Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Sponsors

Konvensyen RBBDI ke-2?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

iPhoneStore.com.my dilancarkan!

Dengan slogan kata: Nobody Can Stop You From Having iPhone, kami kembali dengan merasmikan laman web iPhoneStore.com.my.

Disebabkan kesibukan kami, maklumat seperti video klip akan ditambah dari semasa ke semasa. Yang penting, ianya sudah dilancarkan secara rasmi. (Anda sudah boleh membuat tempahan)

Dengan pelancaran laman web iPhone ini, kami juga mengumumkan bahawa laman web ini sudah pun membuat tajaan pertama kepada salah sebuah pasukan bola sepak Universiti Teknologi Petronas, Rohirrim (ini pasukan bacth kami).

rohirrim

(Pengarah Urusan, W.M.Syazwan (ditengah) bergambar bersama pasukan tajaan iPhoneStore.com.my)

model rohirrim

Sekaligus, tajaan ini menambahkan lagi bentuk kebajikan sosial yang diuruskan SaifulSham Consultants.

Apapun, anda sudah boleh membuat tempahan sebuah iPhone sekarang! Layarilah IphoneStore.com.my.

P/S: Adik Syazwan, Syamim baru berlepas pulang ke New Zealand pada Rabu lepas dan beliau akan meneruskan jualan iPhone kami disana.

Bacaan Lanjut:

Iphone,komisyen affiliate, UrusHartanah.com

Hello pembaca SaifulSham,

Berita baik, kami sudahpun membeli domain name baru untuk sebuah laman web menjual Iphone dipasaran Malaysia. Stok baru dari US telahpun tiba dan kami bersedia memenuhi permintaan anda.

Disamping itu, kami bersetuju memberikan anda komisyen sehingga RM200 untuk setiap jualan sebagai affiliate laman web baru nanti.

Harga kami dijamin adalah antara terbaik di Malaysia. Nantikan kemunculan laman web jualan Iphone ini minggu hadapan.

Berita mengenai UrusHartanah.com, kami menjangkakan kami akan melancarkannya malam ini. Sehubungan itu, waktu pelancaran dilanjutkan pada pukul 10 malam. (semalam pun kami bekerja sampai pukul 4 pagi tadi).

Ok, walaupun Sabri mengungumumkan persaraan kami dari teaching how to make money, tetapi kami akan terus mempraktikkan teknik-teknik baru dalam perniagaan internet dan perkara ini hanya didedahkan dalam seminar kami sahaja.

Kami tidak berhasrat mengeluarkan sebarang produk berkaitan how to make money buat masa hadapan. Anyway, umur kami masih muda. Apabila Sabri menyebut bersara, bukanlah kami akan bersara dan pergi begitu sahaja.

Tumpuan kami sekarang adalah 100 peratus kepada perniagaan. Seperti dalam pos lalu, saya tidak akan berpuas hati jika syarikat milik saya dan Sabri ini tidak mencapai tahap Berhad. Saya percaya, ia pasti berlaku nanti.

Sekian,

W.M.Syazwan
(Jangan lupa ke UrusHartanah.com jam 10 malam. Banyak info kami akan sajikan kepada anda disana)

Bacaan Lanjut:

Projek Iphone

Hello pembaca SaifulSham,

Saya terlupa semalam untuk memberitahu update berkenaan projek Iphone. Sebenarnya, biarlah saya dedahkan apa yang kami buat selama ini.

Iphone yang dijual SaifulSham diambil secara pukal daripada pembekal di US. Dan kami mengambilnya secara batch per batch (contoh 20 ketul sekali ambil).

Tumpuan utama jualan bukanlah untuk market di Malaysia memandangkan kami memberikannya kepada Syamim untuk menjualnya di market NZ (nilai untung lebih besar di sana). Memandangkan Syamim pulang bercuti, jadi beliau membawa balik stok lebihan untuk dijual di Malaysia.

Laman web jualan untuk market di Malaysia telahpun siap tetapi belum sempat diupload, stok sudahpun habis dijual! Dan kini kami menghadapi masalah untuk mendapatkan stok secara pukal kerana sekatan yang dibuat oleh syarikat Apple di US sendiri yang mengehadkan pembelian 2 biji Iphone seorang.

Disamping itu, stok terbaru di US masih belum dapat di UNLOCK berikutan tambahan ciri-ciri keselamatan baru oleh Apple.

Demand pasaran memang tinggi tetapi proses mendapatkannya sekarang bertambah sukar daripada dahulu terutama kos semakin tinggi.

Apapun, jika anda berminat mendapatkan Iphone, anda boleh menghantar e-mail ke saudagar(at)saudagar.com.my untuk mendapatkan detail mengenai produk ini. Kami akan menguhubungi anda jika kami berjaya mendapatkan stok baru dalam masa terdekat.

P/S : Kini Iphone di Low Yat Plaza pun mencecah RM3k ++.

Bacaan Lanjut:iphone malaysia jualan iphone di malaysia jutawan hartanah Perniagaan Internet

UrusHartanah.com dan pencarian bakat baru

Hello pembaca SaifulSham,

Sepanjang minggu lepas, saya terpaksa menunda lagi pelancaran UrusHartanah.com walaupun segala isi kandungan sudah siap. Segala-galanya kerana struktur laman web yang diupah kepada seorang designer tertunda kerana cuti Hari Natal dan disambung pula untuk tahun baru.

Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana respon untuk pelaburan hartanah yang akan diuruskan secara JV mendapat sambutan yang diluar dugaan walaupun laman webnya tidak siap lagi! Saya telah berjaya mendapatkan beberapa pelabur.

Menarik lagi, UrusHartanah.com akan dibuka kepada semua pelabur rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini untuk projek pelaburan hartanah diluar Kelantan.

————————————————————–

SaifulSham Consultants telah meluluskan projek baru yang memerlukan pencarian bakat baru.
Kami mencari seseorang yang berpesonaliti menarik (lelaki dan perempuan) dan daripada pelbagai keturunan.

Minggu hadapan, sudio penggambaran khas milik SaifulSham Consultants akan siap (menelan belanja yang tinggi) dan segala penggambaran akan dilakukan di studio terbabit.

Pencarian ini seakan-akan mencari sebuah hos rancangan tetapi anda hanya diperlukan bercakap didepan kamera tidak lebih daripada 5 minit. Paling minimum mungkin 30 saat sahaja. Jangan risau, skrip disediakan.

Dan jika terpilih, anda akan dibayar berdasarkan tempahan klien korporat kami.

Projek ini juga adalah projek untuk perniagaan internet kami. Sila hubungi saudagar(at)saudagar.com.my atau 03-8064 4177 untuk maklumat lanjut.

TudungToday.com

P/S : Ini adalah contoh gambar bakat baru yang diperlukan. Oh ya, ini juga promosi untuk laman web protege kami, TudungToday.com

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet Perniagaan Internet urushartanah usahawan internet

Skali Lagi ……One More Time

Hello pembaca SaifulSham,

Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).

Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!

Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)

Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.

Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.

Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.

Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.

Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)

Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).

Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”

Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).

Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
(Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).

Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:bursa malaysia iphone malaysia jutawan hartanah jutawan ICT jutawan saham Perniagaan Internet skali lagi tengku ahmad rithaudeen

Kos luar jangka

Hello pembaca SaifulSham,

Saya sempat berbual-bual berbincang isu bisnes dengan ahli keluarga semasa pulang hari raya lalu di Kota Bharu. Salah seorang daripadanya menjalankan perniagaan agensi pelancongan. Oleh kerana syarikatnya adalah tergolong antara 10 syarikat yang diberi lesen Tabung Haji untuk menghantar jemaah haji (selain diuruskan Tabung Haji sendiri), syarikatnya saban tahun mengalami kos luar jangka.

Tahukah anda, sebenarnya, walaupun Tabung Haji menetapkan harga sekian-sekian untuk jemaah, mereka mungkin belum tentu untung. Sama hal juga dengan syarikat yang diberikan lesen menguruskan haji. Bisnes menguruskan jemaah haji ke Arab Saudi akan sentiasa mengalami kejutan saban tahun. Contohnya, kerajaan Arab Saudi menambah caj-caj secara tiba-tiba.

Hal seperti ini tidak dapat dielakkan. Menurut ahli keluarga saya lagi, bisnes agensi pelancongan tidaklah untung sebesar mana, kalau dapat 15 peratus pun sudah dikira cukup baik.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh lanjut akan bisnes pelancongan (sebab bukan bidang saya,huhu) tetapi saya ingin menekankan perlunya anda memasukkan kos luar jangka dalam harga produk anda.

Kos luar jangka ini adalah sebagai satu dana yang bersedia digunakan jika apa-apa terjadi pada perniagaan anda. Kos luar jangka termasuklah kenaikan harga bahan mentah secara tiba-tiba, harga minyak ke, atau apa-apa jua yang boleh menggoncangkan perniagaan anda secara tiba-tiba tanpa anda jangka (dah nama pun luar jangka).

Katakanlah, keadaan luar jangka itu tidak terjadi kepada perniagaan anda. Jangan gunakannya sebagai keuntungan anda. Simpanlah sebagai sebuah dana yang sedia untuk digunakan jika keadaan luar jangka itu berlaku.

Untung adalah untung. Lain.

Sekurang-kurangnya peruntukkan sekitar 5 peratus sebagai kos luar jangka. Ia mungkin tidak berlaku sekarang tetapi seakan-akan sebuah insurans, ia pelindung perniagaan sekiranya terjadi keadaan yang tidak diingini tersebut.

Dalam konteks perniagaan internet pun, jangan dikatakan tiada kos luar jangka. Katalah anda menyewa rumah dan menjalankan perniagaan internet dirumah. Tahu-tahu bulan depan tuan rumah memberitahu anda bahawa beliau hendak naikkan sewa. Kalau merungut boleh keluar kerana ada penyewa lain berminat.

Jika anda tidak bersedia, ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja anda dan menganggu perjalanan perniagaan anda.

Yang benar,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:jutawan francais jutawan hartanah jutawan internet jutawan MLM kos perniagaan penyata kewangan Perniagaan Internet proposal perniagaan
Close
E-mail It