SaifulSham.com

Membantu Merealitikan Perniagaan Internet Anda

7 buah homestay akan dilancarkan secara rasmi bulan depan!

Salam pembaca SaifulSham,

Hari ini, saya mengumumkan secara rasmi bahawa 7 buah homestay di Kuala Lumpur sudah siap secara total dan akan dibuka gilang-gemilang pada bulan hadapan.

Sebenarnya, semua homestay sudahpun memulakan operasi cumanya saya tidak berniat mendedahkannya lagi buat masa ini kerana menunggu pelancaran serentak bulan hadapan.

Setidak-tidaknya 2 buah homestay di Guangzhou akan juga dibuka sebelum Canton Fair pada bulan April. Sesiapa berminat ke China pada bulan 4, bolehlah menempah rumah homestay kami disana. Hubungi secara terus saya di email berikut: wansyazwan(at)yahoo.com atau facebook saya disini.

Nantikan sebuah laman web homestay yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Sekian,
Syazwan bersama Lembaga Pengarah HomeStay SaifulSham

homestay13


11 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • HomeStay : Bisnes servis yang mencabar…..
  • HomeStay @ Setiawangsa
  • Domain Name RM 30 + Free WhoisGuard One Year
  • Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha

    Salam pembaca SaifulSham,

    Antara kesilapan Manager-in-Charge saya apabila bertemu klien adalah mereka mengaku bahawa mereka bos/pemilik kepada projek itu. Walaupun boleh dikatakan saya dan Manager-in-Charge itu adalah bos bersama, tetapi sebenarnya adalah adalah lebih baik jika mereka mengatakan bahawa mereka kuli sahaja.Haha… :grin:

    Sebabnya, klien apabila tahu anda adalah bos, mereka akan menekan-nekan anda untuk mendapatkan diskaun. Diskaun sedikit tidak apa, tetapi over diskaun. Yela, adalah diakui, Manager-in-Charge pun senang cair dengan pujuk rayu klien lebih-lebih lagi jika klien itu seorang wanita yang cantik. Hahaha.

    Tetapi jika kita kata kita ni kuli batak orang aja, selalunya klien akan tidak berfikir panjang dan menerima harga sedia ada. (ya betul, ini kajian kes yang banyak saya tengok terbukti untuk projek kami).
    Cara terbaik jika kita mempunyai kad bisnes yang tertera bahawa kita ini adalah pekerja sahaja dan bukannya pemilik/bos. Jadi, klien yang dapat kad bisnes itu akan tidak akan banyak bertanya punyalah. Percayalah. Haha.

    Apapun, jika anda klien kami yang membaca blog ini, janganlah katakan kami ini buruk siku. Haha. Sudah bagi diskaun lepas tu ungkit dekat blog.

    Tidak, itu bukan niat saya tulis itu. Saya hanya berniat memberikan tips bisnes untuk pembaca blog lain yang boleh memanfaatkan tips ini untuk memaksimumkan keuntungan. Apapun, saya tetap berterima kasih kepada anda yang menjadi pelanggan kami. Saya tetap open to discussion untuk permintaan diskaun price. Begitu juga Manager-in-Charge kami.

    Jumpa lagi ya, mungkin mulai esok saya akan berhenti seketika menulis kerana terlalu sibuk dengan projek bisnes.

    Perjumpaan cadangan di KL pada 15 Januari dibatalkan. Saya perlu menghadiri perjumpaan lembaga pengarah projek pada waktu itu bersama dengan Sabri. Kita jumpa lepas saya pulang dari luar negara ya.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di facebook; klik disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami di Setiawangsa; klik disini.


    12 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Taktik pasaraya : Diskaun palsu
  • Tips Menguruskan Pelanggan Superstar (Cara Terbaik Memberi Pelanggan Diskaun)
  • Saya Seorang Yang Jimat Atau Kedekut?
  • Skim Cepat Kaya lagi…………..

    Salam pembaca SaifulSham,

    Apabila sebut perkataan Skim Cepat Kaya (SCK) saya rasa sudah tidak larat hendak mengulas isu ini. Tidak silap saya, sudah ada beberapa pos saya yang lepas yang berulang-kali menasihatkan agar berhati-hati terhadap sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

    Saya rasa masalah orang ditipu penganjur skim cepat kaya tidak akan selesai jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu tentang kewangan.
    Sehingga beratus tahun sekalipun, Skim Cepat Kaya ini akan berevolusi mengikut peredaran zaman dan akan sentiasa ada orang yang merelakan dirinya ditipu.

    Dulu, bila saya sebut pasal penternakan lembu, banyak jugalah komen yang mengutuk saya dan saya percaya yang kutuk itu adalah sama ada penganjur atau orang yang menyertai skim tersebut. Kalaulah orang itu membaca tulisan saya sekarang, saya hendak tanya, apa sudah jadi pada pelaburan ‘hebat’ anda itu.

    Untuk orang yang ditipu, fikirkanlah dengan waras.

    Sepanjang anda melabur dalam instrumen pelaburan yang sah sekalipun seperti di unit amanah, saham, simpanan tetap, hartanah dan lain-lain, apakah anda mendapat sejumlah pulangan seperti dijanjikan skim cepat kaya itu?

    Jika tidak, mengapa harus kita memikirkan bahawa kita akan mendapat pulangan yang besar daripada syarikat yang tiba-tiba diwujudkan dan tidak pernah ada track record dalam perniagaan.

    Sekarang ini, yang paling ngetop adalah yang berasaskan pertanian. Tidak kiralah lembu ke, cacing ke, lintah ke, burung layang-layang ke atau sebagainya, sebarang bentuk perjanjian yang mengambil wang anda untuk dilaburkan haruslah diragui.

    Ada harus letak keraguan sebelum melabur dalam sesuatu pelaburan. Jika kita terus yakin dan sekadar mendengar cakap-cakap orang atau tukang penganjur, memang senanglah kita menjadi mangsa.

    Kalau bidang pertanian, pergilah tanya jabatan pertanian sekurang-kurangnya anda tahu bahawa tidak akan ada pelaburan sebegitu yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan. Tambah meragukan, habis semua orang hendak dikutipnya deposit pelaburan.

    Kalau saya rasa hendak tulis satu persatu, mungkin akan jadi sebuah buku dah tentang isu ini.

    Even pengalaman saya sendiri membuat bisnes, tidak ada bisnes yang goyang kaki terus dapat pulangan begitu. Saya sendiri tidak ada masa yang lapang untuk relaks selain hampir 24 jam fikirkan cara untuk majukan bisnes.

    Jadi, saya harap tulisan saya diatas ini mampu memberi sedikit cebis kesedaranlah buat orang-orang yang ghairah sangat untuk melabur dalam skim-skim yang terlalu diragui.

    Nantilah, ada masa saya ulas lagi lebih mendalam.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    P/S: Add saya di Facebook, klik disini.
    P/SS: Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, klik disini.


    10 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Download
  • Detik-Detik Akhir Tawaran TeleSeminar Percuma
  • Seorang Pelakon dan Penyanyi Malaysia Terkena? 99% Pasti!
  • Bisnes Laut Biru (Blue Ocean)

    Salam pembaca SaifulSham,

    Sekali lagi saya dihujani soalan oleh pembaca yang add saya di facebook yang mungkin sedikit terkejut kerana kami mempunyai cabang perniagaan offline yang amat jauh sama sekali kaitan antara satu sama lain.

    Sebenarnya, kami tidak gemar membuat apa yang kebanyakan orang lain sedang buat. Pada hemat kami, biarlah pasaran itu untuk kebanyakan orang tersebut. Kami lebih suka mengkaji perniagaan yang kurang persaingan disamping mempunyai permintaan yang baik.

    Mungkin ada kalangan anda bertanya, “Boleh jual ke benda alah ni?”
    Sudah tentu ya~ Kalau tidak mana mungkin kami membuatnya. Haha. (Kot mana pun, kena rajin buat marketing)

    Strategi ini adalah strategi berdasarkan kaedah laut biru (blue ocean) dimana dalam keadaan permintaan yang luas, jumlah bilangan orang yang menjadi supplier tidak ramai.

    Sebab itu, kebanyakan produk kami agak rare atau tidak mudah diperolehi. Kalau ada pun anda jumpa orang sama menjual produk seperti kami, ada kemungkinan beliau adalah agen kami. Haha.

    Bagaimana untuk mencari bisnes laut biru (blue ocean)?

    Jawapan untuk soalan ini tidak mudah juga untuk dijawab kerana apa yang anda perlukan rajin mengkaji dan berkawan dengan ramai usahawan. Kami mungkin agak sedikit bertuah kerana dalam ramai agen kami, ada antara mereka merupakan usahawan dalam bidang-bidang lain yang jarang kami tahu.

    Dari situlah selalunya kami sendiri akan belajar bidang-bidang baru itu daripada mereka. Situasi menang-menang katakan. :smile:

    Seperkara lagi yang saya akui, jika anda mendapat peluang ke luar negara sama ada untuk melancong, jangan lepaskan peluang untuk mengkaji produk disana yang berpotensi untuk dipasarkan. Dari sini jugalah bagaimana kami mendapat idea produk yang sesuai untuk dijual.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di facebook; klik disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa; klik disini.


    2 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Man vs Wild 2: Merentasi laut
  • Kehidupan di tengah laut
  • Salah tanggap bisnes internet: Passion is everything
  • Bisnes zaman moden

    Hello pembaca SaifulSham,

    Pada zaman ini, antara cara untuk memasarkan perniagaan anda adalah dengan berfikiran secara kreatif dan tidak terlalu terikat dengan tata tertib bisnes secara konvensional.

    Sebagai contohnya, cuba anda lihat gambar dibawah…….

    Malaysia Air Asia

    Ingatkah anda ketika hari pelancaran AirAsia X pada 2007, pelancaran penerbangan jarak jauh itu sebenarnya tidaklah segempak jika tidak kerana Richard Branson datang ke Malaysia dengan memakai baju melayu!

    Secara tidak langsung, ia menjadi bahan berita pihak media dan sekaligus menaikkan imej & populariti bagi pihak AirAsia.

    Selalunya jika kita lihat pada hari pelancaran sesuatu produk syarikat korporat, mereka akan memakai pakaian konvensional korporat iaitu sut.

    Contoh yang saya berikan diatas tidaklah tertakluk untuk perniagaan besar, malahan untuk perniagaan sekecil kita pun, kita perlu mencari satu keunikan untuk memasarkan produk kita.

    Saya tahu bukan semua orang suka dengan gimik terutama bagi masyarakat timur seperti Malaysia, tetapi tujuan anda hanyalah untuk komersial. Kita perlu ingat, untuk memasarkan produk atau servis secara konvensional adalah mahal dan terlalu banyak orang yang melakukan perkara sama.

    Jadi, mengapa tidak twist cara persembahan produk anda. Saya yakin ia akan menjadi sesuatu yang diingati oleh orang ramai dan jenama anda akan dilihat orang sebagai sesuatu yang unik.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di Facebook disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, klik disini.


    4 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Bisnes itu hobi
  • Peluang bisnes dalam ekonomi gawat!
  • Peluang bisnes zaman gawat! Episod 2
  • Manager-in-Charge

    Hello pembaca SaifulSham,

    Saya mendapat beberapa pertanyaan terutama mereka yang add saya facebook berkenaan cara saya boleh melakukan beberapa jenis perniagaan disamping saya terus bekerja.

    Sebenarnya, setiap jenis perniagaan yang saya lakukan terutama bidang offline, saya mempunyai Manager-in Charge sendiri dalam bidang masing-masing.

    Adalah tidak logik akal untuk saya melakukan kesemuanya serentak dengan saya masih bekerja. Perkara pertama adalah saya mencari Manager-in-charge yang dipercayai serta mempunyai rekod yang baik dalam perniagaan sama ada pengurusan kewangan, kawalan stok dan sebagainya.

    Sebagai contohnya, salah seorang Manager-in-Charge saya mempunyai pengalaman dalam bidang yang dilakukannya. Maka, tugas saya adalah menyalurkan modal serta membuka sebuah projek baru dengan Manager-in-Charge sebagai seorang wakil khas saya untuk projek itu.

    (Tetapi sebelum itu sudah tentu saya sudah melakukan kajian terhadap projek itu sebelum menceburinya. Bukan main terjah aja…haha)

    Saya tidak mengamalkan konsep gaji kepada mereka. Apa yang saya lakukan adalah Manager-in-Charge tersebut adalah pemegang saham bersama-sama saya untuk projek itu.

    Untuk permulaan 3,4 bulan pertama, saya tidak akan menyentuh sebarang keuntungan projek saya. Maknanya, saya akan membiarkan keuntungan itu dibuat rolling capital & tujuan pengembangan.

    Hanya jika pengembangan itu memerlukan tambahan modal dari saya, maka saya akan inject some amount of money.

    Manager-in-charge ini akan melaporkan perjalanan perniagaan hampir setiap hari. Even jika saya di offshore sekalipun, saya akan menelefon mereka dahulu hampir setiap hari sebelum menelefon buah hati. Haha.

    Jika terdapat masalah berbangkit, saya akan membincangkan perkara itu dan akan memikirkan jalan penyelesaian secara bersama.

    Walaupun mempunyai Manager-in-Charge, itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa tentang perniagaan itu. Sebenarnya inilah cara saya untuk memendekkan learning curve saya.

    Saya akui, saya tidak mendapat pengalaman itu secara langsung sebab bukanlah saya ketua operasi, tetapi dengan laporan setiap hari yang dilaporkan Manager-in-Charge, secara tidak langsung saya tahu permasalahan berbangkit setiap jenis perniagaan.

    Saya sebenarnya ingin melibatkan diri dalam operasi secara langsung tetapi dalam keadaan saya sekarang yang masih bekerja, saya lebih kepada mengamanahkan kerja saya itu kepada orang yang dipercayai.

    Setidak-tidaknya, saya membantu orang tersebut menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan dengan sokongan kewangan dan bantuan lain-lain daripada pihak SaifulSham.

    Ok, saya harap saya menjawab soalan kepada orang yang bertanya itu.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    P/S: Perjumpaan lepak minum dengan SaifulSham saya cadangkan pada 15 Januari sehari sebelum saya berlepas ke luar negara. Tempat adalah mana-mana kopitiam di area KL.

    Add saya di facebook, disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, disini.


    4 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha
  • HomeStay @ Setiawangsa
  • Online Business | Perniagaan Internet | Are Malaysian Ready?
  • Jom lepak minum dengan SaifulSham di KL~~

    Salam semua,

    Tajuk hari ini agak santai. Sebenarnya sudah hampir setahun kami tidak mempunyai seminar internet disebabkan kesibukan melampau. Blog ini juga agak berhabuk jika dibandingkan dengan kekerapan penulisan kami 2,3 tahun lepas.

    Saya pun jadi beku pemikiran saya bila nak tulis tips atau sesuatu walhal ada banyak yang saya ingin kongsikan.

    Jadi, untuk mengubat rindu itu, saya bercadang untuk mengajak anda semua minum (bukan minuman keras ye) bersama sambil dapat berkongsi atau bertanya terus pada saya tentang perkembangan bisnes kami atau mengambil peluang untuk mungkin memasarkan produk kami secara terus. Atau apa-apa sahaja yang anda ingin kongsikan pun tak mengapa.

    Saya mula-mula mengajak Team Flarebiz dan mereka bersetuju. Tetapi memikirkan adalah lebih baik lagi ramai sedikit yang join pun ok.

    Tarikh cadangan saya adalah sekitar 20 Januari ke atas.
    (Minggu depan tak boleh lah saya akan fly again to oversea berkenaan projek membuka kedai di luar negara bersama partner)

    Tempat sudah mestinya di Kuala Lumpur. Masa saya tidak kisah, malam pun boleh. Kita fix masa tengok mana yang terbaik.

    Kalau jadi, saya akan email setiap orang & SMS orang yang berminat. Saya akan gunakan nombor personal saya…so anda boleh dpt nombor personal saya. Haha.

    Any comment on this?

    Wan Syazwan
    P/S: Saya sekarang lebih suka menggunakan ayat tidak formal dalam penulisan.


    Add saya di Facebook: http://www.facebook.com/1syazwan
    Ingin menginap di HomeStay pertama kami: klik disini

    dsc02794


    18 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Selamat Hari Raya AidilAdha & Idea produk
  • Manager-in-Charge
  • Saya Mesti Pilih!

  • Video & Audio Comments are proudly powered by Riffly