Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Sales

Adil atau tidak

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah

Bacaan Lanjut:jutawan malaysia jutawan melayu orang kaya Syed Mokhtar Al Bukhari urushartanah usahawan tanah

Seminar Pelaburan Tanah Percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Bersempena cuti Tahun Baru Cina, Team SaifulSham bersama-sama UrusHartanah.com akan menganjurkan seminar setengah hari berkenaan pelaburan tanah secara PERCUMA.

Kami amat menjemput anda terutamanya anak Kelantan yang pulang bercuti di Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai peluang pelaburan dalam tanah.

Anda boleh melihat porfolio kami dengan lebih dekat dan mendapatkan nasihat pakar pelaburan tanah, Hj. Wan Sukri. Seminar pelaburan tanah ini terbuka kepada semua golongan (walaupun anda belum berhasrat melabur dalam masa terdekat).

Setidak-tidaknya anda berpeluang mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai pelaburan tanah.

Tahukah anda bahawa tips-tips pelaburan tanah di SaifulSham selama ini hanya secebis ilmu sahaja pengalaman daripada Hj. Wan Sukri. Banyak lagi akan didedahkan dalam seminar itu nanti.

Team SaifulSham akan turut serta disana!

Berikut adalah tentatifnya:

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat urusan UrusHartanah.com (Kota Bharu)
Makanan dan minuman disediakan

pejabat UrusHartanah.com

Tinggalkan nama anda diruangan komen atau e-mail kami di saudagar(at)saudagar.com.my untuk mengesahkan kehadiran.

Tempat terhad untuk 40 orang sahaja.

Bacaan Lanjut:

Kami pun pernah gagal

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini rata-rata mengatakan apa yang dibuat oleh SaifulSham semuanya menjadi. Sebenarnya tidak! Perjalanan untuk sampai ke hari ini sebenarnya telah menemui beberapa kegagalan.

Saya telah menutup beberapa laman web yang tidak beroperasi dengan baik, sehingga hari ini ada lebih kurang 3 laman web. Sama ada tidak mencatatkan jualan yang memberangsangkan ataupun masalah logistik.

Keputusan menutup ini menunjukkan, kami pun pernah gagal. Tidak ada yang sempurna. Tetapi, kegagalan ini membuka peluang perniagaan yang lain.

Antara laman web bukan bisnes yang akan ditutup saya pada masa depan adalah SaifulSham.co.nz. Disebabkan adik saya tidak sempat menulis, saya berpendapat, lebih baik beliau menumpukan pelajaran dan perniagaan kami di sana.

Laman web lain yang akan ditutup adalah KingFuelSaver.com. Laman web ini tidak menghadapi sebarang masalah jualan tetapi disebabkan pertikaian pihak pengilang membuatkan kami terpaksa menutup laman web tersebut, mungkin untuk selama-lamanya.

Tidak semua yang dilakukan kami menjadi. Tetapi yang penting, lakukan kajian risiko sebelum anda melangkah.

Jika risiko itu boleh diterima anda (yang menyebabkan anda tidak jadi gila jika gagal), maka ambillah.

P/S: Studio kami yang dalam pembikinan sebenarnya untuk projek yang belum pernah dibuat lagi.Apapun ia tidak akan membabitkan Yusof Haslam mahupun Aziz M.Osman :grin:

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:hartanah di kelantan jutawan hartanah jutawan perniagaan jutawan tani Perniagaan Internet urushartanah.com usahawan muda usahawan tani

Jika orang kata anda gila duit…

Hello pembaca SaifulSham,

Jangan merasa segan atau tertekan atau lemah semangat apabila ada suara-suara mengatakan bahawa anda adalah seorang yang gila duit. Haha, lagi baik jika anda dengan semangatnya menjawab kembali seperti ini:

“Ya, memang aku gila duit!”

Sebab satunya, apakah mereka itu orang yang memberikan pendapatan anda. Jika tidak, apa peduli!

Ada orang memberitahu saya, menjadi kaya itu sebenarnya nasib. Sudah ditakdirkan dan sudah suratan takdir untuk kaya.

“Tak perlu jadi gila wang macam kau, sebab kaya tu akan datang juga dengan sendiri nanti. Orang kaya pun tidaklah macam kau.”

Sebenarnya, jenis serangga seperti ini tidak pernah tahu akan perihal orang kaya.

Sebabnya, orang kaya tidak akan bercakap mengenai wang, pelaburan dan bisnes dengan orang tidak berwang atau tidak sekepala dengan mereka. Mereka tidak mahu dilabelkan gila wang jika berbual seperti itu.

Jadi, mereka pun tukarlah topik kepada bercakap hal-hal seronok seperti tv, kucing peliharaan, makanan kegemaran, tempat shopping yang menarik dan semua yang dapat memuaskan hati orang yang tidak berwang.

Jadi, dilain situasi, orang tidak berminat mengenai wang dan tidak minat akan kekayaan akan menanggap orang kaya pun seperti mereka!

Sepanjang saya berjumpa dengan beberapa orang jutawan, saya sentiasa meminta nasihat dan pandangan mereka akan situasi semasa pasaran, kewangan dan pelaburan.

Sebagai satu contohnya, jika saya berpeluang bertemu dengan suami sepupu saya, Dato’ Mohd Salleh (gambar dibawah) (Pengerusi Gopeng Berhad, Ex KFC Holding Chairmain), saya akan berbual mengenai pelaburan.

Dato’ Mohd Salleh

Jadi, ia kembali kepada asas, kata orang, sebelum merasai kekayaan sebenar, rasai dahulu dengan menetapkan minda dengan perkara-perkara yang akan menambahkan kekayaan.

Fahami bahasa orang-orang kaya. Apa itu ROI, apa itu profit, apa itu share ape itu swing trading, dan bahasa-bahasa sewajarnya.

Memang dengan menguasai bahasa sahaja tidak cukup untuk kaya tetapi secara tidak langsung, anda boleh berbual dan duduk semeja dengan orang-orang kaya dan memahami tutur bahasa mereka.

Jadi, tidak ada sebenarnya istilah gila duit. Gila duit sebenarnya hanya pada orang yang berjudi dan mencari duit ditempat yang salah dengan cara yang salah.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:dato mohd salleh jutawan hartanah kfc holding Perniagaan Internet

Pelaburan Hartanah Bersama SaifulSham

Hello pembaca SaifulSham,

Sebelum itu, saya memohon maaf kerana tidak memberi notis bahawa blog ini tidak dikemaskini. Baru hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis berikutan kesibukan kami menguruskan beberapa perniagaan lain.

Baiklah, oleh sebab ramai yang berminat belajar bagaimana bapa saya menguruskan pelaburan hartanahnya, sekarang adalah masanya. Jeng,jeng, jeng.

Bermula minggu hadapan, kami akan melancarkan laman web pelaburan hartanah, dimana anda dijemput untuk menjadi rakan kongsi pelaburan hartanah kami yang akan diuruskan bapa saya. Dan,oh ye, buat masa ini, tempat ini adalah dihadkan untuk ANAK KELANTAN sahaja.

Saya memohon maaf kerana bapa saya banyak menguruskan pelaburan hartanah di Kelantan dan undang-undang telah menetapkan hanya anak kelantan sahaja boleh membeli tanah di kelantan.

Modal permulaan hartanah yang diperlukan adalah seminimum RM50,000 dan gandaan RM50,000 ke atas dan ianya bergantung kepada projek yang terdapat dalam tangan.

Jika anda mempunyai wang yang lebih tetapi tidak tahu dimana harus dilaburkan atau menyimpan wang yang banyak di bank tetapi kecewa dengan dividen yang diberikan terlalu sedikit, kembali ke laman web SaifulSham pada minggu hadapan.

Saya akan meletakkan beberapa hartanah yang diuruskan bapa saya sebelum ini sebagai bukti bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang lumayan. Antaranya adalah nilai semasa belian dan nilai jualan (Gambar juga akan diletakkan).

Sehingga kini, semua hartanah yang dibeli bapa saya berjaya dijual dengan harga dua kali ganda daripada harga asalnya atau lebih baik lagi tiga kali ganda. Dan prosesnya memakan masa antara 12 bulan hingga 24 bulan (bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa).

Selain tujuan saya untuk mendapatkan rakan kongsi, saya juga melihat inilah satu cara untuk menanam pengetahuan pelaburan hartanah kepada orang lain melalui tunjuk ajar orang yang pakar.

Tujuan lain lagi, pelaburan anda dijamin selamat dan anda hanya perlu menunggu pulangan daripada pelaburan anda. Hal-hal pengurusan tanah akan diuruskan sepenuhnya bapa saya.

Syazwan, mengapa Kelantan dan tidak negeri lain?
Ini bukan soal kenegerian tetapi macam saya sebut tadi, bapa saya pakar di negeri kelahirannya (beliau tahu benar keadaaan dan pasaran hartanah disana) disamping proses kelulusan yang cepat berbanding negeri lain.

Apapun, tunggu sahaja minggu hadapan untuk maklumat yang lebih detail.

P/S: Konsep ini sah kerana kita akan berJV dan bukannya mengambil modal anda sesuka hati. Nama anda akan tertera sebagai pemilik hartanah dan tidak akan terjadi situasi anda ditipu.

Proses ini akan melibatkan pihak peguam. (jangan takut jika anda tidak biasa dengan peguam melainkan didakwa dimahkamah,huhu)

Jika paling burukpun tidak dapat dijual dalam masa ditetapkan (belum pernah terjadi sepanjang 13 tahun penglibatan bapa saya), hartanah itu adalah aset anda.

P/SS: Oh ye, saya layak sebab ibu bapa saya adalah anak kelantan.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:anak kelantan jutawan hartanah pelaburan hartanah usahawan hartanah

Pelanggan dan sebuah hakikat

Hello pembaca SaifulSham.com,

Ramai yang beranggapan bahawa jika sesebuah perniagaan itu tidak mempunyai rungutan daripada pelanggan, maka ia berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya!

Sebagai contoh saya berikan, katakan anda mempunyai perniagaan internet, katakan menjual produk fizikal. Apabila terjadi kes penghantaran anda lewat dan pelanggan tidak merungut, jangan berfikir bahawa mereka tidak kisah.

Selalu saya dengar, “Alah, dia tak complaint, ok la tu”.

Satu kajian yang dilakukan menunjukkan sebenarnya 99 peratus pelanggan yang tidak berpuas hati tidak akan bersikap kurang ajar dengan memaki hamun atau mengungut sesebuah perniagaan….

Tetapi hakikatnya,
91% daripada mereka tidak akan membeli lagi daripada anda.
100% akan menceritakan cerita ‘horror’ mengenai perniagaan anda kepada tidak kurang 9 orang

Dan kajian juga menunjukkan, kehilangan pelanggan akan menyebabkan kehilangan pendapatan sekitar 15-30 peratus!

Ada lagi! Kos untuk menarik pelanggan baru adalah 5 kali ganda lebih mahal daripada menjual kepada pelanggan sedia ada.

Jadi walaupun pelanggan tidak complaint secara direct, tidak bermakna mereka berpuas hati. Kita harus tahu bahawa apabila kita melanggar polisi yang dibuat oleh kita sendiri (katakan dengan menyatakan tempoh penghantaran dalam 2 minggu), kita sebenarnya melakukan kesalahan walaupun tidak diungkit oleh pelanggan.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan francais jutawan hartanah jutawan MLM pelanggan Perniagaan Internet

Melengah kemewahan

Hello pembaca SaifulSham,

Menjadi seorang public figure kadangkala pun tidaklah seindah mana. Satu ketika saya makan di kedai mamak, ada saja yang tiba-tiba muncul “eh, ni geng-geng SaifulSham kan, takkan makan sini kot”

Waduh, waduh, apakah perlu saya makan di hotel hanya sebab menjadi seorang pengasas SaifulSham.

Saya selalu menjawab, “Takpe, aku mengamalkan prinsip delayed gratification. Tunggu sampai bisnes betul-betul sukses sampai cawangan berpuluh dekat oversea baru tukar kereta baru, makan dekat hotel” (hujah mematahkan ayat-ayat perli ini)

Untuk pengetahuan anda, sehingga tahun ini, saya dan Sabri bekerja tanpa gaji. Ini bermakna, saya dan Sabri hanya hidup dengan wang scholarship sahaja. (Anda tentu terkejut kan)

Semua keuntungan perniagaan dilaburkan kembali untuk pengembangan bisnes kami terutama pembiayaan operasi bisnes luar negara yang diuruskan adik saya, Syamim.

Seperti yang anda tahu, saya tidak akan puas dalam bisnes jika saya tidak mencapai tahap Bursa Malaysia listing. Jadi, untuk memenuhi cita-cita itu, saya sandarkan wang keuntungan dan dividen kami untuk pengembangan bisnes.

(Alah, standard je tiada gaji. Steve Job pun gaji USD1 setahun tak heran pun).

Soal menikmati nikmat dunia itu saya tangguhkan dahulu. Pada saya, mana-mana usahawan perlu membuang sikap tipikal kebanyakan usahawan Melayu iaitu membelanjakan keuntungan untuk kepentingan diri sebaik memperolehnya.

Tidak salahpun untuk menikmati hasil penat lelah tetapi adalah baik untuk melengahkan kemewahan tersebut. Melengahkan disini bukanlah tunggu tanpa berbuat apa-apa tetapi menggunakan sumber keuntungan anda untuk pengembangan perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda mampu mengembangkan bisnes pada kadar yang lebih pantas tanpa mengharapkan mana-mana pinjaman.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jejak jutawan jutawan kaya mewah usahawan jutawan usahawan tani
Close
E-mail It