Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Portal Iklan

Meminta bantuan dalam perniagaan

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya kerap kali mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali (mungkin nombor telefon saya telah disebarkan) yang meminta banyak sangat bantuan untuk memulakan perniagaan.

Saya sentiasa bersedia membantu tetapi pada banyak keadaaan, cara panggilan ini meminta bantuan seolah-olah terlalu mendesak. (Hey, saya tidak senang cair dengan kata-kata pujian kecuali anda seorang gadis jelita :cool: ).

Antara ayat yang biasa diperkatakan:
“Boleh tak Syazwan buat laman web saya, tolonglah saya ini” (banyak cantik!)

“Saya sudah buntu dalam perniagaan internet, bantulah saya, bolehkah saya telefon kalau ada apa-apa lagi kemudian hari?” (boleh tetapi saya selalu hadkan pada bekas peserta seminar sahaja, itupun hari minggu sahaja)

“Orang dah kaya, takkan tak boleh bantu orang lain” (waduh, mudahnya cakap)

Ada banyak ketika, mereka bercakap melebihi sejam dalam telefon (aduh, saya meluangkan masa dengan begitu sahaja tanpa bayaran. Doktor pakar pun caj pesakitnya, saya bagi percuma pula).

Persoalannya, haruskah saya melayan semua perkara itu dimasa saya sendiri sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar di samping menjalankan perniagaan?

Saya amat menghargai pertolongan yang diminta kerana dengan itu saya tahu betapa saya mempunyai sesuatu yang istimewa yang dicari orang lain (ehem,ehem) tetapi pertolongan yang diminta kadangkala terlalu tinggi untuk saya penuhi.

Jadi, untuk memudahkan golongan yang bertanya, saya sediakan panduan untuk anda menghubungi saya. (Jika anda sudah pegang nombor telefon saya, tolong simpan dan jangan diberikan kepada sesiapa).

Pertama, jika tidak faham tentang satu-satu persoalan, rujuk dan baca dahulu buku seperti “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tulisan Team SaifulSham (ini syarat minimum).

Emailkan soalan anda ke syazwan(at)saifulsham.com. Harapan saya, saya tidak mahu menerima soalan yang terlalu leceh dimana jawapannya sudah ada pada buku tulisan saya dan Sabri.

Kalau tidak, nampak sangat anda hanya mengharapkan bantuan saya mahupun Sabri 100 peratus tanpa usaha. Saya boleh kenal email orang yang membaca buku kami atau tidak. Antara soalan orang yang tidak membaca buku kami adalah seperti berikut:

“Paypal tu apa, macam mana hendak mohon? Laman web nak buat pakai apa?” (Soalan ini jika saya terima, saya akan simpan dan perap lama-lama kemudian barulah saya jawab. Itupun saya akan menjawab dikala saya berada dalam situasi terlalu bosan).

Berbanding soalan seperti ini,
“Dalam buku anda, ada disebut tentang beberapa cara mengeluarkan wang dari PayPal, kaedah manakah yang terbaik untuk orang Malaysia ketika ini?”

Soalah ini lebih sopan daripada soalan pertama tadi. Dan soalan ini menunjukkan si penanya tahu apa yang ingin ditanyanya (sudah pasti saya akan jawab dalam tempoh 24-48jam, bergantung pada tahap kesibukan).

Sama hal juga dengan tulisan saya dahulu mengenai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Sehingga hari ini, masih ada yang menghantar komen meminta nombor telefon Yayasan al-Bukhari kerana ingin meminta modal perniagaan dan sebagainya. (bila masa pula saya pegang nombornya saya pun tak tahu)

Saya bersetuju dan bangga kerana anda berani untuk tampil meminta pertolongan tetapi betulkah cara begini meminta modal. Seharusnya, lengkapkan diri dengan segala perancangan perniagaan dan persembahkannya kepada Yayasan tersebut.

Setidak-tidaknya, tunjukkan passion dan minat mendalam untuk membuat sesuatu bisnes tetapi terhalang disebabkan ketiadaan modal. Bukannya menelefon atau email dan terus meminta sejumlah wang. Jika saya berada dalam situasi tersebut, saya akan menjawab panggilan dan mengatakan, ” Hayya, ini salah nombor lah. Wa talak kenai itu olang! :smile:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan ebook jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM jutawan swisscash jutawan tani perniagaan

Kami pun pernah gagal

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini rata-rata mengatakan apa yang dibuat oleh SaifulSham semuanya menjadi. Sebenarnya tidak! Perjalanan untuk sampai ke hari ini sebenarnya telah menemui beberapa kegagalan.

Saya telah menutup beberapa laman web yang tidak beroperasi dengan baik, sehingga hari ini ada lebih kurang 3 laman web. Sama ada tidak mencatatkan jualan yang memberangsangkan ataupun masalah logistik.

Keputusan menutup ini menunjukkan, kami pun pernah gagal. Tidak ada yang sempurna. Tetapi, kegagalan ini membuka peluang perniagaan yang lain.

Antara laman web bukan bisnes yang akan ditutup saya pada masa depan adalah SaifulSham.co.nz. Disebabkan adik saya tidak sempat menulis, saya berpendapat, lebih baik beliau menumpukan pelajaran dan perniagaan kami di sana.

Laman web lain yang akan ditutup adalah KingFuelSaver.com. Laman web ini tidak menghadapi sebarang masalah jualan tetapi disebabkan pertikaian pihak pengilang membuatkan kami terpaksa menutup laman web tersebut, mungkin untuk selama-lamanya.

Tidak semua yang dilakukan kami menjadi. Tetapi yang penting, lakukan kajian risiko sebelum anda melangkah.

Jika risiko itu boleh diterima anda (yang menyebabkan anda tidak jadi gila jika gagal), maka ambillah.

P/S: Studio kami yang dalam pembikinan sebenarnya untuk projek yang belum pernah dibuat lagi.Apapun ia tidak akan membabitkan Yusof Haslam mahupun Aziz M.Osman :grin:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:hartanah di kelantan jutawan hartanah jutawan perniagaan jutawan tani Perniagaan Internet urushartanah.com usahawan muda usahawan tani

Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham

Hello pembaca SaifulSham,

Sebelum itu, saya memohon maaf kerana tidak memberi notis bahawa blog ini tidak dikemaskini. Baru hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis berikutan kesibukan kami menguruskan beberapa perniagaan lain.

Baiklah, oleh sebab ramai yang berminat belajar bagaimana bapa saya menguruskan pelaburan hartanahnya, sekarang adalah masanya. Jeng,jeng, jeng.

Bermula minggu hadapan, kami akan melancarkan laman web pelaburan hartanah, dimana anda dijemput untuk menjadi rakan kongsi pelaburan hartanah kami yang akan diuruskan bapa saya. Dan,oh ye, buat masa ini, tempat ini adalah dihadkan untuk ANAK KELANTAN sahaja.

Saya memohon maaf kerana bapa saya banyak menguruskan pelaburan hartanah di Kelantan dan undang-undang telah menetapkan hanya anak kelantan sahaja boleh membeli tanah di kelantan.

Modal permulaan hartanah yang diperlukan adalah seminimum RM50,000 dan gandaan RM50,000 ke atas dan ianya bergantung kepada projek yang terdapat dalam tangan.

Jika anda mempunyai wang yang lebih tetapi tidak tahu dimana harus dilaburkan atau menyimpan wang yang banyak di bank tetapi kecewa dengan dividen yang diberikan terlalu sedikit, kembali ke laman web SaifulSham pada minggu hadapan.

Saya akan meletakkan beberapa hartanah yang diuruskan bapa saya sebelum ini sebagai bukti bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang lumayan. Antaranya adalah nilai semasa belian dan nilai jualan (Gambar juga akan diletakkan).

Sehingga kini, semua hartanah yang dibeli bapa saya berjaya dijual dengan harga dua kali ganda daripada harga asalnya atau lebih baik lagi tiga kali ganda. Dan prosesnya memakan masa antara 12 bulan hingga 24 bulan (bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa).

Selain tujuan saya untuk mendapatkan rakan kongsi, saya juga melihat inilah satu cara untuk menanam pengetahuan pelaburan hartanah kepada orang lain melalui tunjuk ajar orang yang pakar.

Tujuan lain lagi, pelaburan anda dijamin selamat dan anda hanya perlu menunggu pulangan daripada pelaburan anda. Hal-hal pengurusan tanah akan diuruskan sepenuhnya bapa saya.

Syazwan, mengapa Kelantan dan tidak negeri lain?
Ini bukan soal kenegerian tetapi macam saya sebut tadi, bapa saya pakar di negeri kelahirannya (beliau tahu benar keadaaan dan pasaran hartanah disana) disamping proses kelulusan yang cepat berbanding negeri lain.

Apapun, tunggu sahaja minggu hadapan untuk maklumat yang lebih detail.

P/S: Konsep ini sah kerana kita akan berJV dan bukannya mengambil modal anda sesuka hati. Nama anda akan tertera sebagai pemilik hartanah dan tidak akan terjadi situasi anda ditipu.

Proses ini akan melibatkan pihak peguam. (jangan takut jika anda tidak biasa dengan peguam melainkan didakwa dimahkamah,huhu)

Jika paling burukpun tidak dapat dijual dalam masa ditetapkan (belum pernah terjadi sepanjang 13 tahun penglibatan bapa saya), hartanah itu adalah aset anda.

P/SS: Oh ye, saya layak sebab ibu bapa saya adalah anak kelantan.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:anak kelantan jutawan hartanah pelaburan hartanah usahawan hartanah

Melengah kemewahan

Hello pembaca SaifulSham,

Menjadi seorang public figure kadangkala pun tidaklah seindah mana. Satu ketika saya makan di kedai mamak, ada saja yang tiba-tiba muncul “eh, ni geng-geng SaifulSham kan, takkan makan sini kot”

Waduh, waduh, apakah perlu saya makan di hotel hanya sebab menjadi seorang pengasas SaifulSham.

Saya selalu menjawab, “Takpe, aku mengamalkan prinsip delayed gratification. Tunggu sampai bisnes betul-betul sukses sampai cawangan berpuluh dekat oversea baru tukar kereta baru, makan dekat hotel” (hujah mematahkan ayat-ayat perli ini)

Untuk pengetahuan anda, sehingga tahun ini, saya dan Sabri bekerja tanpa gaji. Ini bermakna, saya dan Sabri hanya hidup dengan wang scholarship sahaja. (Anda tentu terkejut kan)

Semua keuntungan perniagaan dilaburkan kembali untuk pengembangan bisnes kami terutama pembiayaan operasi bisnes luar negara yang diuruskan adik saya, Syamim.

Seperti yang anda tahu, saya tidak akan puas dalam bisnes jika saya tidak mencapai tahap Bursa Malaysia listing. Jadi, untuk memenuhi cita-cita itu, saya sandarkan wang keuntungan dan dividen kami untuk pengembangan bisnes.

(Alah, standard je tiada gaji. Steve Job pun gaji USD1 setahun tak heran pun).

Soal menikmati nikmat dunia itu saya tangguhkan dahulu. Pada saya, mana-mana usahawan perlu membuang sikap tipikal kebanyakan usahawan Melayu iaitu membelanjakan keuntungan untuk kepentingan diri sebaik memperolehnya.

Tidak salahpun untuk menikmati hasil penat lelah tetapi adalah baik untuk melengahkan kemewahan tersebut. Melengahkan disini bukanlah tunggu tanpa berbuat apa-apa tetapi menggunakan sumber keuntungan anda untuk pengembangan perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda mampu mengembangkan bisnes pada kadar yang lebih pantas tanpa mengharapkan mana-mana pinjaman.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jejak jutawan jutawan kaya mewah usahawan jutawan usahawan tani

EcommerceMastery sahkan tajaan untuk UTP

Hello pembaca SaifulSham,

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk aktif dalam CSR (Corporate Social Rensponsibility) atau dalam erti kata lain (satu bentuk kebajikan sosial), Team SaifulSham melalui EcommerceMastery.com mengesahkan tajaan untuk universiti tercinta kami, UTP melalui penajaan hosting bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar jurusan IT.

Sebenarnya, kerjasama dengan pihak universiti telah bermula sejak pertengahan tahun ini dengan memberikan kemudahan hosting untuk tujuan pelajar-pelajar IT menyiapkan assigment (seperti membina laman web) dan juga projek tahun akhir (Final Year Project). Tetapi, tahun ini lebih kepada tempoh percubaan.

Apapun menjelang awal tahun hadapan, kemudahan ini akan dinikmati oleh seluruh pelajar yang mengambil subjek-subjek berkaitan e-commerce dan internet marketing. Tempoh setahun diberikan untuk tajaan ini dan ia akan diperbaharui mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

Disebabkan UTP adalah universiti kami menuntut ilmu (hehe), jadi kami memberikan kebebasan menikmati kemudahan ini secara percuma. (Saya sentiasa memegang prinsip Petronas: Energy Receive, Energy Return :cool: )

Apapun, saya menjemput mana-mana institusi pengajian tinggi yang memerlukan hosting sebagai salah satu alat dalam mana-mana subjek berkaitan e-commerce atau internet marketing atau sebagainya supaya menghubungi kami untuk membincangkan tajaan yang boleh dipertimbangkan kami.

Kami tidaklah terlalu rigid kepada UTP sahaja. Anyone can grab the same opportunity.

Dengan syarat hubungi kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk pertanyaan lanjut.

W.M.Syazwan
Pengarah Urusan

Bacaan Lanjut:ecommercemastery hosting malaysia jutawan hosting jutawan ICT universiti teknologi petronas utp

Skali Lagi ……One More Time

Hello pembaca SaifulSham,

Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).

Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!

Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)

Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.

Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.

Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.

Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.

Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)

Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).

Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”

Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).

Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
(Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).

Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bursa malaysia iphone malaysia jutawan hartanah jutawan ICT jutawan saham Perniagaan Internet skali lagi tengku ahmad rithaudeen

2017

Hello pembaca SaifulSham,

Tajuk pos kali ini adalah 4 nilai angka, 2017. Ini bukanlah nombor plat kenderaan malah jauh sekali nombor ekor 4D. Angka 2017 adalah satu perumpaan untuk pos yang membawa erti 10 tahun akan datang (tahun 2007 tambah 10 tahun = 2017 kan?!).

Saya tidak mahu membuat ramalan (sama ada komet akan jatuh pada tahun tersebut) tetapi saya ingin bertanya kepada anda, dimana diri masing-masing pada tahun tersebut (kalau umur panjanglah).

Oleh kerana SaifulSham.com adalah sebuah blog perniagaan dan diuruskan oleh 2 orang yang semakin hari semakin tua (ehem,ehem), maka blog ini mungkin tidak lagi wujud pada masa itu :grin: (Maybe lah, saya rasa, bila tua ni mata makin rabun, tidak boleh duduk lama-lama depan skrin).

Sebenarnya, sebelum 10 tahun akan datang, bayangkanlah apa yang ingin dicapai anda pada waktu itu sekarang, ya SEKARANG. Kebanyakan orang yang melawat blog ini inginkan maklumat-maklumat yang fresh tentang bagaimana untuk menjadi kaya melalui jalan perniagaan dan pelaburan.

Jujur saya beritahu anda, blog SaifulSham.com tidak cukup untuk membuatkan anda kaya. Saya tidak boleh memberi kekayaan kepada anda.

Baik, soalan menarik, saya ingin bertanya, “Kalau benar anda hendak kaya, tahap mana kekayaan anda itu jika diberi masa 10 tahun lagi?”

Ada orang akan menjawab, “Paling tidak macam Bill Gates!”, “Bawah sikit pada Syed Mokhtar Al-Bukhari”, “Nak ada syarikat penerbangan tambang murah sendiri”.

Wah, semua hendak kaya seperti itu. Baik saya tanya pada anda lagi, untuk mencapai kekayaan tahap mega rich seperti itu, apa yang telah anda lakukan pula?

Saya ingin berserius, jika anda ingin kaya seperti mega rich, pendekatan untuk mencapainya lain. Kalau anda hendak kaya tahap 1 million dollar guy sahaja pun lain pula pendekatannya. Untuk tidak kaya pun lain pula pendekatannya (kerja sampai pencen, dapat duit, belanja, tukar-tukar kereta. Ini pun dah cukup untuk buat anda tidak kaya).

Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi super rich dengan internet, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti ini:

Syarikat anda harus disenaraikan di Bursa Saham (ini wajib, go public!)
Perniagaan internet mempunyai pelanggan yang besar (besar dan amat besar)
Sempadan perniagaan sehingga luar negara

Baik, saya tidak perlu senaraikan semua kriteria (nanti ada yang berasa tidak sedap hati :cool: ). Tetapi, inilah syarat yang perlu anda penuhi. Jika anda masih berharapkan menjual satu jenis produk sahaja diinternet, maka impian untuk menjadi seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari mungkin satu impian yang terlalu tinggi.

Saya tidak kisah apa impian anda. Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dan melihat kekayaan dari pelbagai sudut. Ada yang sudah cukup jika dapat cecah RM1 juta. Ada orang kalau dapat tambah ratus-ratus ringgit sebulan pun sudah terlebih cukup.

Tetapi, pos kali ini adalah untuk memberi penekanan bahawa, anda perlu menilai impian anda dengan melihat usaha anda sekarang.

Jika anda tanya saya, memang saya akui, saya tidak akan puas selagi syarikat saya tidak pergi PUBLIC (masuk pasaran saham). Jujurnya, saya melihat bidang internet adalah bidang Team SaifulSham tetapi siapa tahu, Team SaifulSham mungkin berkembang menjadi sebuah syarikat yang menjurus ke arah lain nanti.

Selagi impian saya tidak tercapai (untuk pergi ke pasaran saham), saya akan terus berusaha mencapainya.

P/S: Saya dah lama beritahu Sabri, alang-alang hendak jadi kaya, biarlah kami betul-betul kaya. Jadi, kami kena jadi sebuah syarikat public satu hari nanti ditambah pelaburan hartanah sebagai pendapatan pasif.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bskl buat duit cara mudah bursa malaysia jutawan francais jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM jutawan tani pasaran saham syarikat dimalaysia
Close
E-mail It