Khas untuk orang-orang muda, graduan contohnya, saya minta anda membaca juga artikel di sini. Ia kisah mengenai seorang graduan muda yang saya kira tipikal di antara kita pada ketika ini. Ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari artikel tersebut.
Selepas anda membaca artikel tersebut, baca juga komen dari Tengku Asmadi dan Saifuddin Awang.
Usahawan muda atau penulis muda, banyak dari kita begitu. Fikirkan dan renungkan sama ada kita begitu. (dalam maksud saya ini)
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Baiklah tiba masa yang dijanjikan, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mendapatkan JV, supaya anda tidak berasa kecewa lagi. Sebenarnya, tidak seperti ramai orang sangka mendapatkan JV itu tidaklah sesukar mana jika kita memahami peraturan yang “tidak tertulis”. Saya akan bongkarkan untuk pengetahuan semua.
Kenapa Anda Perlu JV (dan apakah itu JV) dalam Perniagaan Internet?
Saya sekali lagi akan memberi definisi non-academic di sini. JV atau Joint Venture pada saya adalah kerjasama dalam menjalankan perniagaan. Tidak semestinya JV membawa pulangan kewangan kepada kita, tetapi ada kalanya kita akan mendapat manfaat lain, seperti publisiti, servis, produk, testimonial, rakan, pengetahuan dan berbagai lagi imbuhan lain dari JV.
Pendek kata, apa juga yang anda perolehi dengan bantuan sesebuah organisasi lain, bolehlah dianggap JV. Ini definisi SaifulSham.
Saya pernah mendengar (membaca):
Buat apa nak susah JV-JV dengan “guru-guru” atau dengan orang yang terkenal. Emel kita pun dia tak balas, macam best sangat. Lebih baik kita JV sama-sama kita atau buat sendiri je. Diorang pun bukan hebat sangat. (unspoken meaning: Aku rasa aku sama terror atau lebih terror dari dia. Apa yang dia tahu, aku tahu. Apa yang aku tahu, belum tentu dia tahu)
Dalam hal ini, ada 2 perkara tertonjol mengenai orang yang bercakap:
- Dia pandai dan dia tahu, sebab walaupun dia anti orang yang terkenal, tetapi dia tetap mahu buat JV dengan orang yang tidak terkenal. Dia tahu kepentingan ber JV
- Dia buat keputusan emosional dan bukan keputusan minda. Dia adalah orang yang kecewa kerana JVnya dipandang sepi oleh orang yang diapproachnya, pertama mungkin sebab dia tidak tahu sistem JV yang sebenar ataupun yang kedua, dia bodoh sombong.
Apapun, sebagai pembaca SaifulSham, anda jangan termasuk dalam kedua-dua golongan tersebut. Sebab rugi, sebab selepas ini anda akan mempelajari sesuatu yang anda belum tahu (atau mendapat refresher).
All things being equal, people do business with their friends and families. ~Saya dengar quote ini dari Joel Bauer
Jika ada orang mengatakan kepada anda, JV tidaklah begitu menguntungkan, ketahuilah bahawa orang itu tidak pernah melakukan JV atau dia cuba menipu anda. Larilah jauh-jauh dari orang seperti ini seperti mana anda lari dari agen skim cepat kaya.
Saya mengenali ramai usahawan internet di Malaysia (termasuk saya), yang sebenarnya kami tidaklah hebat sangat. Bahkan kami sebenarnya biasa-biasa sahaja. Cuma apa yang saya dapat rumuskan, masing-masing ada kekuatan peribadi, suka membaca, tekun menghadap komputer dan buat sesuatu yang orang lain tidak buat.
DAN, ada jaringan hubungan di antara kami yang membuatkan walaupun kami jarang berjumpa, tetapi kami terasa rapat. Bagaimana boleh terasa rapat? Dari tulisan emel, kami rasa kami dapat tahu macam mana karakter mereka (dan sudah semestinya karakter yang bagus, jika tidak kami tidak akan terus berhubungan), saling bantu membantu dan ini pada pendapat sayalah, tidak berkira dan tidak emosional.
Sebenarnya anda sedar atau tidak, dalam ramai-ramai usahawan internet yang berjaya menghasilkan produk dan stabil sedikit di Malaysia ini, masing-masing paling-paling kurang pernah berhubungan dengan SmartZul atau/dan SaifulSham atau/dan Alang atau/dan Shuth atau/dan juga Irfan Khairi.
Ada yang tidak, tetapi majoriti ada.
Jadi hipotesis non-academic saya, jika saya adalah orang luar dari industri perniagaan internet ini, saya rasa saya akan ambil tindakan bijak dengan berJV dengan salah seorang di atas atau kesemuanya jika boleh, jika tidak ada sebab pun, semata-mata untuk meningkatkan peratusan kejayaan saya.
It’s FREE to try after all.
Tetapi, saya tak tahulah, itu pandangan saya dan JIKA saya orang luar dari industri perniagaan internet ini. Sedih saya melihat masih ada yang membuat keputusan emosional, walaupun berada dalam industri ini.
Joint Venture Dengan Entiti Perniagaan Internet Luar Negara
Melakukan JV dengan Entiti Perniagaan Internet Luar Negara lebih mudah, kerana ada banyak pilihan (yang hebat-hebat)! Saya hanya perlu menjadi orang ASIA, menjiwai budaya Malaysia dan baik orang putih (US) atau orang India pun suka kepada budaya kita yang sopan santun dan berbudi pekerti ini.
Tambahan pula, kita ini eksotik pada pandangan mereka. Play your chips right, and they are in your bag.
(saya akan dedahkan how to play seterusnya, keep on reading)
Sudah tentulah, saya over simplify things. Ramai orang (esp yang dah tua dan “berpengalaman” dan orang muda yang berkira atau/dan pesimis), mereka takut sangat kena tipu dalam JV dan takut rugi. Kepada mereka saya berpesan, apa susah. Nenek moyang kita dah berpesan “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.
Saya pula ingin menambah pesanan saya sendiri kepada pesanan nenek moyang di atas: “Jangan Jadi Bodoh & Jangan Buat-Buat Bodoh”.
Dekat dunia ini ada orang baik dan ada orang jahat. Orang putih dan orang Malaysia. Bertindaklah dengan wajar. Anda lebih memahami situasi anda sendiri.
Sebelum Memulakan Negosiasi / Menghubungi Bakal JV
Pertama, pakai topi JV anda. Apabila anda pakai topi JV ini, jadilah seorang yang baik dan bersopan santun. Jiwai watak orang yang baik dan bersopan santun ini. Rakan saya memberitahu saya, “Hipokrit ni!”. Pura-pura baik walaupun tak baik.
Hmm, soalan yang sukar saya menjawab dia. Sebab aku memang baik, aku tak tahu pula tak baik tu macam mana. Jadi aku tak hipokrit. By the way, kalau ko rasa ko tu tak baik dan tak bersopan santun, ko tak sedar diri ke? Tak nak berubah ke? Dah tahu tak baik, lagi nak bangga. Berubahla!
Saya rasa tidak timbul soalan hipokrit tak hipokrit. Be yourself, jadi diri anda sendiri, tetapi jadi yang baiklah. Saya yakin dan saya percaya, setiap dari kita ada baiknya dalam diri. Simpan-simpanlah baran, dengki dan rasa tidak puas hati tu. Pamer-pamerkanlah senyuman dan rasa rendah diri.
Pakai topi JV anda. Bila pakai topi JV, anda mesti jadi baik budi pekerti dan segala-gala yang baik. (jika anda tidak berapa baiklah, jika anda telahpun baik, teruskan macam biasa)
Kedua, tengok atas, tengok bawah. Tengok atas dan tengok bawah ini dalam ertikata lain, tahu apa senjata yang ada. Apa ruang lingkup untuk anda berunding. Ketahui, paling maksimum, apa ataupun berapa yang anda boleh berikan kepada bakal JV partner anda.
Ketahui juga paling bawah, berapa minimum yang anda boleh berikan kepada bakal JV partner anda.
Kemudian sediakan beberapa “senario” atau pakej. Pada ketika ini, anda jangan berfikir mengenai untung rugi anda. Fikirkan mengenai apa variasi-variasinya.
Contohnya, pembahagian untung 50-50 ada beberapa variasi:
- 50-50
- 75-25
- 75-25 dari untung bersih! (berbeza dengan yang kedua)
- Retainer Fee (tidak berdasarkan pay per action)
- Barter Trade
- dan bermacam-macam lagi
Tetapi saya telah highlightkan beberapa variasi yang popular yang saya gunakan dalam negosiasi kami. Anda tidak boleh “keras”. Bermaksud, tidak boleh ada tawar menawar langsung. Bayangkan ada seorang “gadis” atau “jejaka” ingin mengorat anda, tetapi mereka ini “keras” (jangan fikir lain!). Maksudnya, tidak boleh berlebih kurang. Hendak dating, mesti jemput pakai kereta, mesti pakai baju yang dia pilih, mesti pakai perfume yang dia belikan, mesti itu, mesti ini…
Siapa nak? Tak kisahlah walaupun cantik macam bidadari atau hensem macam SaifulSham sekalipun kan
Tetapi nanti dulu. Jangan beritahu bakal JV anda pakej-pakej ini dahulu. Sabar, ikut step.
Selepas anda sediakan pakej-pakej ini, cari 3/4 mark lebih kepada dia. Dalam Joint Venture ini biar orang yang satu lagi itu dia rasa dia mendapat deal yang lebih baik dari anda. Jangan settlekan untuk 50-50. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh newbie dalam part ini. 50-50 tidak menarik, sebab apa? Sebab biasanya orang yang kita hendak JV kan itu sentiasa akan kerugian dari aspek benda yang tidak dapat dikira/dilihat.
Tidak payahlah anda kata 50-50 itu adil. Tidak. Itu hakikatnya. Mereka akan tetap rugi something. Paling kurang, mereka ada “opportunity cost” yang mereka rugi dengan mengambil keputusan untuk JV dengan anda. Jadi cara yang terbaik, adil dan saksama adalah dengan ambil pakej 3/4 favor kepada mereka.
Bahkan sebelum saya memulakan negosiasi, saya akan berbincang dengan Syazwan apa max and min saya boleh guna. Ada flexibiliti beri saya lebih keyakinan untuk berbincang.
Ketiga, sediakan “Iressistable Offer” atau tawaran yang tidak dapat ditolak. Dalam perkara kedua di atas, saya sudah jelaskan kenapa anda perlu mencari point 3/4 untuk menjadikan kedudukan adil dan saksama. Tetapi tugas itu belum berakhir.
Setakat itu, belum hebat lagi. Anda perlu sedar, kebanyakan orang yang sudah “okay” di dunia ini, wang bukan segalanya buat mereka. Jika mereka tidak ada banyak sangat wang pun, mereka live below their means, dan mereka puas hati dengan apa yang mereka ada. Mereka tidak terdesak untuk menyambar apa sahaja yang bergerak di hadapan mereka. (Orang Kaya definisi Thomas Stanley dalam The Millionaire Next Door)
Awas! Integriti lebih penting daripada janji wang dan segala macam imbuhan yang banyak. Tanpa integriti, janji wang dan imbuhan itu mungkin akan lesap begitu sahaja.
Jadi pastikan anda mempunyai integriti. Kata-kata anda boleh pakai. Tak guna berkata sesuatu, mereka akan tidak memberi perhatian sebab kalau mereka tidak percaya anda ada integriti, janji-janji anda pun tidak boleh pakai. Itu anggapan yang mereka akan buat.
Baiklah, berbalik kepada bicara kita tadi. Jika dalam pakej kedua tadi, anda telah merangka pakej yang dikira dari sudut “dollar and cent”, sekarang tiba masa untuk anda add value dengan benda yang tidak nampak.
Contoh, anda tahu Team SaifulSham overweight, anda menawarkan kami keahlian gym Fitness First (btw, depan office kami
) sebagai tambahan kepada perkara kedua yang akan dapat. Itu contoh kepada yang berduitlah.
Kepada yang tidak berduit /baru bermula, tawarkan untuk “Berjogging bersama-sama anda sekali setiap bulan di Tasik Titiwangsa” (menarik ni!)
Tetapi cukup sampai situ, awas! Jangan pula anda tambah, “Supaya kita dapat berbincang mengenai …”
Penat! Itu bukan rewards dah, itu mendapatkan konsultasi free namanya. Walaupun anda memang mahu berbuat demikian (tidak salah), tetapi cover-coverlah, ok.
Saya bagi tips sebenar, jika dalam JV dengan partner luar negara, saya selalu menghulurkan “salam bisnes” dengan bertanya, “Do you have presence or customer base in Malaysia“
Saya tahu, jawapannya pasti tidak (jika ya, gunalah strategi lain). Kemudian saya akan pitchkan mereka aspek publisiti dan promosi sebagai faedah yang mereka akan dapat dengan bekerjasama dengan saya.
Bila saya lihat mereka telah tertarik dan “macam” berminat. Ketika ini saya akan terangkan satu persatu mengenai monetary rewardsnya. Jika sebentar bila sebut aspek promosi dan publisiti mereka sudah berminat, apabila kita masuk part monetary rewards ini, tawaran tersebut akan jadi irresistable. Tidak dapat ditolak
Jika anda rasa mereka masih belum rasa tawaran tersebut “irresistable”, masa ini anda tambahkan lagi value kepada mereka. Barter trade, links, technology transfer sampai scale tersebut jatuh kepada “irresistable”.
Sebagai senjata rahsia terakhir anda, baru mainkan “ratio” monetary rewards. Ingat, kalau dari perkara lain yang menjadi bahan pertukaran, kebanyakannya win-win. Jangan tawarkan monetary rewards dari awal-awal, sebab sekali sudah ditetapkan, amat sukar untuk diubah. (lihat sahaja isu harga air Malaysia-Singapura)
Ada ketiga perkara yang perlu anda tahu dalam hal ini. Pertama, jika anda lihat bakal JV Partner tersebut asyik mahu tawar menawar sahaja dan mahu lebih walaupun deal tersebut sudah “irressistable” (tapi pastikan anda tidak syok sendiri!), push the deal sampai minimum anda yang sudah ditetapkan. Tetapi, lepas tu anda mark mereka ini. Mereka tidak tahu adat berJV dan kemungkinan besar susah nak berkira. Untuk JV akan datang, guna mereka sebagai last resort.
Jika mereka mahu lebih dari nilai minimum yang anda boleh beri, angkat kaki. Sama ada mereka termasuk dalam golongan di atas, atau anda belum sampai tahap mereka lagi. Cari pilihan lain.
Ketahui juga bahawa anda mesti benar-benar pastikan deal anda “irresistable” dan bukan anda sahaja yang rasa “irresistable“
Nota: Keuntungan dari JV adalah sesuatu yang belum pasti dan tidak menjadikan sesuatu JV itu irresistable.
Nota: Bertukar-tukar mailing bukanlah irresistable jika saiz list anda tidak sama, atau list tersebut berada dalam target market yang tidak sama.
Personal Preference: Jangan tawarkan bakal JV anda dengan benda yang dia pun ada. Kemungkinan besar dia memang mempunyai kelebihan dalam aspek tersebut.
Kedua, jangan masuk dalam gelanggang JV dengan tangan kosong. Tanpa pakej-pakej dan senjata untuk negosiasi. Contohnya, apabila Syazwan meminta saya untuk negotiate dengan mana-mana entiti, saya akan tanya dia apa flexibiliti yang saya ada dan apa yang boleh saya tawarkan sebelum saya berunding atau meminta sesuatu.
Jika saya tidak dibekalkan dengan bekalan secukupnya, saya tidak akan berunding ataupun saya suruh Syazwan buat sendiri. Saya segan masuk gelanggang dengan tangan kosong seolah-olah macam peminta sedekah.
Sebab itulah, hehe saya ada reputasi “master negotiator” di SaifulSham. Biasanya, saya tidak pernah gagal dalam misi perundingan saya. Tetapi sekali lagi, anda perlu buat homework. Kaji apa yang bakal JV partner anda perlukan.
Lagipun, saya mahu dikenali dengan rakan perniagaan kami sebagai “trustable”. Tak pernah rugi buat business dengan SaifulSham, mesti untung. Jadi jika ada benda yang kami mahu berJV atau minta tolong pada masa akan datang, sebab mereka tahu, deal dengan kami tidak pernah akan merugikan mereka! Lebih mudah untuk JV pusingan seterusnya.
Ketiga, jangan berkira dan jangan kedekut. Anda berunding untuk mencapai misi anda, tugas anda adalah untuk menjayakan misi. Jangan fikir apa yang pihak satu lagi dapat dan siapa dapat lagi besar. Itu dengki dan berkira.
Jika anda ada mentaliti macam ini, susah hendak bekerja. Belum mula perniagaan lagi, sudah bergaduh macam mana hendak membahagi hasil keuntungan. Untung pun belum lagi.
Oh ya, ini aspek besar yang membawa impak berbeza dalam perniagaan internet gerai dan peniagaan internet bukan gerai.
Dalam aspek perniagaan internet bukan gerai, anda perlu ada matlamat selain dari dollar and cents. Adakah dengan berJV ini fit dalam overall strategi perniagaan anda.
Dan, jangan juga takut untuk membayar. Dengan membayar, anda menunjukkan kesungguhan anda, you mean business. Tetapi, jangan juga SEBAB anda membayar, anda hendak demand lebih-lebih. Pada bila-bila masa wang anda boleh dipulangkan dan “NO DEAL” jika anda menjengkelkan.
Bahkan beberapa kali terjadi kepada kami, setelah kami bersetuju untuk membayar, kami diberitahu tidak perlu bayar.
Pesanan akhir sekali, bina perhubungan dahulu sebelum menghubungi seseorang itu untuk berJV dengan mereka. Jadilah pelanggan mereka, peminat mereka, pengorat mereka dan sebagainya. Saya bukan cakap ini sebab suka-suka. Saya bercakap ini dari pengalaman.
Ketika saya mula-mula dahulu, saya selalu merendahkan diri, menjadi peminat mereka, membandingkan kemajuan teknologi di negara mereka dan Malaysia, menjadi lurus, innocent. Dengan ini, mereka terasa menjadi mentor saya, dan mereka rasa bertanggungjawab terhadap kejayaan saya. Jadi mereka membantu saya. Saya tidak kisah pula jika mereka berasa demikian, sebab memang mereka membantu pun.
Yang lebih best, bila saya ada peluang untuk merakamkan penghargaan saya tu, saya akan berikan mereka peluang tersebut, untuk membuktikan supaya saya tidak sekadar bercakap. Beri mereka testimoni, beri mereka buku dari Amazon (shipping ke USA murah!), beri mereka hadiah, puji mereka di forum.
Apa susah? Setuju?
Sabri
p/s: Seperti biasa, saya terlalu asyik menulis, selepas ini baru saya hiaskan dengan warna dan gambar supaya nampak menarik ya.
Bacaan Lanjut:angkasa buat duit dengan jv koperasi peluang perniagaan Perniagaan Internet rahsia bisnes saifulsham tips joint venture usahawan muda Share This