnya jika kami menggunakan strategi biasa seperti orang lain menggunakan harga yang disenaraikan di laman web pembekal, keuntungan kami tidaklah begitu tinggi.

Tetapi, kami jarang ikut jalan biasa lama. Biasanya setelah 2-3 bulan berurusan kami akan berjaya meyakinkan supplier kami untuk memberikan kami diskaun yang lebih besar. (itu rahsia kami dapat memberi harga yang terbaik kepada pelanggan!)

Tips Yang Boleh Diamalkan

  1. Tahu kemampuan sendiri. (berapa banyak yang anda boleh jual, berapa harga yang anda mampu)
  2. Tetapkan margin keuntungan yang anda mahu
  3. Dapatkan margin keuntungan yang anda mahu. Jika target anda hanya mahu RM 30, ambil RM 30 sahajalah. Jangan pula apabila anda tahu pembekal masih untung RM 20, anda mahu untung RM 40 pula. Jangan peras pembekal betul-betul sampai betul2 licin keuntungannya anda sapu. (ini jenis usahawan saya paling anti, jangan jadi begini. Maaf kalau ulang2 banyak kali)
  4. Cuba untuk menjadi lebih baik dan melepasi target anda sendiri.
  5. Apabila jualan anda telah melepasi target anda sendiri, maka pada masa tersebut, transaksi nilai RM anda dengan pembekal anda meningkat (keuntungan beliau turut meningkat). Ketika ini anda ulang kembali langkah 1-4.

Dalam hal ini, bagusnya kita akan berada dalam senarai good book penjual tadi. Beliau akan memberikan diskaun yang lebih besar dan membekalkan kita produk-produk baru dengan jumlah yang lebih banyak kerana beliau tahu, kita tidak makan keuntungan beliau. (produk baru ini sebenarnya yang penting untuk melajukan jualan perniagaan kita)

Satu lagi saya ingin menyentuh sikap yang boleh diperbaiki untuk keuntungan kita sendiri.

Katakan apabila kita membeli sesuatu benda, turut disertakan bersama pakej tersebut adalah bonus sebuah ebook yang kita sudah ada. Ataupun ebook mengenai topik yang kita sudah faham benar isinya.

Selepas membeli, jangan kita perah setiap sen wang kita dengan meminta bonus-bonus yang disenaraikan (jika kita tidak jumpa link downloadnya disertakan dengan produk utama),  Walaupun tidak salah anda melakukannya, kerana anda memang berhak. (tidak bermakna ia tindakan terbaik!)

Jika anda sendiri tahu anda tidak akan menggunakannya, jangan sia-siakan ia semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli anda.

Sebaliknya, jadilah pengguna bijak.

Fikirkan berapa nilai pasaran untuk bonus tersebut. Dan fikirkan apa yang anda perlukan yang boleh membantu anda memanfaatkan pembelian anda.

Katalah bonus tersebut paling murah dijual di tempat lain pada harga RM 5.

Tawarkan kepada penjual tadi untuk menukarkan bonus tadi kepada produk2 lain yang dipunyai oleh penjual tadi. Atau anda juga boleh menawarkan untuk menukar bonus tersebut dengan khidmat nasihat melalui emel (jika penjual tadi sanggup).

Jika anda menawarkan pakej anda sendiri tadi dengan menarik, sopan dan tidak seperti hendak menggunakan penjual, penjual tadi tidak akan keberatan untuk memenuhi permintaan anda. Ialah, beliau tidak akan rugi apa-apa. :)

Sebagai seorang penjual di Internet, saya sentiasa seronok untuk berkomunikasi dan memenuhi keperluan pelanggan saya. Tanyalah usahawan-usahawan internet lain pun. Tetapi, akibat dari beberapa pelanggan yang naik lemak atau abusive ini yang seringkali membuatkan kami berfikir dua tiga kali untuk melayan kerenah pelanggan.

Be respectful to your supplier. Ingat, mereka juga ada tanggungan untuk diberi makan, jadi berniagalah dengan elok dengan mereka. Nescaya anda akan mendapat banyak faedahnya.

Dalam bahasa Inggeris ada satu pepatah yang dapat menyampaikan apa yang saya cuba maksudkan;

“Don’t be penny wise, pound foolish”

Salam Kecemerlangan di Aidilfitri,

Sabri

Bacaan Lanjut:cara beli barang murah cara buat bisnes cara tawar menawar diskaun peluang bisnes peluang internet rahsia bisnes strategi bisnes

Gosip Industri | Kenaikan Harga Domain Secara Total

Salam Hormat Pembaca Budiman,

A_sans-ser_1_orangeda gosip dan indikator yang nyata mengenai kenaikan harga domain akan berlaku dalam masa terdekat. Kenaikan ini kemungkinan besar akan dilakukan oleh majoriti pendaftar-pendaftar domain. Ini adalah kerana gergasi upstream pun sudah mengubah pakej harga wholesale mereka.

Walaupun gosip ini pada minggu lepas saya anggap sebagai gosip, hari ini saya mendapat pengesahan. Ada beberapa pendaftar (termasuk dari Malaysia) telah pun menaikkan harga mereka.

Jadi, jika anda mahu mendaftarkan domain ataupun ada domain kegemaran yang bermain-main di minda anda. Inilah masanya yang PALING sesuai untuk mendaftar.

001_56Tidak kisahlah sama ada di NameCheap.com, Go Daddy, pendaftar domain tempatan atau EcommerceMastery.com, lakukan sekarang untuk menjimatkan wang anda.

Ini bukan gimik! Ada pendaftar domain yang akan menaikkan harga pertengahan Oktober ini.

Harga pendaftaran RM 30 untuk satu domain yang EcommerceMastery.com tawarkan sekarang mungkin akan tamat pada bila-bila masa bergantung kepada reaksi industri kepada kenaikan ini.

Klik Di Sini Untuk Ke EcommerceMastery.com

Bacaan Lanjut:cheapest domain domain name paling murah harga domain murah harga domain naik malaysia domain name maybank domain name pendaftar domain

Pelajaran Yang Saya Dapat Dari Bermain Cash Flow Egame

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hujung minggu yang melelahkan, tetapi berbaloi apabila dapat berkongsi sesuatu yang baru dan bernilai dalam seminar RBDDI buat saya. Saya diperkenalkan oleh permainan Cash Flow ini dari Fuad, Pakdi, Shuth & En Aku. Melihat keseronokan mereka bermain dan juga usaha Shuth meng”up”kan permainan ini membuatkan saya ingin mencuba sendiri. ;)

Tetapi memandangkan saya kini berpengkalan di Tronoh, saya terpaksa berpuas hati dengan E-Gamenya sahaja. Dan setelah sehari bermain dengan simulasi ini, saya semakin faham dan belajar sangat banyak perkara!

cashflow egame

Walaupun saya telah membaca lebih kurang 4 buah buku dalam Siri Rich Dad, Poor Dad, permainan ini mengajar dengan lebih jelas dan mengejutkan! Robert Kiyosaki memang genius kerana beliau dapat mengintegrasikan pelajaran dalam mengejar kebebasan kewangan.

Syazwan Pasti Akan Bankrap Ketika Kali Pertama Bermain! & Pelajaran Yang Saya Dapat Dari Bermain Cash Flow ini

Haha, ya. Saya pasti, saya mengenali Syazwan dan saya tahu bagaimana dia berfikir dan saya yakin beliau akan bankrap ketika kali pertama bermain. Kenapa? Ini apa yang saya belajar:

  • 1) Saya memulakan permainan ini dengan memegang teguh tips yang saya baca dari Shuth. Pelaburan saham tidak memberikan pulangan yang begitu lumayan dibandingkan dengan pulangan pelaburan lain.
  • 2) Anda perlu melaburkan wang anda supaya ia bertambah dan membesar, tetapi anda juga perlu sejumlah aset yang cair (mudah ditunaikan) supaya anda dapat merebut peluang-peluang dan juga malapetaka (bapa mertua paksa anda beli bot) yang datang secara tidak disangka. Jika anda tidak ada sedikit safety net, bank akan memerah anda secukup-cukupnya.
  • 3) Ada hutang baik, ada hutang jahat. Ya, ya. Saya tahu anda sudah tahu. Tetapi anda belum jumpa lagi hutang munafik dalam permainan ini. Anda perlu bayar segera hutang-hutang munafik ini. (Hutang munafik=Hutang baik yang jahat!)

  • 4) Membayar hutang munafik lebih utama dari menghasilkan wang.
  • 5) Cashflow is everything. (Saya tahu, saya tahu anda sudah tahu) TETAPI, benarkah anda benar-benar tahu? Ya, tuan-tuan dan puan-puan, Cashflow munafik pun ada juga. Cashflow munafik ini positif dan sangat menarik, tetapi ia hanya menjadi baik apabila bertemu dengan orang yang betul. Bertemu dengan orang yang salah, pelaburan-pelaburan ini akan merosakkan kewangan anda. Sesuatu perkara yang sangat menguntungkan orang lain, mungkin sangat berbahaya untuk kita. (dan ini bukan skim cepat kaya pun!)

  • 6) Perjalanan ke arah financial freedom bukanlah perjalanan dengan Pukat Tunda (anda sediakan pukat dan ikan akan berebut-berebut masuk). Perjalanan ke arah kebebasan kewangan adalah seperti menaiki tangga. Anda perlu ada Exit Strategy untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Syazwan ada menulis mengenai hal ini di SaifulSham sebelum ini, tetapi bagaimanakah Exit Strategy (melangkah untuk ke tingkat seterusnya) yang perlu anda ada untuk rancangan kewangan anda? Adakah anda yakin? Apa akan terjadi jika anda tidak mahu Exit?

haha, lebih banyak persoalan timbul sekarang. Untuk anda yang telah bersedia dan memiliki pengetahuan kebebasan kewangan, bermainlah dengan CashFlow game ini. Ia akan membuka perspektif baru dan mengajar anda lebih banyak perkara. Jika anda rasa ia remeh, ini nasihat saya:

Jika bercakap mengenai strategi mencapai kebebasan kewangan, saya rasa hampir 90% darinya sudah saya tahu, faham & ingat. Anda boleh berbincang mengenai apa sahaja dan saya boleh memberi pandangan yang bernas. Tetapi, Cash Flow game ini mengajar saya perkara yang saya sudah tahu dengan lebih hebat lagi dan menyelamatkan saya dari melakukan malapetaka kewangan di masa depan dengan memberitahu saya perkara yang saya tidak tahu.

Jika anda benar-benar mahu mencapai kebebasan kewangan, mainlah permainan ini. Tolonglah main sebelum anda dipermainkan. :p Anda akan mengucap setelah anda merasai sendiri. :razz:

Kesimpulannya: Syazwan akan bankrap ketika kali pertama bermain. Biar beliau pula tulis sendiri apa pengalaman beliau. (ketika artikel ini ditulis, beliau tidak main lagi kerana merasakan ia seperti Monopoly. Tetapi saya akan pass CD ini dan biar dia cuba.) Haha! Mari kita paksa dia main.

Akhir kata, Thanks to Shuth, Pakdi, Fuad dan En Aku kerana menggembar-gemburkan permainan ini. Mika semua telah menyelamatkan masa depan hamba :mrgreen:

p/s: Saya tidak suggestkan orang yang tiada asas kewangan peribadi bermain, sebab anda tidak akan dapat belajar 150% darinya. Anda menuntut dan membaca dahulu, lepas tu baru main Cash Flow ini supaya anda lebih faham dan alert dengan kesalahan-kesalahan yang bakal anda lakukan.

p/p/s: Oh ya, akhir sekali, permainan ini bukan permainan menyuap seperti anda di sekolah. Anda belajar dan anda perlu faham apa yang anda buat betul dan salah. Ia hanya menunjukkan jalan sahaja (seperti banyak panduan dalam hidup ini). Anda yang akan menentukan nasib anda. Jika anda mahu belajar dengan disuap seperti di sekolah, anda akan mendapat sakit hati dengan permainan ini (sama seperti majoriti perkara yang anda cuba dalam hidup ini)

Bacaan Lanjut:cash flow monopoly pengurusan kewangan permainan kewangan peribadi rich dad poor dad robert kiyosaki

Saya Seorang Yang Jimat Atau Kedekut?

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Sambil menggaru-garu kepala saya yang baru sahaja saya “MAWI” kan (angin sejuk senang kena kulit kepala, jadi otak saya tidak berasap kerana selalu di overclock), saya berfikir, apa lagi yang saya boleh kongsi bersama anda ya. Saya tidak mahu menulis sesuatu yang tidak dapat difahami atau sesuatu yang tidak popular. (oh, menulis sebab nak jadi popular ya!) Saya pasti, tips yang saya akan kongsi hari ini sudah ramai yang tahu, tetapi anda perlu amalkan. Amalkan, sudah tentu anda akan jadi berisi macam saya. :razz:

Petua Untuk Membuatkan Wang Anda Lebih Banyak Tanpa Menganggu Kehidupan.

Pernahkan anda terasa tidak cukup wang? Tidak cukup wang untuk melabur, tidak cukup wang untuk menyimpan, tidak cukup wang untuk membeli topup, tidak cukup wang untuk segala-galanya lah. Ikuti tips saya ini.

Tips Ringkas: Berniaga Dengan Diri Sendiri

Apabila anda ingin membeli sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan, (contohnya Mouse); anda kenalpasti berapa bajet anda dan ciri-ciri mouse yang anda perlukan.

Katakan anda bajet anda RM 80 (cukup2 untuk membeli Mouse brand Microsoft), mouse tersebut perlu besar untuk digunakan tangan anda yang besar dan perlu ada butang skrol ditengah-tengahnya.

Ketika anda ke Low Yat untuk membeli mouse Microsoft tersebut, anda mendapati di rak sebelah ada menjual mouse berharga RM 10 yang sama besar dengan mouse Microsoft tersebut dan mempunyai ciri-ciri yang sama (kecuali Mouse Microsoft ada 2 butang extra di kiri kanan-yang anda tidak perlukan).

Maka, dari anda membeli Mouse Microsoft tadi, belilah Mouse RM 10 tadi yang berfungsi sama hebat dengan Mouse Microsoft tadi. Baki wang RM 70 (dari bajet) jangan dimasukkan ke dalam poket! Tetapi masukkan ke dalam tabung keuntungan perniagaan anda. :)

Perkara yang sama saya lakukan ketika membeli WiFi USB (minta diskaun!), makan KFC (beli apa yang perlu sahaja-tak perlu combo), Gunting Rambut (tak perlu cukur Misai, boleh cukur sendiri), lepak-lepak di mamak (makan satu round sahaja, jangan beround-round), tukar minyak hitam kereta (pakai brand biasa-biasa sahaja sudah), ketika membeli laptop tukar Notebook Cooler dengan Notebook Lock (sebab saya rasa saya tidak perlukan lock) dan bermacam-macam lagi.

Ketika anda membeli sesuatu, jika bukan harga tetap dapatkan diskaun (Bukan saya sahaja cakap begitu, Adam Khoo pun). Perbezaan dengan harga yang anda bayar tersebut dengan harga peruntukan anda, masukkan dalam tabung perniagaan. Haa, sekarang tiada alasan lagi untuk anda mengeluh tiada wang untuk membuat sesuatu! :)

Salam Hormat

Sabri HA

p/s: Oh ya, ini yang membezakan saya dengan Syazwan. Saya seorang yang lebih berkira sikit untuk berbelanja.

p/p/s: Btw, satu pelajaran yang saya belajar dalam hal ini, jangan sampai anda berjimat sehingga menjejaskan produktiviti. Contohnya, ketika saya membeli komputer dahulu, saya meminta sebuah mouse free. Mouse tersebut kecil sehingga susah nak buat kerja. Jadi biarlah lebih sikit bayar (jangan lebih sangat plak!), asalkan tidak mengganggu produktiviti kerja kita.

p/p/p/s: Dalam tempoh 6 bulan lepas menggunakan cara ini, saya berjaya save kan RM 1+++ yang baru-baru ini saya gunakan untuk satu aktiviti lain… :lol:

p/p/p/p/s: Oh ya, esok saya akan share. Bagaimana untuk sentiasa mendapatkan package deal yang terbaik untuk kegunaan anda. (Contoh: tahun lepas saya membayar RM 1++ untuk prepaid saya, bagaimana sekarang setelah mendapat tips ini saya hanya perlu membayar RM 75 dan dapat bercakap berpuluh-puluh jam lebih lama dan menghantar lebih banyak sms-pada harga yang lebih murah…Haa, rahsia orang kedekut ini saya je tahu, Syazwan tak tahu…hehe)

Bacaan Lanjut:cari duit internet melalui Keusahawanan malaysia cari forum tip usahawan berjaya usahawan usahawan berjaya usahawan berjaya di malaysia
Close
E-mail It