Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Protege SaifulSham

Out Of Touch With Reality

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya ingin berpesan-pesan pada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan lain yang mempunyai kemahiran teknikal, sekali lagi;

Ramai sangat lagi orang di luar sana yang technophobe yang aware dengan perniagaan internet ini tetapi tidak tahu macam mana dan takut. Jadi jangan lupakan mereka ini untuk memberi kefahaman. Sebab jika tidak, ada pihak yang akan mengambil kesempatan dan akhirnya memburukkan nama industri internet.

Setiap bulan saya berjumpa dengan orang yang tidak tahu link itu apa, dan banyak kali saya berjumpa dengan orang yang tak tahu right click untuk Create New Folder (~dan orang itu tak guna Mac pun!).

Jadi walaupun pada kita perkara itu sangat simple, permudahkan sehabis boleh untuk membantu mereka yang kurang asas ini. Biar kita turun ke bawah, jangan kita syok sendiri dengan kemahiran teknikal kita. Orang tercengang habis tak bermaksud mereka kagum dengan kita. (tercengang sikit memang tidak boleh nak dielakkan sbb ada perkara teknikal)

Tidak ada guna kita bermegah-megah sebagai <insert industry jargon here> sesama kita, sebab pertama teknologi hari ini berubah cepat. Kalau kita bangga mengenai kepakaran kita dalam sesuatu hari ini, geek-geek di Silicon Valley tu dah tak heran mengenai teknologi tu, mereka dah move on. Kedua, kepuasan berkongsi itu sebenarnya jauh lagi seronok dan membesarkan hati dari kepuasan condemn orang. Tak percaya cuba try, share something meaningful in life.

Ia bukan sahaja untuk business (memahami kehendak pelanggan), tetapi juga membantu boost industri yang kita sertai.

Kesimpulannya, kongsilah apa yang anda tahu walaupun sedikit. Jika anda senang dan banyak masa terluang, berilah free. Jika anda sibuk dan tidak banyak kesempatan, kenakanlah caj untuk masa anda.

Yang penting, Sharing is Caring :)

Good Luck!

Sabri
Philantrophist Wannabe

Bacaan Lanjut:

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

Saya pernah terdengar keluhan sesetengah orang…

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara :grin: )

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Ciri-Ciri Yang Membuatkan Laman Web Tersebut Boleh Menjual (Dengan Baik & Hebat)

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Wow! Banyak perkara yang berlaku di negara kita dalam sehari dua ini. Tetapi memandangkan sekarang dah Isnin dan hari bekerja seperti biasa, business as usual. :)

Seperti yang dijanjikan di dalam post lepas, berikut adalah jawapannya. Sebagai bonus, saya juga akan berkongsi satu lagi tips bagaimana untuk meningkatkan conversion rate laman web anda.

Jawapannya adalah (drumroll please): B

split2

Kenapa Oh Sabri?

Setelah diuji, dan di split test A/B, CB mendapati bahawa sample B menjadi winnernya. Penjelasan yang dibuat adalah, bahawa vertical “list” lebih “easy on the eyes” dan mudah difahami dengan selintas pandangan berbanding dengan lpilihan yang dipamerkan secara horizontal (compare dengan sample A).

(mungkin sebab itulah Google dan Amazon juga menyenaraikan hasil carian mereka secara vertical-menegak dan bukan horizontal-melintang)

Satu lagi yang saya hendak nyatakan di sini, saya pun sebenarnya turut terkejut dengan hasil eksperimen ini. Kerana pada pendapat saya sample A lebih professional dan menarik berbanding dengan sample B.

Namun, ini menjadi bukti menarik dan cantik sahaja tidak cukup. Laman web kita mesti cukup meyakinkan dan memberi info dengan lengkapnya kepada bakal pembeli. (tetapi jika ada kedua-duanya lagi bagus).

Jika kita lihat kepada sample B, ada beberapa faktor lain yang kita boleh contohi selain dari apa yang telah saya sebutkan di atas:

Menekankan Lebih Kepada Benefits Vs Features

Jika kita lihat, sample A lebih memberi fokus kepada pakej produk yang ditawarkan oleh CB (features). Sedangkan di Sample B, pelawat diberitahu apakah advantages dan apa yang mereka boleh lakukan di CB.

Walaupun kelihatan ia tidak menarik dan lebih wordy, tetapi pelawat mendapat lebih informasi, WIIFM (What’s In It For Me?).

Jika anda menjual sesuatu, jika anda menumpukan lebih kepada benefits berbanding features, dijamin, jualan anda akan lebih laris.

Contoh:

Tak bagus sangat (features): Baju ini mahal kerana dibuat dari sutera tulen.

Lebih Bagus (benefits): Baju ini mahal sebab sutera tulen. Jadi dia lebih cepat serap peluh dan tak melekit. Jadi kalau kat Malaysia ni kita pakai tengah2 hari tu kalau berjemur takdela melekit dan rimas sampai ke petang. :)

Satu lagi perkara yang wajar diambil perhatian adalah, pendapat pembaca-pembaca yang memberi komen untuk post Case Study tersebut. Sebenarnya, tidak ada pendapat yang salah. Kesemua pendapat mereka benar dan wajar diambil kira kerana mereka adalah sebahagian dari pengguna web. Jadi mereka juga adalah merupakan target market sesebuah website. Jadi, cuba dapatkan pola preference mereka secara umum, dan pastikan merkea menyukai laman web anda! :)

Take Away Message For Today,

Two tips (above) and one think to ponder. Kita tahu bahawa manusia lebih cepat faham sesuatu yang ditulis secara ke bawah dari melintang. Jadi, apakah hasil kajian mengenai column2 di laman web. Baik salesletter mahupun blog. 2 column vs 3 column? Yang mana satu lebih baik? ;)

Baiklah, dalam preliminary research yang saya lakukan, memang ada perbezaan di antara 2 colum dan 3 column. Marketing consultant dan ahli akademik konklusif dengan satu jawapan. Apakah jawapan tersebut? ;)

Saya akan beritahu dalam beberapa post yang akan datang. Namun untuk post selepas ini, saya ada perkongsian yang lebih menarik. Merujuk kepada post ini, Wanita & Perniagaan Internet, Syazwan ada menyarankan anda untuk meletakkan gambar wanita di laman web kerana ia boleh meningkatkan sales. :)

Apa yang Syazwan katakan itu ada benarnya. Namun, berapa yakinkah kita jika meletakkan gambar wanita sebagai model, sales akan meningkat? Jika meletakkan gambar lelaki adakah sales akan menurun? Ada kajian yang sahih juga telah dilakukan di dalam perkara ini dan adakah anda nak tahu apa kata research?

Di antara meletakkan gambar wanita cantik dan model lelaki yang tersenyum, yang mana satukah akan menghasilkan keuntungan (conversion rates) yang lebih tinggi?

(seperti biasa,jika saya dapat 10 jawapan dari anda dan saya akan dedahkan, jawapan kepada soalan di atas, gambar model lelaki atau wanita yang lebih baik DAN sebab musabab yang menyebabkan keputusan tersebut)

(hasil kajian menunjukkan perbezaan 53% lebih baik. Jadi this is something worth knowing)

Sementara menunggu post akan datang, jika anda mahu tahu cara menulis salesletter yang mengancam, anda boleh dapatkan tips percuma di artikel-artikel ini:

Tips Menulis Killer Salesletter 1

Tips Menulis Killer Salesletter 2

Mahu mendalami lebih banyak rahsia dalaman seperti ini dan ingin bertanya soalan yang lebih spesifik? Jom ke seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham! Klik Di Sini untuk maklumat lanjut. :)

Yang Berkongsi,
Sabri

Bacaan Lanjut:

Kekosongan, Penulis Review Diperlukan

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Sebelum saya menulis lebih lanjut, saya ingin memberitahu saya tidak hilang sebenarnya. :) Saya bekerja keras setiap hari dibelakang tabir. Penulisan di SaifulSham.com penting, tetapi memastikan business kami bergerak lebih penting. Jadi saya harapkan Syazwan banyak menulis kebelakangan ini untuk anda. :)

SaifulSham.com sekarang ini agak diverse dan sebagai kepala teknikalnya, saya terpaksa belajar apa yang saya belum tahu sebelum ini dengan cepat dan implementkan dan belajar dari kesilapan dengan cepat juga. Sebelum ini saya boleh dianggap “Teknikal” dari segi teknologi namun kebelakangan ini saya perlu memahami “loghat” copywriting, grafiks dan multimedia, testing, project managing dan juga upgrade lagi pengetahuan teknologi saya. Semuanya perlu dilakukan dalam masa yang singkat.

Untuk outsource sesuatu tugas tidak semudah untuk memberi arahan sahaja sebenarnya. Banyak guidelines perlu diberikan supaya freelancer tahu dengan jelas apa kehendak kita. Untuk deal dengan customer yang tidak sure apa yang mereka mahu juga tidak mudah. Untuk mempertemukan kedua-duanya sekali, lebih lagilah memitamkan. Jadi itu penjelasan saya atas kehilangan tersebut. Harap dimaafi, hehe.. :)

Cukup, Jangan Jadi Designer Lagi

Ini perkara penting yang saya ingin berkongsi dengan ada. Sekarang begitu ramai orang yang ingin terjun dalam bidang design mendesign ini. Tidak kiralah, ebook cover, minisite, banner dan sebagainya. Sekarang ini sebenarnya, kita telah mempunyai cukup bilangan designer berkebolehan dan berkelayakan.

Dari Bitol, Kaizen, Luvleey dan Zaizen hinggalah warga WC seperti Reezluv, e-fun, Surfaddict dan Code7 (sekadar menyebut beberapa nama) yang terror2 mengenai grafik dan multimedia ini. Itu baru rakyat Malaysia, kalau International market lagilah.

Satu permintaan saya kepada designer-designer yang sedia ada ini (sama ada saya sebut atau tidak), sudilah kiranya anda buat satu “portfolio” untuk pasaran Malaysia (disamping continue oversea). Bermaksud, penggunaan stock2 photo yang berjiwa Malaysia (gambar orang Malaysia dsbnya), sebab ada banyak permintaan dari protege-protege kami mengenai ini. Saya yakin usahawan2 internet tempatan yang memasarkan di pasaran Malaysia juga akan menghargainya dan memerlukan bahan2 tersebut. Lebih berwarna warni dunia perniagaan internet kita.

(Jika anda designer atau photographer yang boleh membina “minisite” dengan jiwa Malaysia ini, tinggalkan komen dan sample portfolio. Kami akan compile satu list sebagai resources untuk diberi kepada protege-protege kami yang memerlukan)

Jika anda mahu masuk bidang ini, tertutamanya jika anda baru mengenali Adobe Photoshop dan Dreamweaver kurang dari 3 bulan, cukuplah.

Dan saya bukannya kejam untuk memusnahkan harapan anda begitu sahaja. Sebab sekarang saya ingin berkongsi satu bidang yang “in demand“. Lebih baik anda asah kepakaran anda dalam bidang ini. Anda akan setanding dengan designer-designer hartawan yang saya sebutkan di atas tidak lama lagi.

1) Penulis Review

Baiklah, penulis review ini ada banyak kegunaannya. Pertamanya, quality control. Anda boleh menawarkan khidmat mengkritik (dan cadangan membaiki yang konkrit) sesuatu produk yang dihasilkan oleh usahawan internet. (tempatan dan antarabangsa)

Contoh, banyak sahaja usahawan internet yang (protege saya) meminta saya review produk dan website mereka. Mereka semua komited untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Minggu ini tidak kurang 3 kritik saya berikan (2 produk, 1 website, tidak termasuk yang sedikit2). Setiap kritik tersebut panjangnya paling kurang sejengkal.

Perkara ini boleh dikomersilkan sebab review ini bukan boleh review sesuka hati. Perlu ada point, pujian dan juga kritikan yang membina (serta cadangan konkrit bagaimana untuk improve).

Mula2 anda mungkin merasakan anda tidak layak untuk mengkritik, jadi jangan kritik teruk-teruk sangat. (saya banyak lihat orang yang tak berapa mahir mengkritik dengan ayat “sangat jujur” yang saya rasa boleh menyayat hati sesiapa sahaja yang membaca review tersebut). Kritik relax2 dulu, lama-lama kita akan semakin mahir (teruskan pembacaan dan mendalami ilmu), seterusnya baru boleh bagi kritikan yang advance.

Pre Requisite: Sopan Santun dan Bukan Pemarah (takde jujur2 dan berterus terang. Itu alasan untuk kurang tertib sebenarnya. Berterus terang pun boleh dilakukan dengan berhemah)

Perkara2 yang pernah saya kritik. (*) bermaksud tidak perlukan kemahiran teknikal. Sesiapa boleh buat.

1. Susun Atur Laman Web

2. Susun Atur Ebook (Produk)*

3. Rancangan Pemasaran

4. Idea perniagaan(*)

5. Cara menghubungi JV

6. Calon-calon berpotensi untuk dijadikan JV Partner(*)

Anda juga boleh menjadi reviewer produk.

1. Pandangan pembaca mengenai ebook tersebut.(*)

2. Pandangan pengguna produk tersebut.(*)

Berikan juga pelanggan anda itu kebenarannya untuk menggunakan review anda dalam material promosi dan sebagai testimonial. (tidak beretika kerana membeli testimonial? Sedarkah anda, Sirim, ISO, semua konsep yang sama. Cuma jangan benarkan pelanggan gunakan review tersebut secara sekerat2 selagi tidak sempurna)

Cara meletakkan harga.

Mula-mula, anda jangan demand. Letakkan harga berpatutan dahulu. Contoh RM 5 satu review. Setelah anda mula mendapat rentak, taste anda sudah tinggi dan kemahiran teknikal anda sudah mantap, apa salahnya anda mahu letakkan RM 50 satu review. Tetapi jangan pula rosakkan reputasi anda dengan memuji produk yang tidak bagus.

Dengan review anda itu sahaja produk tersebut sudah boleh diperbaiki dan terjual, usahawan internet yang pintar tidak akan teragak-agak untuk menggunakan khidmat anda. Kalau tidak ada? Temberang. Tawarkan khidmat anda pada kami kalau tak percaya.

Satu produk bukan memerlukan satu review, bahkan mungkin lebih dari satu. Kerana review2 ini banyak kegunaanya.

Oh ya, mulakan dulu dengan BM. Melainkan anda benar-benar mantap dan ilmu perniagaan internet sudah cukup di dada, baru masuk English market.

Setelah beberapa lama, anda boleh menjadi penulis artikel dan akhirnya copywriter pula. Sebagai seorang copywriter anda boleh mengambil upah RM 500 satu copy tanpa sebarang masalah.

(oh ya, ada juga protege saya yang mencari copywriter, tetapi copywriter yang boleh diharap semuanya sibuk. Menjadi seorang copywriter dari bawah, tanpa produk sendiri anda perlu keluar kos sedikit. Anda perlu test dengan sure dan yakin berapa conversion rate salesletter anda. Barulah customer boleh dengan yakin mengupah anda. Tak tahu maksud perenggan ini? Bermaksud anda perlu bermula dari bawah sebagai penulis review.)

 

Tidak tahu bagaimana untuk bermula? Itu tandanya anda perlu mendapatkan panduan bermula yang lengkap dan sesuai untuk diri anda. Anda boleh ke seminar RBDDI kami, ataupun anda juga boleh mendapat info secukupnya dari Internet ini. Smart Zul dah banyak kali memberikan panduan dan langkah demi langkahnya.

Sekarang, take your first step and stick with it.

Good luck!

 

Sabri

Bacaan Lanjut:

5 tahun sebagai pelajar U

Hello pembaca SaifulSham,

Seperti yang anda tahu, pada bulan 5 ini, saya akan menamatkan pengajian dalam kejuruteraan mekanikal (majoring: petroleum) di UTP. Terlalu singkat masa berlalu.

Tetapi sepanjang tempoh 5 tahun ini, ada beberapa pencapaian bukan akademik yang menggembirakan saya. Malah saya bersyukur betapa saya mencapainya dalam masa tempoh saya bergelar pelajar! Dibawah saya senaraikan perkara yang menggembirakan saya.

1) Menulis sebuah buku bestseller.
2) Mempunyai syarikat sendiri, SaifulSham Consultants.
3) Speaker kepada seminar, workshop, talk perniagaan internet.
4) Menaja banyak perkara kepada universiti tercinta, UTP.
5) Mempunyai satu portfolio pelaburan hartanah.
6) Mempunyai 7 laman web perniagaan internet menjual produk dan servis.
7) Mempunyai pejabat sendiri di Puchong.
8) Mempunyai ramai rakan dan kenalan dari golongan usahawan ataupun bergelar jutawan.
9) Mempunyai pengetahuan dalam perniagaan, saham dan hartanah.
11) Hidup yang menggembirakan (ada wang dan boleh buat apa sahaja!)

Cukuplah tu, kalau hendak ditulis banyak lagi rasanya. Semua perkara diatas telah dicapai dalam tempoh 5 tahun pengajian. Jadi, tempoh itu sudah cukup untuk memberi isyarat kepada anda yang bercita-cita membina perniagaan, setidak-tidaknya berilah masa selama 5 tahun untuk melihat pencapaian perniagaan anda!

Biarpun begitu, saya masih menganggap saya tidak mencapai impian saya lagi (mempunyai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia atau cawangan yang melimpah di luar negara).

Tetapi setidak-tidaknya, saya adalah lebih baik daripada 5 tahun lepas.

Untuk pos ini, saya membuat penguguman, bahawa saya dan Sabri sudahpun menyiapkan sebuah buku mengenai menjadi usahawan ketika belajar (banyak gambar kami selitkan sekali dalam buku tersebut) dan akan diterbitkan oleh PTS.

Tajuknya tidak akan diberitahu sehinggalah saya mendapat pengesahan daripada pihak PTS.

Bacaan Lanjut:

Ilmu percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tertarik dengan sebuah pos yang ditulis saudara Fuad (www.almaribuku.com) berkenaan mentaliti masyarakat terhadap ilmu percuma.

Disini, biarlah saya ceritakan kisah yang terjadi pada cuti tahun baru Cina yang lepas (mengenai seminar pelaburan tanah).

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti tahun baru Cina lepas, bapa saya menelefon saya untuk menyatakan hasratnya membuat sebuah seminar pelaburan tanah secara percuma.

Saya pun lantas memberitahunya, “Betul ke abah nak kasi free. Ilmu ni bukan murah, bukan semua orang tahu mengenai pelaburan tanah. Bukan ramai yang pakar. Dalam Malaysia pun, belum ada mana-mana buku pelaburan hartanah yang berkisarkan tanah. Boleh kata semuanya berkisarkan mengenai rumah/bangunan/rumah kedai/kondo dan sebagainya”.

Sebenarnya saya mempersoalkan hajat bapa saya kerana sebelum ini dialah orang yang paling tidak mahu menceritakan rahsia pelaburannya melainkan kepada anak-anaknya.

Kebanyakan dari rakan-rakan bapa saya yang masih bekerja keras siang malam agak hairan melihat bapa saya yang agak lapang. (hakikatnya, bapa saya pencen sejak umur 40 tahun, dan kini umurnya 50 tahun - belum sampai umur had pencen lagi).

Beliau bekerja ikut suka hatinya. Jika mahu cuti, cutilah. Kalau cuti sekolah, kami akan bercuti bersama-sama tanpa perlu memikirkan bahawa hakikat orang kerja tidak ada cuti sekolah (melainkan orang bekerja itu mencuri cuti tahunannya).

Itulah rutin bapa saya setiap hari. Masa yang lapang banyak dihabiskan untuk meninjau-ninjau peluang membeli tanah-tanah yang baru.

Jadi, saya bertanya kepadanya, “Mengapa abah hendak dedahkan sesuatu yang orang lain belum dedahkan. Bukankah nanti mewujudkan persaingan apabila ramai orang tahu teknik abah”

Katanya, “Dalam dunia ni, bukan semua perkara boleh kita miliki. Peluang membeli tanah adalah terlalu banyak di Malaysia. Cuma ramai orang tidak menyedarinya. Lagipun, bukannya abah mampu nak beli semua tanah dekat Malaysia ni.”

“Tidak salah membantu orang lain membina kekayaan kerana secara tidak langsung kita beroleh pahala. Kita juga membina networking dan manalah tahu, diwaktu susah nanti, ada ramai orang membantu kita”.

Dengan kata-kata itu, saya faham, sharing is caring (ayat Petronas).

Akan tetapi apabila tiba waktu seminar tersebut, hanya seorang sahaja yang muncul (sedangkan yang menghantar SMS dan email tanda bersetuju melebihi 10 orang). Yang muncul hanyalah Saudara Fuad (www.almaribuku.com).

Seminar tetap berjalan seperti biasa. (Tetapi makanan yang disediakan adalah melebihi 10 orang. Kira membazir la juga.)

Pada akhirnya, saya memberitahu bapa saya, “Tidak mengapa abah tidak buat seminar lain kali, lebih baik abah simpan sebagai rahsia. Cukup lah Saudara Fuad yang tahu. Pada lain kali, letakkan sebarang harga”.

Saya mendapat satu pengajaran berguna pada hari itu.

Kebanyakan masyarakat lebih sanggup membayar wang untuk menjadi kaya berbanding jika terdapat pelung untuk mendapatkannya secara percuma.

Mungkin juga betul kata Azizi Ali, “Hendak jadi kaya, anda perlu sanggup mengeluarkan wang”.

Jadi pada sesi akan datang (jika seminar ini diadakan lagi), saya akan meletakkan bayaran.

Hahaha.

W.M.syazwan

Bacaan Lanjut:

Perniagaan internet: Produk jangka hayat pendek

Hello pembaca SaifulSham,

Minggu lepas, saya mendapat satu email yang dihantar bekas peserta seminar mengatakan masalah yang dihadapinya kerana menghantar satu jenis anak pokok menggunakan kurier.

Wah, ini pertama kali saya mendengar kes seperti ini (walaupun saya tahu produk tersebut tidak sepatutnya dihantar menggunakan kurier).

Penghantar email ini memberitahu saya, bahawa dalam rekod lepas beliau menghantar menggunakan kurier, tidak ada masalah. Selalunya mengambil masa dalam sehari dan anak pokok itu masih hidup.

Masalah dihadapinya apabila syarikat kurier lewat menghantar ke tangan pelanggan walaupun sudah tiba ke destinasi sebuah bandar tersebut. Mereka terlewat sehingga 5 hari (kalau hantar haiwan pun rasanya haiwan itu boleh mati kerana kelaparan).

Dalam hal ini saya tidak dapat membantu sepenuhnya kerana pertama, ia adalah satu bentuk kesilapan kerana menghantar produk jangka pendek menggunakan kurier.

Walaupun servis penghantaran itu adalah kurier, pertama, mereka tidak ada polisi untuk memberi air atau cahaya kepada anak pokok terbabit. (Mereka bukanlah seperti MAS yang mempunyai servis Animal Hotel - dimana penjagaan haiwan yang ingin dihantar disediakan oleh MAS).

animalhotel MAS

Saya terpaksa mencadangkan beliau supaya merujuk kepada syarikat kurier terbabit jika anak pokok terbabit mati. Apapun, syarikat kurier itu hanya mungkin boleh disabitkan kesalahan menghantar produk lewat. Disini, jika syarikat kurier membayar pampasan pun, yang mungkin diperoleh adalah pampasan nilai penghantaran, dan bukannya nilai produk. (Ini prosedur biasa mana-mana syarikat kurier, yalah kalau anda hantar emas, takkan mereka nak ganti emas~)

syarikat kurier

Dalam hal ini, saya memberi satu penyelesaian (walaupun tidak murah), iaitu mencari syarikat yang menghantar terus ke tangan pelanggan tersebut. Syarikat kurier mempunyai ramai pelanggan, mereka akan mengumpul produk sebelum membuat penghantaran.

Syarikat yang dimaksudkan mungkin juga sebuah syarikat kurier (yang menawarkan servis ini) atau syarikat penghantaran persendirian.

Satu lagi penyelesaian yang saya lihat yang dilakukan Blooming.com.my (menjual bunga di internet) adalah dengan memasang agen bagi setiap negeri. Bermakna, jika mereka mendapat tempahan dari Sarawak, mereka akan menghubungi agen kedai bunga mereka disana untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Cara ini lebih selamat berbanding jika Blooming.com.my mengepos bunga hidup itu menggunakan kurier. (Memang sah bunga itu akan layu dahulu)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:
Close
E-mail It