Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Saham

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Tips percuma pelaburan tanah

Hello pembaca SaifulSham,

Setelah seminggu UrusHartanah.com dilancarkan, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. (Tidak kurang juga ada yang cuba mempertikaikan bidang pelaburan tanah, tidak apa, portfolio yang ada speak for itself)

Baiklah, disebabkan ramai berminat untuk tahu banyak mengenai pelaburan tanah, jadi setiap minggu, saya akan cuba menulis satu tips dalam pelaburan tanah di SaifulSham.

Tidak apa jika anda belum dapat menceburi bidang ini, tetapi sekurang-kurangnya, anda berpeluang belajar tips daripada yang pakar secara percuma.

Pelabur Hartanah Gembira

Untuk tips hari ini adalah berkenaan tanah pusaka.

Ada pembaca yang memberitahu saya bahawa bahaya jika kita melabur dalam tanah pusaka.

Jawapan sebenar untuk soalan ini adalah tidak bahaya dengan syarat tanah pusaka itu telah selesai pembahagiannya.

Sebelum itu, marilah kita kaji dahulu apa maksud sebenar tanah pusaka. Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan satu situasi seorang lelaki yang memiliki sebidang tanah. Apabila lelaki ini meninggal dunia, tanah tersebut untuk diwariskan kepada 2 anaknya.

Setelah selesai pembahagian tanah tersebut kepada 2 anaknya, kini tanah tersebut boleh dibeli anda seperti biasa. Anda boleh membeli sebahagian tanah daripada seorang anak terbabit atau keseluruhan tanah daripada kedua-dua anak si lelaki terbabit.

Sebenarnya, kebanyakan tanah yang dilaburkan oleh UrusHartanah.com adalah tanah pusaka (yang selesai pembahagiannya).

Oh ya, apapun, tanah pusaka pun mestilah memenuhi kriteria pelaburan seperti lokasi, permintaan, dan harga.

P/S: Anda boleh menonton video portfolio pelaburan UrusHartanah di sini. Banyak lagi video akan ditambah sebagai membuktikan pelaburan tanah lebih lumayan daripada pelaburan lain. Secara relatifnya ,kebanyakan pulangan yang biasa diperoleh pihak UrusHartanah.com adalah 100 peratus setahun (pulangan ini memerlukan kepakaran melabur).

P/SS: Dapatkan banyak tips pelaburan tanah di UrusHartanah.com. Jangan lupa untuk mendaftar disana.

P/SSS: Laman web jualan Iphone bakal menemui anda dalam masa terdekat, Jeng,Jeng,Jeng

Bacaan Lanjut:

2017

Hello pembaca SaifulSham,

Tajuk pos kali ini adalah 4 nilai angka, 2017. Ini bukanlah nombor plat kenderaan malah jauh sekali nombor ekor 4D. Angka 2017 adalah satu perumpaan untuk pos yang membawa erti 10 tahun akan datang (tahun 2007 tambah 10 tahun = 2017 kan?!).

Saya tidak mahu membuat ramalan (sama ada komet akan jatuh pada tahun tersebut) tetapi saya ingin bertanya kepada anda, dimana diri masing-masing pada tahun tersebut (kalau umur panjanglah).

Oleh kerana SaifulSham.com adalah sebuah blog perniagaan dan diuruskan oleh 2 orang yang semakin hari semakin tua (ehem,ehem), maka blog ini mungkin tidak lagi wujud pada masa itu :grin: (Maybe lah, saya rasa, bila tua ni mata makin rabun, tidak boleh duduk lama-lama depan skrin).

Sebenarnya, sebelum 10 tahun akan datang, bayangkanlah apa yang ingin dicapai anda pada waktu itu sekarang, ya SEKARANG. Kebanyakan orang yang melawat blog ini inginkan maklumat-maklumat yang fresh tentang bagaimana untuk menjadi kaya melalui jalan perniagaan dan pelaburan.

Jujur saya beritahu anda, blog SaifulSham.com tidak cukup untuk membuatkan anda kaya. Saya tidak boleh memberi kekayaan kepada anda.

Baik, soalan menarik, saya ingin bertanya, “Kalau benar anda hendak kaya, tahap mana kekayaan anda itu jika diberi masa 10 tahun lagi?”

Ada orang akan menjawab, “Paling tidak macam Bill Gates!”, “Bawah sikit pada Syed Mokhtar Al-Bukhari”, “Nak ada syarikat penerbangan tambang murah sendiri”.

Wah, semua hendak kaya seperti itu. Baik saya tanya pada anda lagi, untuk mencapai kekayaan tahap mega rich seperti itu, apa yang telah anda lakukan pula?

Saya ingin berserius, jika anda ingin kaya seperti mega rich, pendekatan untuk mencapainya lain. Kalau anda hendak kaya tahap 1 million dollar guy sahaja pun lain pula pendekatannya. Untuk tidak kaya pun lain pula pendekatannya (kerja sampai pencen, dapat duit, belanja, tukar-tukar kereta. Ini pun dah cukup untuk buat anda tidak kaya).

Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi super rich dengan internet, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti ini:

Syarikat anda harus disenaraikan di Bursa Saham (ini wajib, go public!)
Perniagaan internet mempunyai pelanggan yang besar (besar dan amat besar)
Sempadan perniagaan sehingga luar negara

Baik, saya tidak perlu senaraikan semua kriteria (nanti ada yang berasa tidak sedap hati :cool: ). Tetapi, inilah syarat yang perlu anda penuhi. Jika anda masih berharapkan menjual satu jenis produk sahaja diinternet, maka impian untuk menjadi seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari mungkin satu impian yang terlalu tinggi.

Saya tidak kisah apa impian anda. Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dan melihat kekayaan dari pelbagai sudut. Ada yang sudah cukup jika dapat cecah RM1 juta. Ada orang kalau dapat tambah ratus-ratus ringgit sebulan pun sudah terlebih cukup.

Tetapi, pos kali ini adalah untuk memberi penekanan bahawa, anda perlu menilai impian anda dengan melihat usaha anda sekarang.

Jika anda tanya saya, memang saya akui, saya tidak akan puas selagi syarikat saya tidak pergi PUBLIC (masuk pasaran saham). Jujurnya, saya melihat bidang internet adalah bidang Team SaifulSham tetapi siapa tahu, Team SaifulSham mungkin berkembang menjadi sebuah syarikat yang menjurus ke arah lain nanti.

Selagi impian saya tidak tercapai (untuk pergi ke pasaran saham), saya akan terus berusaha mencapainya.

P/S: Saya dah lama beritahu Sabri, alang-alang hendak jadi kaya, biarlah kami betul-betul kaya. Jadi, kami kena jadi sebuah syarikat public satu hari nanti ditambah pelaburan hartanah sebagai pendapatan pasif.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bskl buat duit cara mudah bursa malaysia jutawan francais jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM jutawan tani pasaran saham syarikat dimalaysia

The AirAsia Story : Pelajaran bisnes daripada buku ini

Hello pembaca SaifulSham,

Dalam musim peperiksaan ini, saya tidak sempat untuk berfikir untuk menulis perkara-perkara baru dalam perniagaan internet. (Insyaalah lepas exam nanti, banyak perkara saya tulis)

Tiba-tiba saya terpandang rak terletaknya buku-buku bisnes. Ahaa…
Jadi, saya berpendapat, bagus juga saya berkongsi ilmu daripada buku-buku yang pernah saya baca.

Buku yang ingin saya kongsi hari ini adalah buku mengenai idola kesayangan saya, AirAsia (eh, idolanya tony fernandes). Bukunya bertajuk “The AirAsia Story - How a Young Airline Made it Possible For Everyone to Fly And Became a Runaway” karya SenZe dan Jayne Ng.

Saya memang teruja apabila melihat mana-mana buku atau majalah mengenai AirAsia atau Mr. Tony sendiri dan peluang itu saya sambar pada bulan puasa dahulu apabila terlihat buku ini. Sambar tanpa lihat isi kandungan, minat punya pasal!

Walaupun SenZe merupakan Internet Marketer, buku ini memang digarap dengan baik dan menunjukkan penulisnya telah menjalankan kajian yang mendalam mengenai AirAsia dan strateginya berkembang. Tambahan pula Jayne Ng sememangnya seorang wartawan, jadi tidak hairanlah beliau mungkin mudah mendapatkan banyak sumber mengenai AirAsia.

Banyak perkara yang boleh anda pelajari dengan membaca buku ini. Buku ini berkisar mengenai sejarah AirAsia sejak awal sehingga hari ini. Ianya bukan semata-mata mengenai industri penerbangan, malah lebih daripada itu.

(Saya tahu saya gilakan kapal terbang, sebab itu wujudnya PlanesPlanet.com)

Sebenarnya, satu sebab saya suka menaiki kapal terbang bukanlah semata-mata ingin cepat sampai ke destinasi. Tetapi sebenarnya saya sentiasa teruja apabila melihat kapal terbang. (Dan bukanlah semata-mata pramugari yang cantik saja,hehe).

Satu perkara lagi apabila saya menaiki kapal terbang, saya suka mengkaji modus operandi mereka. Dan buku ini banyak juga menceritakan strategi yang dijalankan AirAsia yang boleh diaplikasi dalam mana-mana bisnes pun (termasuk perniagaan internet).

Saya sempat menghabiskan buku ini dalam bulan puasa lepas dan berikut saya senaraikan apa yang terkandung dalam buku ini yang bermanfaat untuk usahawan-usahawan lain:

Perniagaan tidak eksklusif untuk sesiapa
Contohnya, Tony Fernandes tidak pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat! Ini bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya hanya boleh dilakukan golongan yang sudah dalam industri terbabit. Siapa kata tidak boleh?

Macam sayalah, bisnes internet pun boleh dilakukan graduan jurutera. Hoho.

Menjimatkan kos dimana yang perlu
Dalam perniagaan, usahawan perlu berfikir bagaimana untuk menambahkan keuntungan dan mengurangkan kos bagi kekal kompetitif. Tahukah anda bahawa Tony Fernandes tidak duduk dipejabat dalam satu bilik khas. Beliau hanya bekerja disekeliling staff (sebelah kiub sahaja). Juruterbang AirAsia pun menutup pintu kapal terbang sendiri tanpa perlu meminta mana-mana pegawai. Jadi jimat dah kos menggaji staff disitu.

Sentiasa mencari publisiti untuk perniagaan
Perasan tak, Tony Fernandes kalau muncul dalam media cetak, tv, berucap dan mana-mana pun satu yang tidak lepas adalah sentiasa mempromosikan syarikatnya.

Dengan perwatakan topi merah AirAsia, ini adalah satu promosi yang murah. Maksud mencari publisiti untuk perniagaan adalah supaya pelanggan sentiasa melihat perniagaan kita secara kerap.

Ingat tak, secara psikologinya, kebanyakan pelanggan akan membeli selepas melihat berkali-kali iklan kita. Sebab itu jangan memakai baju Nike ke Adidas ke, sebab anda promosi jenama tersebut. Apabila anda promosi, maka makin popular. Apabila makin popular, makin mahal sebab ada style dan brand. Efeknya, anda terpaksa membayar harga yang mahal lain kali.

Apa kata anda pakai baju syarikat atau yang terpampang laman web anda. Apa nak malu, orang ke-15 terkaya di Malaysia pun pakai macam itu!

Kekayaan bukan dari segi material
Tony Fernandes tidak memakai kereta mewah. Beliau hanya memandu kereta biasa dan mesra, mudah didekati. Walaupun berperwatakan biasa, beliau adalah individu ke 15 terkaya di Malaysia.

Internet, Internet, Internet
Manfaatkan teknologi untuk kegunaan bisnes. Salah satunya adalah internet. AirAsia meraih bilion ringgit hanya melalui jualan diinternet. Teknologi banyak membantu menjimatkan masa dan kos.

Jika anda berminat mempelajari bagaimana AirAsia menggunakan internet sebagai salah satu alat perniagaanya, anda boleh berdaftar untuk ke seminar perniagaan internet kami disini.

Mesra dan mudah didekati
Apabila anda sudah hebat dalam perniagaan, jangan berlagak anda berada ditempat yang atas. Jangan tunjukkan ciri-ciri ekslusif anda. Tony Fernandes tidak kisah memberikan nombor telefonnya kepada wartawan dan tidak kisah untuk ditemuramah. Baginya, ini satu strategi mempromosikan jenama AirAsia. Tidak ada maksud privilege dalam kamus hidupnya.

Jadilah orang yang kreatif! Back end selling!
Kalau anda perasan, AirAsia pandai membuat back-end selling dalam jualan tiketnya. Kalau anda nak jadi pelanggan yang dapat tempat duduk pertama dan tidak mahu beratur, anda kena tambah RM10.

Jadi, fikirkan cara bagaimana untuk menarik pelanggan membayar lebih dari apa yang sepatutnya.

Joint Venture
Kadangkala dalam dunia bisnes, kita tidak mampu membuat semuanya serentak. AirAsia begitu pantas berkembang kerana mereka bijak menggunakan peluang yang orang lain tidak nampak iaitu mengadakan kerjasama dengan syarikat luar negara.

Sebab itu, dalam masa 5 tahun ini, AirAsia sudah ada di Thailand, Filipina, Indonesia, dan lain-lain tempat.

Banyak lagi sebenarnya dalam buku setebal 159 ini. Tetapi paling penting yang sentiasa saya ingat adalah, kita perlu berani untuk mempunyai impian walaupun impian itu gila bagi orang lain.

Tanpa impian, tidak ada AirAsia.

Sekian,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:individu terkaya di malaysia jualan internet jutawan hartanah jutawan MLM penyata pendapatan Perniagaan Internet tony fernandes usahawan jutawan usahawan tani

Nasihat dari seorang bapa

Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya, saya dan Sabri baru sahaja cuba bergiat aktif dalam pelaburan saham. Selepas lebih berbulan-bulan lamanya membaca berbagai jenis buku pelaburan saham dan membaca laporan-laporan ekonomi seperti The Edge, The Edge Financial Daily dan macam-macam lagi laporan, kami berkeputusan untuk membuat langkah pertama secara serius.

stock market

Dahulu, selepas SPM, saya meletakkan pelaburan dalam IPO (Initial Public Offering) dengan 100 peratus diuruskan bapa saya. Tetapi, sifat ingin tahu dan mencuba membuatkan kami berdua cuba untuk belajar bagaimana pula bermain saham indeks berbanding IPO.

Dahulu, saya tidak pandai membaca senarai panjang pergerakan saham sehari setiap syarikat dalam akhbar. PE ration pun tidak tahu, 52 Weeks Low-High pun tiada idea dan macam-macam lagi.

Mencuba dengan pelaburan yang sedikit dan berkat sedikit ilmu yang ada, kami membuat keuntungan yang ok-ok sahaja. (Yalah, jumlah pelaburan pun bukan banyak, saja test power).

Tetapi, selepas diketahui bapa saya, lantas beliau melarang saya bermain saham. Mulanya, saya tidak tahu sebab-sebab kukuh, tetapi ini nasihat beliau kepada saya.

Bapa saya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pasaran saham. Beliau pernah mengambil bahagian dalam pengurusan pelaburan bagi syarikat pelabuhan semasa bekerja sebagai akauntan dahulu. Beliau sendiri memberitahu, bukan senang untuk membuat pelaburan dalam saham tambah-tambah lagi saya hanyalah pelabur kecil (runcit).

Katanya, kami hanya membazir masa untuk membuat market research, membuat kajian, dan belajar semua benda sedangkan jumlah pelaburan kami tidak besar.

Beliau lebih menyarankan kami menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan internet yang lebih lumayan.

Apabila saya fikirkan, ada beberapa pro dan kontra.
Pronya, kami dapat belajar dengan praktikal bagaimana bermain saham.

Kontranya, ya betul, kami membazir begitu banyak masa hanya untuk membuat study mengenai saham. Keuntungan memanglah ada, tetapi jika dibahagikan dengan masa untuk membuat keuntungan tersebut, ia tidak langsung berbaloi berbanding perniagaan internet.

Katanya lagi, beliau mempunyai ramai kawan yang mengajaknya bermain kembali saham. Semuanya bercerita seolah-olah mereka pakar. Mereka tahu bila market akan naik, mereka tahu fundamental dan macam-macam. Tetapi seperti biasa, ada antara mereka bila disuruh belanja minum kopi pun tidak mampu.

Kata bapa saya lagi, ya kami mungkin boleh mengaut keuntungan tetapi, pasaran saham bukan sesuatu yang boleh dijangka dengan tepat. Walaupun banyak indicator-indicatornya, ia bukanlah satu petunjuk jelas kita akan menjadi kaya melalui pelaburan saham.

Bagi kami, bila difikirkan kembali. Ada benarnya perkara ini. Kami hanyalah pelabur runcit. Senang sahaja untuk dimakan pelabur institusi ataupun pelabur gergasi (yang membuat pelaburan berjuta-juta ringgit).

Jelas bapa saya, keuntungan memanglah agenda semua pelabur tetapi selepas diambil kira masa untuk membuat kajian, jumlah keuntungan tidak berpadanan dengan masa yang telah terbuang.

Mungkin anda yang melabur dalam pasaran saham mempunyai pendapat berbeza. Tetapi, apa yang kami pelajari, lebih baik masa itu digunakan untuk mempelajari selok belok perniagaan mahupun hartanah.

Jadi, nasihat ini mungkin juga sesuai buat anda untuk pelabur ikan bilis seperti kami.

Bacaan Lanjut:akauntan hartanah jutawan muda jutawan tani kementerian usahawan dan koperasi pasaran saham

Apakah ia perlu jika kita kaya..

Hello pembaca SaifulSham,

Salah satu perkara yang menjadi mind set kebanyakan orang adalah orang-orang yang memandu kereta mewah adalah orang kaya. Mind set ini ada betulnya kerana siapa lagi yang mampu membeli kereta-kereta mewah melainkan jika pendapatannya melebihi paras orang kebanyakan.

(Ya, ada juga orang-orang tidak kaya buat-buat kaya).

Tetapi sebenarnya, saya melihat mind set sebegini dibentuk melalui pengaruh cerita tv, drama, filem dan hiburan. Kita terlalu terpengaruh dengan jalan cerita dan kehidupan selebriti, hinggakan kita sentiasa berfikir, orang kaya harus memakai pakaian berjenama, orang kaya harus memandu kereta mewah, orang kaya harus mempunyai rumah yang besar, harus mempunyai pemandu peribadi, harus mempunyai pengawal keselamatan, harus mempunyai keahlian kelab golf yang bernilai puluhan ribu setiap tahun dan sebagainya.

Sebelum mengenali apa itu erti perniagaan, kekayaan, pelaburan dan perkara sewaktu dengannya, saya juga turut sama mempunyai mind set begini.

Dahulu saya selalu tertanya, mengapakah bapa saya tidak sukakan kereta-kereta taraf mewah sedangkan itu tidak menjadi masalah baginya. Saya berfikir, mungkin perniagaan bapa saya hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin juga pelaburan hartanahnya pun biasa-biasa sahaja.

Tetapi, selepas satu persatu hartanah dibelinya, saya mula mencari jawapan, apa sebenarnya yang dilakukannya. Melalui pembacaaan saya dalam banyak buku-buku pelaburan dan perniagaan, barulah kini saya faham, mengapa beliau bertindak sebegitu.

Dan kegilaan saya terhadap barangan mewah mulai berkurangan seiring dengan pengetahuan ilmu pelaburan saya bertambah. Dahulu, saya sanggup menghabiskan duit biasiswa sekadar untuk membeli aksesori dan pakaian berjenama.

Saya mengaku sahajalah, dahulu saya hidup (semasa mula-mula belajar diuniversiti) dengan bantuan kewangan bapa saya. Duit biasiswa adalah duit untuk bersuka ria. Pasti habis.

(Mungkin sebab itu PETRONAS sudah tidak memberikan biasiswa secara lump sum seperti dahulu, mereka telah berikan biasiswa secara bulanan mulai awal tahun ini)

Semasa awal saya mempunyai perniagaan, keuntungan juga banyak disalurkan untuk menampung kehidupan mewah saya. Semasa itu, tidak ada kesedaran dari segi pelaburan.

Mind set saya masih sama, orang kaya harus mempunyai gaya hidup mewah.

Tetapi, pengalaman berkenalan dengan beberapa orang pelabur seperti bekas peserta seminar serta pembacaan buku-buku pelaburan telah banyak mengubah mind set saya.

Saya kini faham dimana sebenarnya wang harus digunakan. Tetapi, kesedaran saya seorang tidak mampu untuk membantu rakan-rakan seusia yang lain.

Rata-rata berpendapat, “Buat apa bisnes, tu semua kerja-kerja orang tua. Kita yang masih muda, bila lagi hendak enjoy (bak kata putri: Kita Enjoy!). Kalau sibuk bisnes, rugila waktu muda kita, hidup hanya sekali”

Lain-lain pula memberitahu, “Money is not important to me. Yang penting kegembiraan untuk bekerja nanti.”

Tambah lagi, ada yang berpendapat,”Bisnes kau dah maju, tukarlah kereta, carilah awek sorang (haha,dalam proses), apa lagi, melancongla…”

Saya tidak salahkan mereka sebab seperti teori Abraham Maslow, pada usia seperti saya, kekayaan bukanlah prioriti utama.

Yang saya pasti, rakan seusia saya sedang sibuk memikirkan kerja dan juga kahwin. Hoho.

Berbalik kepada topik kita, dalam tempoh 4 tahun ini, saya sudah bertemu ramai juga jutawan dalam bidang masing-masing. Dan hampir kebanyakan dari mereka hidup secara besederahana.

Ya saya akui, yang hidup mewah-mewah pun ada. Tetapi, itu tidak salah kerana, mereka bermewah tetapi kekayaan mereka terus bertambah.

Akan tetapi, kehidupan kita hari ini jauh telah berubah. Tidak semestinya kita harus mengikut apa yang ditayangkan didrama tv untuk membolehkan kita digelar kaya. Tidak semestinya kita harus memakai apa yang selebriti pakai, barulah kita layak digelar kaya.

Yang mengarang,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Perniagaan internet: Kepentingan Nama Samaran

Hello pembaca SaifulSham,

Iszudin Ismail = Kidino…..

Pos hari ini bukanlah mengenai kisah Kidino seperti yang anda kenali, haha. Apa yang saya ingin tekankan adalah nama samaran yang digunapakai En. Iszudin Ismail menjadi sebutan oleh sesiapapun sehinggakan kita sendiri tidak berapa tahu nama sebenar beliau.

Syazwan&Sabri = SaifulSham

Nama SaifulSham adalah nama samaran untuk pasaran Malaysia sahaja. Kami mempunyai nama lain untuk laman web yang targetnya untuk pasaran luar negara. Antara nama yang digunakan kami adalah “Peter David” (huh, entahlah, Sabri yang suka nama ini). Ada lagi 2 nama mat salleh untuk kami yang kami selalu gunakan.

Jika anda mempunyai perniagaan internet yang dikhususkan untuk pasaran luar negara, adalah digalakkan untuk menggunakan nama samaran berbanding nama sebenar anda (bergantung kepada keadaan).

Sebagai contoh, selalunya untuk orang Melayu, kita menggunakan nama-nama Arab. Saya ingin bersikap terbuka untuk pos kali ini, disebabkan kes-kes yang memburukkan nama-nama sebegini sejak peristiwa 11 September di negara Barat, adalah lebih baik untuk kita menggunakan nama samaran.

Nama yang seakan-akan Mat Salleh maksud saya. Ia hanyalah nama samaran dalam perniagaan internet, tidak ada tujuan lain. Kadangkala, orang kita terlalu sensitif dan emosional apabila bercakap hal-hal sebegini. Jadi, biarkan saya terangkan sebab dan kepentingannya untuk perniagaan internet.

Saya pernah bertanya kawan saya berbangsa Cina, mengapakah nama depannya menggunakan nama Mat Salleh sedangkan beliau bukan beragama Kristian.

Kata kawan saya tadi:
“Ya memang, saya ada nama Cina saya. Tetapi saya gunakan nama Victor Lim dalam kehidupan seharian saya. Ini sudah biasa dikalangan orang-orang Cina. Mereka berbuat demikian adalah untuk kesenangan mereka dimasa hadapan. Sebagai contohnya, jika mereka ingin ke luar negara seperti Amerika, nama-nama sebegini tidaklah disyaki berbanding nama sebenar kami (nama Cina)”.

Sebenarnya, kami pernah cuba membeli sebuah domain name di netfirms.com (sebuah syarikat yang berpengkalan di UK) kira-kira 2 tahun lalu.

Saya berkali-kali menggaru-garu kepala memikirkan sama ada kad debit saya bermasalah atau syarikat Netfirms tadi yang bermasalah. Berkali-kali saya cuba mendaftar, memasukkan nama yang tertera atas kad debit saya iaitu, Wan Mohd Syazwan.

Namun proses pembelian tidak dapat diteruskan. Alasan yang diberikan adalah Error dalam memasukkan informasi.

Pada mulanya, saya mencuba bermain-main dengan alamat. Mungkin pada anggapan saya, alamat rumah saya terlalu panjang dan sebagainya. Tetapi, masih lagi error!

Akhirnya, saya bermain pula dengan nama. Saya membuang perkataan ‘Mohd’ dalam nama saya. Pada masa itu, saya agak risau juga sebab saya takut pembelian itu nanti akan disyaki fraud disebabkan nama yang dimasukkan tidak sama dengan nama atas kad debit.

Tetapi, selepas membuang perkataan ‘Mohd’, pembelian berjaya!

Saya tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan mengenai syarikat itu, dan saya tidak memarahi mereka. Saya tahu disebabkan sentimen negatif yang ada, syarikat itu mungkin takut untuk berurusan dengan orang-orang yang mempunyai nama-nama Arab yang mencurigakan.

Satu lagi tujuan nama samaran, adalah Glamor. Erra Fazira, Fasha Sanda semuanya adalah nama-nama samaran mereka. Mereka mempunyai nama sebenar yang lain dari nama yang anda kenali.

Tetapi, dalam perniagaan, imej Glamor ini bukanlah penekanan. Yang penting, adalah kesenangan orang terutama pelanggan-pelanggan dari Barat untuk berkomunikasi. Saya beri lagi satu contoh, pada awal perkenalan kami dengan Brian (pemilik bersama ECommerceMastery), Brian mengenali kami dengan nama Peter David.

Setelah lama dan senang berkomunikasi dengannya, barulah Brian tahu bahawa Peter David itu tidak wujud pun. Yang ada dibelakang Peter David adalah Sabri dan Syazwan. :grin:

Apa yang saya dapat simpulkan disini, walaupun bukanlah wajib, tetapi nama samaran tetap ada kelebihannya. Orang lebih mengenali nama samaran anda dari nama sebenar anda.

Jadi, fikirkan hari ini nama samaran yang sesuai untuk anda. Satu sudah cukup.
(Tetapi, jangan pula mengada-ngada memanjangkan nama samaran anda seperti David Grill Adam Parkinson. Just catcy and short!)

Tetapi, kalau nama anda pun sudah seakan-akan mat salleh, tidak mengapa. Guna sahaja nama itu. Haha. (Kanak-kanak zaman sekarang mempunyai nama ala-ala mat salleh seperti Daniel, Danish, Gina).

P/S: Shuth, apa nama anak anda?hehe
P/SS: Kak Galadriel, kami tahu nama samaran anda diinternet :shock:
P/SSS: Apapun, saya suka nama Zara Davidson. Cantik bunyinya, hehehe. :cool:
P/SSSS: Sabtu dan Ahad, cuti ya. Tidak ada pos akan ditulis.

Sekian,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:FAM jutawan hartanah malaysiakini Perniagaan Internet raja dr nazrin shah raja muda perak tengku abdullah sultan ahmad shah usahawan internet zara salim davidson
Close
E-mail It