Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: Usahawan Kampus

Bagaimana SaifulSham Buat?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Selain dari menerima soalan-soalan berkenaan perniagaan internet, saya juga kerap menerima soalan bagaimana kami membahagikan masa, bisnes+belajar. Bukan sahaja oleh sesama mahasiswa, tetapi juga mereka yang telah berkarier. Bukan apa, banyak juga pembaca kami yang telah bekerjaya tidak dapat buat apa-apa sebab bebanan kerja di pejabat. Mereka mahu tahu juga, kami ada “baca-baca” untuk dapatkan lebih dari 24 jam sehari ke? ;)

Apa Rahsianya?

Sebenarnya, mana ada rahsia. :)

Dan saya tidak dapat nafikan, memang susah untuk balance masa untuk diri sendiri, bisnes dan study (dan juga aweks). Buatlah macam mana pun, cakap macam mana pun, memulakan bisnes sambil belajar adalah menambahkan bebanan di bahu dan memang pengorbanan terpaksa dilakukan.

Tetapi, ada berita baiknya;

  • Anda boleh memilih hendak ke tak hendak ikut jalan ini
  • Anda boleh memilih apa yang hendak dikorbankan

Contoh pengorbanan;

Saya jarang terlibat dalam aktiviti kampus sepanjang pengajian saya sebagai AJK kecuali sekali dua (sebagai peserta tu banyaklah). Ada orang mungkin terus buat kesimpulan, saya “missed out” banyak peluang untuk cari experience mantapkan soft skills saya. Tetapi saya tidak bersetuju, kerana dalam menjalankan perniagaan saya juga saya sebenarnya banyak berjumpa dan bersosial.

Saya juga belajar sendiri sikit-sikit mengenai people management, menguruskan paperwork.

Cuma bezanya, saya tidak belajar dengan kawan-kawan yang lain dengan senior tetapi jadi bidan terjun terus dalam real world.

Ada juga falasi sebenarnya yang menyangka, perniagaan internet ini tidak perlu jumpa orang dan tidak perlu komunikasi yang intense dengan orang lain. Sebenarnya tidak begitu. Mungkinlah tidak sangat, tetapi definitely ada ketikanya kita perlu jumpa clients, discuss budget dan sebagainya. Mungkin juga lebih dari apa yang boleh dipelajari dengan hanya sekadar menyertai aktiviti kampus.

Jadi, menyertai aktiviti kampus BUKAN hanya satu-satunya cara untuk mendapatkan pengalaman dan mengasah soft-skills.

Ok, itu pengorbanan saya. Pengorbanan Syazwan pula;

Beliau masih tercari-cari awek!

hehe…

Tetapi pada masa yang sama, Syazwan juga sempat belajar piano (kelas luar atas inisiatif sendiri) dan belajar silat. Kedua-duanya saya tidak faham macam mana beliau boleh terfikir untuk buat. :)

Apakah Prioriti & Target Anda?

Sebenarnya, bila kita ada prioriti, lebih mudah untuk kita membuat keputusan. Dan satu perkara yang anda perlu tahu, Prioriti Anda TIDAK Perlu Sama Dengan Prioriti Rakan-rakan Anda, Pensyarah Anda Mahupun Ibu Bapa Anda.

Mahasiswa perlu berfikir dengan matang atas kebolehan intelek sendiri dan bukan sekadar disuap semata-mata (bukan dari aspek politik sahaja, tetapi dalam semua aspek kehidupan).

Tujuan kita datang ke universiti adalah untuk menuntut ilmu. Itu adalah fakta dan memang sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Tetapi, bukan dalam ilmu yang ijazah kita akan dicetak sahaja. Sebaliknya ilmu dalam semua aspek kehidupan.  Di sinilah, keusahawanan, life, agama, cinta, persahabatan, sukan masuk sekali.

Siapa yang kata dia nak masuk universiti sebab nak belajar ilmu-ilmu spesifik (kejuruteraan, biologi, sains, fizik dll) sahaja dan yang lain tidak perlu, saya rasa telah membazirkan masa “emas”nya di universiti. Saya suka fasiliti universiti saya, ada Internet (walaupun sangat2 slow), ada lab dengan perisian-perisian canggih, ada PRINTER FREE (-kalau pandai cari port, tak payah beratur-kertas je sendiri)-penting nih, ada library besar dengan koleksi buku yang agak menarik, lecturer-lecturer yang unik dan best. Inilah tempat yang paling kondusif untuk belajar dan membentuk diri kita kepada apa juga yang kita mahu. Minda lebih terbuka, mata lebih luas, kita boleh buat dan jadi apa yang kita mahu (bergantung, dalam konteks saya lebih kurangla).

Ada sesetengah pensyarah biasanya dari golongan akademik, yang menyatakan tanggungjawab mahasiswa adalah kepada pelajaran akademiknya SAHAJA dan benda-benda lain sampingan dan tidak perlu.

Ada sesetengah pensyarah biasanya yang ada pengalaman industri (yang hebat), menyatakan bahawa you must learn everything not just academic. Akademik itu penting tetapi life itu lebih penting. Tetapi memanglah ia bukan alasan untuk mengabaikan pelajaran. Be responsible lah.

Untuk quote exactly;

You must know what you want, and plan and work to achieve it. Don’t listen to other people so much. Listen yes, but don’t follow. Just acknowledge BUT think for yourself.

Penjelasan Mengenai Prioriti

Sebenarnya ada orang ingat prioriti ini benda yang hitam putih. A mesti lebih dulu dari B, B mesti diikuti C dll. Ramai orang salah anggap mengenai perkara ini.

Sebenarnya, walaupun kita menganggap A lebih prioriti dari B, tetapi tidak bermaksud kita abaikan B dan tidak buat terus. Cuma mungkin A kita nak buat perfectly perfect, dan B cuma perfect yang tidak sampai tahap A.

Tidak ada hukum dan peraturan di dunia ini yang menyatakan bahawa bila kita ada A, kita tak boleh ada B. Bila kita kaya, kita tak boleh bahagia. Kita kena pilih. Itu tidak wujud.

Jadi terpulang pada kita. Cuma satu yang susah buat bisnes sambil belajar ni, memang kena banyak sangat berfikir dan pening kepala lebih dari pelajar lain. Itu sahaja yang tak menariknya pada saya. Yang lain, best.

Saya ada dua pesanan akhir;

Pertama, anda boleh pilih “Road Less Travelled”, tapi anda mesti tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini. Once independent, always independent. Kalau sekejap anda buat keputusan, tak jadi, lepas tu ubah balik keputusan, tak jadi, ubah lagi, orang disekeliling anda pun tidak akan confident pada anda. Tetapi kalau mereka lihat anda tahu apa yang anda hendak, strong minded and strong willed, mereka akan yakin dengan anda, dan cenderung untuk memberi anda peluang membuktikan diri anda.

Kedua, kata-kata yang saya masih ingat dari peguam cum motivator kemahiran belajar cum penulis prolifik (bekas presiden MPP UIA tu), saudara Fadzli Yusof bila saya berbual dengan beliau mengenai macam mana beliau dulu bahagikan masa;

Cukuplah kita tahu kita tidak bodoh. Kita belajar bukan untuk orang lain, kita belajar untuk diri kita sendiri. Jadi, buktikan pada diri sendiri kita tidak bodoh.

Saya bersetuju dan walaupun dah lebih setahun saya dapat quote tu saya bersetuju dan saya pegang sebagai antara perkara yang saya perlu ingat sepanjang masa.

Know What You Want,

 

Sabri
Eccentric, Strong Minded, Strong WIlled

p/s: Baik untuk study atau karier, saya rasa konsep yang sama apply.

Bacaan Lanjut:

Jika Saya Ada 2 Buah Ebook, Bagaimanakah Saya Dapat Maksimakan Keuntungan Saya?

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Baru-baru ini saya menerima soalan dari salah seorang protege saya. Dan saya rasa soalan-soalan tersebut cukup merit untuk saya kongsikan bersama anda. (btw, saya menulis dalam keadaan perut lapar ni, diet punya pasal. Maaf kalau tulisan seperti agak tergesa2. Saya berjanji pada diri saya akan makan sebagai reward berjaya menulis post ini. :razz: )

Soalan Protege: Saya sendiri tidak membeli ebook. Dan saya tidak percaya ebook. Ada ke orang nak beli ebook?

Jawapan SaifulSham: Ada. Sekadar menyebut beberapa nama usahawan internet tempatan yang menghasilkan ebook dan berjaya membuat jualan. (Zul Smartusaha, Shuth, En Irwan Dahnil, A.F Hazwan, En Nasir Yaacob, En Tazilan, Pn Ummi Sofea, Pn Amalia dan banyak lagi)

Btw, ada nama yang tidak dikenali? Ehem… Akan diperkenalkan soon. :mrgreen:

Oh ya, Team SaifulSham juga akan “menghadiahkan” kepada Malaysia seorang lagi protegenya (selepas En Irwan Dahnil) yang bermula dengan hanya menulis ebook tetapi akhirnya dijemput menulis buku sebenar oleh penerbit buku sebenar. :mrgreen:

Tetapi setelah berkata demikian, kelarisan ebook tersebut bergantung juga kepada:

  1. Topik Yang Menarik DAN Telah Mempunyai Pasaran Yang Laparkan Maklumat (Desperate Buyers)
  2. Cara Anda Pasarkan Ebook Tersebut

Jika ada permintaan dari anda pembaca SaifulSham.com, saya akan huraikan lebih lanjut mengenai kedua-dua point di atas.

Soalan Protege: Jika saya telah selesai menulis 2 ebook, berapakah jarak masa di antara pelancaran kedua-dua ebook tersebut supaya saya tidak cannibalize sales (merosakkan jualan) salah satu buku tersebut.

Jawapan SaifulSham: Saya cadangkan anda melancarkan kedua-duanya serentak. Pertamanya, seperti biasa anda perlu tahu bahawa setiap ebook tersebut memerlukan laman webnya sendiri.

Kedua, anda gunakan ebook-ebook tersebut untuk memenuhi “saluran jualan” (sales funnel) anda dan ditawarkan kepada pelanggan anda.

Contoh:

1) Selepas beberapa hari pembeli Ebook1 membeli dari anda, mereka akan ditawarkan pula untuk membeli ebook2 pada harga diskaun kerana mereka telah menjadi pelangan anda.

2) Perkara yang sama juga dilakukan untuk pembeli Ebook2. Mereka juga ditawarkan pula untuk membeli ebook1 pada harga diskaun setelah beberapa hari pembelian dilakukan.

Kepada anda yang belum biasa bershopping online, anda akan tertanya-tanya bahawa ada ke orang yang nak beli berturut-turut? Ebook pula tu. :roll:

Jawapannya ada. Tak percaya, cubalah. Ini berdasarkan pengalaman sebenar protege2 kami dengan sales funnel mereka yang kami rekakan untuk mereka :wink:

Tetapi, ini hanya boleh dilakukan dengan syarat, kedua-dua ebook anda itu berada dalam genre yang sama. Jika ebook2 anda dalam genre berbeza? Re-think your strategi dan apa yang anda hendak sebenarnya dari perniagaan internet ini. Itu petanda yang tidak bagus. :)

Jika anda ada apa-apa soalan “Advance” yang anda ingin tanyakan kepada kami dan mahu disiarkan di sini, hantar emel kepada kami di saudagar@saudagar.com.my

Hanya soalan-soalan yang belum mempunyai jawapan sahaja akan disiarkan. Jika soalan anda mudah-mudah, biasanya jawapan sudah ada. Anda boleh gunakan fungsi “Carian” di laman web ini untuk mencari jawapanya.

Selamat Berjaya!

Sabri

p/s: Seperti biasa, gambar saya akan masukkan kemudian…. (berlari mencari makanan… lapar!)

Bacaan Lanjut:

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

Saya pernah terdengar keluhan sesetengah orang…

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara :grin: )

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Konvensyen RBBDI ke-2?

Hello pembaca SaifulSham,

Semenjak konvensyen pertama bekas peserta seminar SaifulSham diadakan pada tahun lepas (sekitar Januari 2007), saya bercadang menyambungnya untuk tahun kedua.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu konvensyen, ia adalah satu sesi satu hari (dari pagi sampai ke petang) khas untuk bekas-bekas peserta seminar SaifulSham.

Dalam konvensyen ini, Team SaifulSham akan menyampaikan tips-tips terkini dalam perniagaan internet dan mendedahkan beberapa laman web perniagaan kami yang memberi pulangan lumayan. Kami akan menunjukkan mengenai strategi terkini yang boleh diaplikasikan untuk laman web bekas peserta seminar.

Kemudian, kami akan menjemput beberapa bekas peserta seminar yang telah berjaya membuat presentation mengenai bisnes internet mereka. Pada tahun lepas, kita mempunyai Kak G, Smartzul, dan juga Irwan Dahnil.

Pada tahun ini saya menjangkakan beberapa lagi bekas peserta seminar lain untuk membuat presentation. Tujuan presentation ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan peserta seminar yang lain.

Disamping itu, saya akan memanggil rakan-rakan usahawan internet yang telah berjaya dalam perniagaan internet mereka. Pada tahun lepas, saya telah memanggil seorang jutawan Dropshipper. Tahun ni, adalah orangnya. Yang pasti, saya suka menjemput orang yang tidak dikenali oleh usahawan internet lain tetapi orang tersebut telah menjadi kaya dengan perniagaan internet secara low profile :grin:

Menariknya lagi, konvensyen ini adalah PERCUMA. (Peserta hanya perlu membayar harga makanan dan dewan sahaja).

Untuk tahun 2008, saya belum mempunyai sebarang tarikh khas untuknya. Oleh sebab itu, saya ingin meminta sebarang cadangan konkrit daripada anda (untuk peserta seminar SaifulSham).

Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan (seperti mencari dewan, makanan) adalah dialu-alukan. Volunteer lah~huhu.

Saya amat berharap konvensyen kali ke-2 akan diadakan pada tahun ini juga.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Ilmu percuma

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tertarik dengan sebuah pos yang ditulis saudara Fuad (www.almaribuku.com) berkenaan mentaliti masyarakat terhadap ilmu percuma.

Disini, biarlah saya ceritakan kisah yang terjadi pada cuti tahun baru Cina yang lepas (mengenai seminar pelaburan tanah).

Lebih kurang 2 minggu sebelum cuti tahun baru Cina lepas, bapa saya menelefon saya untuk menyatakan hasratnya membuat sebuah seminar pelaburan tanah secara percuma.

Saya pun lantas memberitahunya, “Betul ke abah nak kasi free. Ilmu ni bukan murah, bukan semua orang tahu mengenai pelaburan tanah. Bukan ramai yang pakar. Dalam Malaysia pun, belum ada mana-mana buku pelaburan hartanah yang berkisarkan tanah. Boleh kata semuanya berkisarkan mengenai rumah/bangunan/rumah kedai/kondo dan sebagainya”.

Sebenarnya saya mempersoalkan hajat bapa saya kerana sebelum ini dialah orang yang paling tidak mahu menceritakan rahsia pelaburannya melainkan kepada anak-anaknya.

Kebanyakan dari rakan-rakan bapa saya yang masih bekerja keras siang malam agak hairan melihat bapa saya yang agak lapang. (hakikatnya, bapa saya pencen sejak umur 40 tahun, dan kini umurnya 50 tahun - belum sampai umur had pencen lagi).

Beliau bekerja ikut suka hatinya. Jika mahu cuti, cutilah. Kalau cuti sekolah, kami akan bercuti bersama-sama tanpa perlu memikirkan bahawa hakikat orang kerja tidak ada cuti sekolah (melainkan orang bekerja itu mencuri cuti tahunannya).

Itulah rutin bapa saya setiap hari. Masa yang lapang banyak dihabiskan untuk meninjau-ninjau peluang membeli tanah-tanah yang baru.

Jadi, saya bertanya kepadanya, “Mengapa abah hendak dedahkan sesuatu yang orang lain belum dedahkan. Bukankah nanti mewujudkan persaingan apabila ramai orang tahu teknik abah”

Katanya, “Dalam dunia ni, bukan semua perkara boleh kita miliki. Peluang membeli tanah adalah terlalu banyak di Malaysia. Cuma ramai orang tidak menyedarinya. Lagipun, bukannya abah mampu nak beli semua tanah dekat Malaysia ni.”

“Tidak salah membantu orang lain membina kekayaan kerana secara tidak langsung kita beroleh pahala. Kita juga membina networking dan manalah tahu, diwaktu susah nanti, ada ramai orang membantu kita”.

Dengan kata-kata itu, saya faham, sharing is caring (ayat Petronas).

Akan tetapi apabila tiba waktu seminar tersebut, hanya seorang sahaja yang muncul (sedangkan yang menghantar SMS dan email tanda bersetuju melebihi 10 orang). Yang muncul hanyalah Saudara Fuad (www.almaribuku.com).

Seminar tetap berjalan seperti biasa. (Tetapi makanan yang disediakan adalah melebihi 10 orang. Kira membazir la juga.)

Pada akhirnya, saya memberitahu bapa saya, “Tidak mengapa abah tidak buat seminar lain kali, lebih baik abah simpan sebagai rahsia. Cukup lah Saudara Fuad yang tahu. Pada lain kali, letakkan sebarang harga”.

Saya mendapat satu pengajaran berguna pada hari itu.

Kebanyakan masyarakat lebih sanggup membayar wang untuk menjadi kaya berbanding jika terdapat pelung untuk mendapatkannya secara percuma.

Mungkin juga betul kata Azizi Ali, “Hendak jadi kaya, anda perlu sanggup mengeluarkan wang”.

Jadi pada sesi akan datang (jika seminar ini diadakan lagi), saya akan meletakkan bayaran.

Hahaha.

W.M.syazwan

Bacaan Lanjut:

Ke mana SaifulSham menghilang?

Hello pembaca SaifulSham,

Sudah lama agaknya Team SaifulSham menghilang daripada menulis di blog ini. Saya mahupun Sabri sudah berada di tahun akhir pengajian (saya bakal tamat belajar pada bulan May ini), dan seperti biasa, tempoh akhir inilah adalah yang paling sibuk sepanjang bergelar seorang pelajar.

Apapun, selain kesibukan dalam pelajaran, ada perkara lain yang menyebabkan kami juga sibuk. Pertama, studio yang sejak sebulan lalu diperkatakan sudahpun menjalani penggambaran pertama pada Sabtu lepas.

Sebab kelewatan studio ini digunakan adalah peralatan yang diimport lewat tiba walaupun sudah sebulan kami membelinya.

studio saifulsham

studiosaifulsham.jpg

Saya akan dedahkan sepenuhnya projek ini nanti.

Baiklah, saya rasa pos terbaru saya akan menyusul dalam 48 jam dari sekarang berkenaan pelaburan tanah. (Sama-samalah memaksa Sabri menulis sesuatu, sebab dia sudah kurang mood untuk menulis).

Till then, see you in the next 48 hours.

W.M.Syazwan

P/S : Team SaifulSham ingin mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-12 nanti. Apapun, undi adalah rahsia.Hehe

Bacaan Lanjut:

Kenapa tidak pakai?

Hello pembaca SaifulSham,

Ada rakan seuniversiti saya bertanya, “Kau jual iPhone, tapi kau pakai handphone biasa je”.

iphone

Saya menjawab: “Hampir kebanyakan orang kaya yang berniaga tidak memakai apa yang dijualnya. Mereka hanya tahu untuk membuat untung sahaja. Tambahan lagi jika produk itu susut nilai mengikut peredaran masa. Ini perkara benar”.

Seorang sepupu saya sangat berjaya dalam perniagaan kereta import mewah miliknya di Wangsa Maju, dan beliau hanya memakai kereta import biasa sahaja (ketika ini, saya sedang menyakinkannya untuk menjual kereta import mewah di internet :smile: ).

Katanya, “Kita ni usahawan je, dapat jual dan untung sudah kira puas hati”.

Mercedec Benz Brabus

Think about it.

W.M.Syazwan
————————————-
Pengunguman:

Pertama
Laman web iPhone dijangka dilancarkan minggu ini (sebelum bulan Februari). Kami sedang bertungkus lumus menyiapkannya.

Kedua
Studio rakaman dijangka akan mula beroperasi minggu hadapan. Kelewatan peralatan studio tiba menyebabkan kami menunda pelancaran studio rakaman terbaru milik SaifulSham Consultants.

Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet jutawan kereta mewah Perniagaan Internet usahawan internet usahawan kambing boer usahawan lintah
Close
E-mail It