Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Promosi

5 tahun sebagai pelajar U

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini, saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.

Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.

1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
8) Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)

Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!

Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).

Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.

Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.

Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.

Bacaan Lanjut:

iPhoneStore.com.my dilancarkan!

Dengan slogan kata: Nobody Can Stop You From Having iPhone, kami kembali dengan merasmikan laman web iPhoneStore.com.my.

Disebabkan kesibukan kami, maklumat seperti video klip akan ditambah dari semasa ke semasa. Yang penting, ianya sudah dilancarkan secara rasmi. (Anda sudah boleh membuat tempahan)

Dengan pelancaran laman web iPhone ini, kami juga mengumumkan bahawa laman web ini sudah pun membuat tajaan pertama kepada salah sebuah pasukan bola sepak Universiti Teknologi Petronas, Rohirrim (ini pasukan bacth kami).

rohirrim

(Pengarah Urusan, W.M.Syazwan (ditengah) bergambar bersama pasukan tajaan iPhoneStore.com.my)

model rohirrim

Sekaligus, tajaan ini menambahkan lagi bentuk kebajikan sosial yang diuruskan SaifulSham Consultants.

Apapun, anda sudah boleh membuat tempahan sebuah iPhone sekarang! Layarilah IphoneStore.com.my.

P/S: Adik Syazwan, Syamim baru berlepas pulang ke New Zealand pada Rabu lepas dan beliau akan meneruskan jualan iPhone kami disana.

Bacaan Lanjut:

Meminta bantuan dalam perniagaan

Hello pembaca SaifulSham,

Saya kerap kali mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali (mungkin nombor telefon saya telah disebarkan) yang meminta banyak sangat bantuan untuk memulakan perniagaan.

Saya sentiasa bersedia membantu tetapi pada banyak keadaaan, cara panggilan ini meminta bantuan seolah-olah terlalu mendesak. (Hey, saya tidak senang cair dengan kata-kata pujian kecuali anda seorang gadis jelita :cool: ).

Antara ayat yang biasa diperkatakan:
“Boleh tak Syazwan buat laman web saya, tolonglah saya ini” (banyak cantik!)

“Saya sudah buntu dalam perniagaan internet, bantulah saya, bolehkah saya telefon kalau ada apa-apa lagi kemudian hari?” (boleh tetapi saya selalu hadkan pada bekas peserta seminar sahaja, itupun hari minggu sahaja)

“Orang dah kaya, takkan tak boleh bantu orang lain” (waduh, mudahnya cakap)

Ada banyak ketika, mereka bercakap melebihi sejam dalam telefon (aduh, saya meluangkan masa dengan begitu sahaja tanpa bayaran. Doktor pakar pun caj pesakitnya, saya bagi percuma pula).

Persoalannya, haruskah saya melayan semua perkara itu dimasa saya sendiri sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar di samping menjalankan perniagaan?

Saya amat menghargai pertolongan yang diminta kerana dengan itu saya tahu betapa saya mempunyai sesuatu yang istimewa yang dicari orang lain (ehem,ehem) tetapi pertolongan yang diminta kadangkala terlalu tinggi untuk saya penuhi.

Jadi, untuk memudahkan golongan yang bertanya, saya sediakan panduan untuk anda menghubungi saya. (Jika anda sudah pegang nombor telefon saya, tolong simpan dan jangan diberikan kepada sesiapa).

Pertama, jika tidak faham tentang satu-satu persoalan, rujuk dan baca dahulu buku seperti “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tulisan Team SaifulSham (ini syarat minimum).

Emailkan soalan anda ke syazwan(at)saifulsham.com. Harapan saya, saya tidak mahu menerima soalan yang terlalu leceh dimana jawapannya sudah ada pada buku tulisan saya dan Sabri.

Kalau tidak, nampak sangat anda hanya mengharapkan bantuan saya mahupun Sabri 100 peratus tanpa usaha. Saya boleh kenal email orang yang membaca buku kami atau tidak. Antara soalan orang yang tidak membaca buku kami adalah seperti berikut:

“Paypal tu apa, macam mana hendak mohon? Laman web nak buat pakai apa?” (Soalan ini jika saya terima, saya akan simpan dan perap lama-lama kemudian barulah saya jawab. Itupun saya akan menjawab dikala saya berada dalam situasi terlalu bosan).

Berbanding soalan seperti ini,
“Dalam buku anda, ada disebut tentang beberapa cara mengeluarkan wang dari PayPal, kaedah manakah yang terbaik untuk orang Malaysia ketika ini?”

Soalah ini lebih sopan daripada soalan pertama tadi. Dan soalan ini menunjukkan si penanya tahu apa yang ingin ditanyanya (sudah pasti saya akan jawab dalam tempoh 24-48jam, bergantung pada tahap kesibukan).

Sama hal juga dengan tulisan saya dahulu mengenai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Sehingga hari ini, masih ada yang menghantar komen meminta nombor telefon Yayasan al-Bukhari kerana ingin meminta modal perniagaan dan sebagainya. (bila masa pula saya pegang nombornya saya pun tak tahu)

Saya bersetuju dan bangga kerana anda berani untuk tampil meminta pertolongan tetapi betulkah cara begini meminta modal. Seharusnya, lengkapkan diri dengan segala perancangan perniagaan dan persembahkannya kepada Yayasan tersebut.

Setidak-tidaknya, tunjukkan passion dan minat mendalam untuk membuat sesuatu bisnes tetapi terhalang disebabkan ketiadaan modal. Bukannya menelefon atau email dan terus meminta sejumlah wang. Jika saya berada dalam situasi tersebut, saya akan menjawab panggilan dan mengatakan, ” Hayya, ini salah nombor lah. Wa talak kenai itu olang! :smile:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan ebook jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM jutawan swisscash jutawan tani perniagaan

Adil atau tidak

Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah

Bacaan Lanjut:jutawan malaysia jutawan melayu orang kaya Syed Mokhtar Al Bukhari urushartanah usahawan tanah

Tema, Central Theme & Leverage Dalam Perniagaan Internet

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Setiap orang ada kekuatan masing-masing yang boleh digunakan sebagai tapak pelancaran perniagaan internet masing-masing. Jika anda menggunakan kekuatan ini sepenuhnya, anda akan menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan lebih cepat. Bila anda jadi pakar dalam satu bidang, anda boleh jadi pakar dalam bidang lain juga dengan lebih cepat. Berbanding anda cuba menjadi pakar dari bawah.

Contoh: Canon adalah pakar pencetak. Mereka tidak ada kepakaran pun dalam menghasilkan kamera. Tetapi, katakan mereka hendak juga jual kamera. Pada pendapat anda, lebih mudah untuk mereka menjual kamera dengan jenama Canon, atau bermula dari kosong dengan memasarkan kamera jenama Konan?

Tahukah anda, walau siapapun anda sekarang, guru, ahli perniagaan, pensyarah, pemandu teksi, penganggur, bahkan mahasiswa sekalipun, anda boleh menggunakan kedudukan anda tadi sebagai salah satu aset anda.

Walaupun ada orang yang menganggapnya sebagai kelemahan.

Sebagai contoh, SaifulSham.com . Kami betul-betul menggunakan “kemudaan” dan hakikat bahawa kami adalah mahasiswa sebagai satu aset kami.

Sebagai orang muda, kami dianggap tidak berpengalaman dan berhak untuk emosional, daring, melakukan kesalahan. Itu hakikatnya dan kami tidak pernah menafikan. Kami tidak sempurna dan kami buat apa yang orang muda buat.

Tetapi, kami ada added value sebagai differentiation kami dengan orang muda lain. Kami tambah willingness to learn, being a fast learner, ada business acumen, ada financial awareness dan dare to admit mistakes. Kami memang position brand SaifulSham seperti itu.

Jadi dari satu perspektif, kita bagitahu pasaran ini kelemahan kita, dan ini kekuatan kita (yang cover kelemahan tadi).

Reverse phsycology ada orang panggil. Btw, bukan tidak ada orang yang memandang rendah orang muda dengan brand “happening” seperti kami. (jika anda pernah berjumpa kami, kami sangat laid back dan tidak kisah sangat apa orang fikir mengenai kami)

Ada juga yang menganggap idea kami tidak cukup matang dan mantap. Ada yang menganggap nama SaifulSham itu keMelayuan sangat (a lot of thought goes into that name), ramai orang tersalah eja, ada orang kata kami cyber squatting dan tidak kurang juga orang disekeliling kami yang underestimate what we offer dan diri kami sendiri.

Tetapi, itu tidak menghalang kami untuk terus menjadi SaifulSham. Ia tidak menghalang kami untuk membuat lebih banyak kesilapan.

Yang lebih berharga, sebagai orang muda segala pencapaian kami walaupun sekecil mana, jika diukur dengan umur kami, ia akan menjadi besar. :)

Ada perkara yang dibuat oleh orang yang berumur 40 tahun, orang kata “Patut pun”, tetapi jika perkara yang sama dibuat oleh orang yang berumur 20 tahun, orang kata; “WoW”

Dan ini yang membuat saya hairan, kerana ramai orang seolah-olah berasakan mereka perlu “Mulakan Hidup Baru” di Internet. Seolah-olah 2nd life pula. ;)

 Mesej saya di sini, Jadi Diri Anda Sendiri, Kukuhkan Kedudukan Diri Anda Dengan Bantuan Peralatan Yang Anda Telah Ada & Jangan Buang Masa Membuat Peralatan Baru.

Contoh, anda seorang guru.

Untuk pengetahuan anda, guru adalah karier yang paling berharga seseorang infopreneur boleh ada. Kenapa?

Kerana seseorang guru kepakarannya mengajar. Seseorang saintis pakar sains, tetapi beliau tidak menjadi seorang guru kerana beliau tidak dilatih untuk mengajar. Seorang guru (walaupun dia guru Sains) dilatih dan diajar untuk menjadi pakar mengajar.

Anda boleh menggunakan kredibilit anda sebagai guru contohnya:

  • Untuk mengajar sesuatu (info produk)
  • Untuk memasarkan sesuatu kepada market guru
  • Untuk memasarkan sesuatu kepada market pelajar
  • Untuk memasarkan sesuatu kepada ibu bapa
    (sebenarnya ada banyak sangat possibility dengan title guru tersebut. Sebab itu saya kata, gunakan!)

Contoh lain, seorang “penganggur”.

Hello, penganggur adalah golongan yang paling banyak masa di dunia dan mempunyai potensi paling cerah sekali.

Orang lain sudah “stuck” dalam pekerjaan, anda boleh buat apa yang anda suka. Dan jika ia bermanfaat, anda boleh jadikan ia bisnes.

Contoh, anda seorang penganggur. Bangga yang anda seorang penganggur dan cari satu minat yang berfaedah (contoh anda suka travel).

Contoh, anda mulakan sebuah blog mengenai charity.

Setiap minggu, anda plan untuk menemukan seorang penderma (yang boleh menderma paling kurang RM 1K) dengan sebuah rumah kebajikan. Anda perlu fikir di mana anda hendak mencari penderma ini (boleh jadi badan kebajikan sedia ada) dan rancang aktiviti penyampaian derma itu tadi.

Gunakan blog untuk mencatat perancangan anda dan aktiviti tersebut. Minggu ini anda berkativiti dengan Petronas dan Rumah Harapan, minggu depan aktiviti dengan En Rahman (unknown?) dan Rumah Fajar pula.

Anda bermula dengan aktiviti-aktiviti kecil, dan bangga dengan hakikat anda sebagai seorang penganggur mampu membantu mengubah kehidupan penerima derma tersebut. Itu fasa pertama.

Fasa kedua, anda akan mempunyai peminat dan pembaca blog setia. Anda boleh lihat mereka ini dari golongan apa, dan apa yang mereka mahukan.

Mereka mengikuti perkembangan anda kerana dalam banyak-banyak penganggur di Malaysia ini, cuma ada seorang sahaja yang buat apa yang anda buat.

Selain menawarkan blog anda sebagai ruang pengiklanan, anda juga boleh mula merangka produk-produk yang disukai orang yang suka membantu orang lain. Pasarkan. Secara perlahan-lahan anda membina nama sebagai “Karam Singh Walia” dalam membasmi kemiskinan.

Fasa ketiga terpulang kepada anda. Anda mahu membina diri anda sebagai motivator pula, aktivis masyarakat seperti Lee Lam Thye, atau ahli politik? Itu pilihan anda.

Semuanya bermula sebagai seorang penganggur sahaja.

Senang cakap nampak? Ada yang akan berkata.

Memanglah senang kalau kita buat. Saya tidak nampak di mana susahnya.

Saya rasa mendapatkan apa yang kita ingin di dalam dunia ini seperti mendapatkan awek (atau isteri, atau teman wanita)

Ramai orang yang set kriteria nak yang ini, yang itu, nak siti nak situ. Tetapi tak ramai yang ambil tindakan. Ramai yang merejek diri sendiri sebelum direjek.

Akhirnya, si dia yang diadmirekan, terlepas kepada orang lain.

Jadi mesej saya sekali lagi, Jadi Diri Anda. Gunakan Kekuatan Sedia Anda Untuk Positionkan Diri Anda.

Itu leverage. Sensitif ya Pak Di Leverage-leverage ni, sabar jelah. Fight for what you know is right ;)

Mari Kita Bercerita Mengenai Central Theme

Apa itu Central Theme?

Central Theme ini adalah sesuatu yang perlu ada sebagai benda pertama untuk anda menjana pendapatan di Internet. Baik sebagai blogger, mahupun sebagai usahawan internet.

Great Minds Think Alike.

Orang yang hebat seperti anda, suka mencari dan berkenalan dengan orang hebat yang lain. Benar? Bagaimana anda tahu seseorang itu hebat seperti anda?

Mudah sahaja. Beliau konsisten hebat, dan mempunyai ciri-ciri yang anda ada ataupun mahu ada. Menggunakan Internet, bagaimana kita boleh tahu seseorang itu konsisten hebat?

Melalui laman webnya, tulisan-tulisannya dan positioning dirinya yang cuba ditonjolkan kepada anda.

Bagaimana jika dia tidak konsisten? Sekejap dia macam hebat, sekejap dia biasa-biasa. Tidak nampak kepakaran dia. Dengan kata lain, beliau tiada core competencies.

Adakah anda akan anggap dia hebat?

Tidak.

Apa akan jadi jika keadaan berterusan begitu?

Beliau tidak akan dapat membina kelompok pengikut. Satu aset yang penting untuk mula membuat duit dari Internet.

Jadi mesej saya yang kedua, pastikan laman web anda ada central theme. Anda ada strong Unique Selling Proposition (walaupun anda tiada apa untuk dijual)

Sesetengah orang cuba memberi alasan;

“Ini bukan passion akulah. Aku suka tulis campur2 personal ni. Aku saja je nak test-test. Untuk yang betul2 bisnes, nanti aku buat lain. Aku tak jadi hebat pun takpe, aku nak jadi biasa-biasa sahaa”

Cuba tanya diri anda sendiri, apa tujuan anda di Internet?

Jika tujuan anda saja2, maka teruskan dengan saja-saja.

Jika tujuan anda untuk memulakan perniagaan internet, dan buat duit secara berterusan, strategi perniagaan anda adalah:

1) Pilih Platform Untuk Anda Positionkan Diri Anda
2) Bina Core Competencies Anda Dalam Bidang2 Spesifik
3) Bina Sales Funnel & Market Dengan Agresif
4) Rinse & Repeat

Yang Menulis,

Sabri

p/s: Ada masalah dengan Windows Live untuk upload gambar. Gambar saya akan upoad kemudian.

Bacaan Lanjut:

Tips Pelaburan Tanah: Menarik perhatian pembeli

Hello pembaca SaifulSham,

Ketika saya dibawa bapa saya ke lokasi pelaburan tanahnya, saya melontarnya satu soalan.

“Macam mana abah tidak pernah gagal jual tanah dalam masa yang singkat (kurang setahun)?”

Maka bapa saya pun memberitahu, “Tanah pun macam produk. Kalau produk separuh siap, siapa mahu beli, jadi, hiaskan dan persembahkan produk itu sebaik mungkin”
Saya masih kabur akan jawapannya. Lantas saya menyambung pertanyaan, “Maknanya, dalam industri pelaburan tanah ni, ada juga orang gagal menjualnya? Macam tu?”

“Ya, tetapi walaupun dia gagal menjual, nilai tanah itu tidak akan susut, cuma modalnya akan sangkut disitu. Jadi dia tidak boleh membuat pelaburan tanah yang lain”

“Ooo, kalau macam tu, macam mana hendak persembahkan tanah tu kepada pembeli supaya diorang tu berebut hendak beli” tanya saya lagi.

“Mudah je, tetapi ramai yang tidak ambil pusing benda ni. Macam beli rumah, kemudian naik-taraf, dan jual. Tanah pun kena naik taraf sikit sebelum boleh dijual.

(UNTUK MELIHAT CONTOH : LIHAT PORTFOLIO 2 DI SINI)

Paling penting, bersihkan tanah tersebut (kalau ada pokok, tumbangkanlah), tambun tanah, bina jalan tar menghubungkan ke tempat tanah tersebut. Bina sambungan paip” kata bapa saya lagi.

Ramai orang yang ingin menceburi bidang pelaburan tanah tidak mahu mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan ini. Mereka beranggapan dengan lokasi yang strategik adalah segala-galanya dalam memikat bakal pembeli.

Sebenarnya, cara persembahan yang menarik juga mempengaruhi emosi bakal pembeli.

Saya beri satu contoh, jika anda datang sebagai bakal pembeli, sudah tentu anda akan melihat dahulu fizikal tanah tersebut.

Apakah perasaaan anda jika anda melihat hutan yang belum ditebang, semak samun, tiada jalan menghubungkan ke kawasan tersebut walaupun tidak jauh dari jalan utama.

Sudah tentu perasaan anda akan bercampur baur memikirkan kos tambahan yang akan dikeluarkan anda.

Tetapi jika anda datanag, tanah sudah lapang dan siap jalan tar lagi. Apakah anda akan membelinya atau membiarkannya?

(UNTUK CONTOH LIHAT PORTFOLIO NO 2 DI SINI)

W.M.Syazwan
UrusHartanah.com

Bacaan Lanjut:

UrusHartanah.com 1.0 LIVE & Laman Web Pertama Syazwan

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Pertamanya, saya menulis post ini bagi pihak Syazwan, jadi jangan bimbang saya tidak akan melalut panjang seperti post-post saya kebelakangan ini. ;)

Keduanya, kami ingin memaklumkan bahawa laman web UrusHartanah.com telahpun LIVE dan boleh dilayari di sini: www.UrusHartanah.com

Untuk pegetahuan anda, di UrusHartanah.com ini modelnya adalah sebuah laman web “informasi” dan tidak ada produk yang dijual. Apa yang menarik mengenai UrusHartanah.com ini, kami berkongsi info mengenai strategi pelaburan hartanah yang jarang disentuh dan diperkatakan. Dan inilah rangkuman dan penjelasan lebih details mengenai pelaburan hartanah yang selalu dikupas oleh Syazwan di blog ini. Pelaburan Tanah. (lain pelaburan tanah dan hartanah, jangan terkeliru)

Walaupun UrusHartanah.com menceritakan dengan lebih lanjut strategi pelaburan tanah dengan lebih lengkap secara percuma, dan tidak menjual apa-apa, ia ada menawarkan shortcut alternatif kepada individu yang layak.

Mahu tahu lebih lanjut? Sila Klik Untuk ke UrusHartanah.com

Sabri

p/s: Saya rasa ayat saya ini lebih bergaya dan relax sedikit berganding post-post Syazwan mengenai UH sebelum ini kan? Setuju? :)

p/p/s: Oh ya, ini boleh dikatakan laman web Syazwan yang pertama. Majoritinya adalah dari beliau, saya dan Syamim perhalusi sedikit-sedikit. Ia mengambil masa lebih kurang 48 jam waktu bekerja untuk menyiapkan laman web yang simple ini. Dan maklumat dan isi di dalamnya akan ditambah dan diperkemas dari masa ke masa oleh Syazwan. Jika Syazwan boleh bina laman web (walaupun sudah pening2 malam semalam), anda pun pasti boleh membina laman web, Tak susah!

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It