SaifulSham.com

Membantu Merealitikan Perniagaan Internet Anda

Manager-in-Charge

Hello pembaca SaifulSham,

Saya mendapat beberapa pertanyaan terutama mereka yang add saya facebook berkenaan cara saya boleh melakukan beberapa jenis perniagaan disamping saya terus bekerja.

Sebenarnya, setiap jenis perniagaan yang saya lakukan terutama bidang offline, saya mempunyai Manager-in Charge sendiri dalam bidang masing-masing.

Adalah tidak logik akal untuk saya melakukan kesemuanya serentak dengan saya masih bekerja. Perkara pertama adalah saya mencari Manager-in-charge yang dipercayai serta mempunyai rekod yang baik dalam perniagaan sama ada pengurusan kewangan, kawalan stok dan sebagainya.

Sebagai contohnya, salah seorang Manager-in-Charge saya mempunyai pengalaman dalam bidang yang dilakukannya. Maka, tugas saya adalah menyalurkan modal serta membuka sebuah projek baru dengan Manager-in-Charge sebagai seorang wakil khas saya untuk projek itu.

(Tetapi sebelum itu sudah tentu saya sudah melakukan kajian terhadap projek itu sebelum menceburinya. Bukan main terjah aja…haha)

Saya tidak mengamalkan konsep gaji kepada mereka. Apa yang saya lakukan adalah Manager-in-Charge tersebut adalah pemegang saham bersama-sama saya untuk projek itu.

Untuk permulaan 3,4 bulan pertama, saya tidak akan menyentuh sebarang keuntungan projek saya. Maknanya, saya akan membiarkan keuntungan itu dibuat rolling capital & tujuan pengembangan.

Hanya jika pengembangan itu memerlukan tambahan modal dari saya, maka saya akan inject some amount of money.

Manager-in-charge ini akan melaporkan perjalanan perniagaan hampir setiap hari. Even jika saya di offshore sekalipun, saya akan menelefon mereka dahulu hampir setiap hari sebelum menelefon buah hati. Haha.

Jika terdapat masalah berbangkit, saya akan membincangkan perkara itu dan akan memikirkan jalan penyelesaian secara bersama.

Walaupun mempunyai Manager-in-Charge, itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa tentang perniagaan itu. Sebenarnya inilah cara saya untuk memendekkan learning curve saya.

Saya akui, saya tidak mendapat pengalaman itu secara langsung sebab bukanlah saya ketua operasi, tetapi dengan laporan setiap hari yang dilaporkan Manager-in-Charge, secara tidak langsung saya tahu permasalahan berbangkit setiap jenis perniagaan.

Saya sebenarnya ingin melibatkan diri dalam operasi secara langsung tetapi dalam keadaan saya sekarang yang masih bekerja, saya lebih kepada mengamanahkan kerja saya itu kepada orang yang dipercayai.

Setidak-tidaknya, saya membantu orang tersebut menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan dengan sokongan kewangan dan bantuan lain-lain daripada pihak SaifulSham.

Ok, saya harap saya menjawab soalan kepada orang yang bertanya itu.

Sekian,
Wan Syazwan

P/S: Perjumpaan lepak minum dengan SaifulSham saya cadangkan pada 15 Januari sehari sebelum saya berlepas ke luar negara. Tempat adalah mana-mana kopitiam di area KL.

Add saya di facebook, disini.
Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, disini.


5 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha
  • HomeStay @ Setiawangsa
  • Online Business | Perniagaan Internet | Are Malaysian Ready?
  • Jom lepak minum dengan SaifulSham di KL~~

    Salam semua,

    Tajuk hari ini agak santai. Sebenarnya sudah hampir setahun kami tidak mempunyai seminar internet disebabkan kesibukan melampau. Blog ini juga agak berhabuk jika dibandingkan dengan kekerapan penulisan kami 2,3 tahun lepas.

    Saya pun jadi beku pemikiran saya bila nak tulis tips atau sesuatu walhal ada banyak yang saya ingin kongsikan.

    Jadi, untuk mengubat rindu itu, saya bercadang untuk mengajak anda semua minum (bukan minuman keras ye) bersama sambil dapat berkongsi atau bertanya terus pada saya tentang perkembangan bisnes kami atau mengambil peluang untuk mungkin memasarkan produk kami secara terus. Atau apa-apa sahaja yang anda ingin kongsikan pun tak mengapa.

    Saya mula-mula mengajak Team Flarebiz dan mereka bersetuju. Tetapi memikirkan adalah lebih baik lagi ramai sedikit yang join pun ok.

    Tarikh cadangan saya adalah sekitar 20 Januari ke atas.
    (Minggu depan tak boleh lah saya akan fly again to oversea berkenaan projek membuka kedai di luar negara bersama partner)

    Tempat sudah mestinya di Kuala Lumpur. Masa saya tidak kisah, malam pun boleh. Kita fix masa tengok mana yang terbaik.

    Kalau jadi, saya akan email setiap orang & SMS orang yang berminat. Saya akan gunakan nombor personal saya…so anda boleh dpt nombor personal saya. Haha.

    Any comment on this?

    Wan Syazwan
    P/S: Saya sekarang lebih suka menggunakan ayat tidak formal dalam penulisan.


    Add saya di Facebook: http://www.facebook.com/1syazwan
    Ingin menginap di HomeStay pertama kami: klik disini

    dsc02794


    18 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Selamat Hari Raya AidilAdha & Idea produk
  • Manager-in-Charge
  • Saya Mesti Pilih!
  • HomeStay @ Setiawangsa

    Salam pembaca SaifulSham,

    Saya ingin mengumumkan pembukaan rasmi HomeStay pertama kami di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Yehaa…..

    Jom tengok gambar dulu baru saya cerita….

    house1

    img_06181

    living-room1

    bedroom-2-31

    dining-hall

    bathroom-1

    bathroom-2

    Apa macam, Ok tak?

    Ok baiklah…kalau anda terutama yang berada di luar KL tu, jika anda berhasrat untuk datang ke KL untuk percutian ke (saya tahu cuti sekolah dah habis,hehe. Apa nak buat….homestay ni pun baru je lepas kemas-kemas..tapi cuti Tahun Baru Cina pun tak lama lagi kan), ada function ke, atau apa jua yang memerlukan anda bermalam, kenapa tidak mencuba perkhidmatan homestay pertama kami?

    Ini karektor rumah homestay itu:
    - Teres 2 tingkat
    - Fully furnished
    - 4 rooms/3 bathrooms (2 rooms siap dengan air-cond lagi!)
    - Ada Astro
    - Boleh parking kereta…hehe

    Lokasinya strategik, di Taman Setiawangsa…berdekatan lah sangat dengan LRT Setiawangsa serta tidak jauh juga dengan pusat beli belah, Jusco AU4.

    Harga promosi adalah RM300 untuk semalaman (hingga akhir Januari ini)

    Sebenarnya bukan semua orang suka tinggal di hotel walaupun hotel amatlah banyak di KL. Ada orang lebih tenang dengan persekitaran rumah terutama yang mempunyai keluarga.

    Antara kelebihannya, orang jiran sebelah homestay ini mempunyai anak dara yang cun!~~ :shock:

    So, boleh hubungi saya di alamat email ini: wansyazwan(at)yahoo.com

    atau telefon/sms Manager-in Charge, Rozi: 013-3590314
    ===================================================
    Kami juga menawarkan anda untuk mempromosikan homestay kami ini. Jika anda berjaya membuat referral, komisyen sebanyak 5-10 percent dari rate harga.

    Komisyen bergantung kepada bilangan hari diduduki, lagi lama orang yang anda refer itu duduk di homestay kami, maka, komisyen anda boleh mencapai 10 percent.

    Saya akan merangka sebuah laman web nanti dan juga penerangan yang lebih jelas untuk affiliate homestay ini nanti. (sekarang masih sibuk dengan banyak projek lain)
    ===================================================

    Add saya di Facebook:

    icon_facebook2

    http://www.facebook.com/1syazwan

    Wan Syazwan


    28 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Bisnes zaman moden
  • 7 buah homestay akan dilancarkan secara rasmi bulan depan!
  • Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha
  • Alert! Akaun Emel Sabri di Hack

    Perhatian.

    Mulai petang tadi kedua-dua akaun Facebook & Gmail saya telah dihack. Anda mungkin menerima emel mengatakan saya dirompak di London dan memerlukan bantuan kewangan seperti di bawah (klik untuk gambar besar).

    Abaikan emel tersebut.

    gmail

    Ini adalah satu teknik jenayah siber yang lebih ada oomph. (Adik beradik emel2 Nigeria yang dahulu)

    Namun emel tersebut ada beberapa kelemahan:

    1) Tabiat saya jika anda sedar saya tidak pernah menulis lebih dari 8 perkataan dalam satu baris. Emel tersebut mempunyai agak banyak perkataan dalam satu baris.
    2) Inggeris saya ok juga, tetapi Inggeris dalam emel tersebut, tinggi sedikit dari standard saya. ;) Saya tidak akan menggunakan perkataan seperti “mugged”, “gun point”
    3) Dan yang terakhir, saya tidaklah begitu impolite dengan sekadar menggunakan “Hey There”. Sudah tentulah saya akan gunakan nama panggilan apabila meminta tolong. :)

    Terima kasih kepada yang concern, saya sangat menghargainnya.
    Berikut adalah link kepada berita lanjut mengenai jenayah ini: (Link Berita)

    Yang tidak bestnya, segala aktiviti bisnes juga turut terganggu kerana saya tidak dapat mengakses emel utama kami. Jika anda ada menghantar emel kepada kami/ECM dalam tempoh 24 jam yang lepas, sila hantar semula ke saudagar@saudagar.com.my

    Kepada yang mempunyai alamat emel GMail personal saya, jangan gunakan alamat tersebut lagi. Gunakan saudagar@saudagar.com.my buat masa ini dahulu, sehingga saya create emel peribadi yang lain (berikan masa kerana saya perlu tukar password di banyak akaun)

    Itu sahaja pengumumuman dari saya, terima kasih! :)

    Sabri

    p/s: Update: Setelah berjaya regain akses ke Facebook saya malam semalam dan menukar semua informasi berkaitan, hacker tersebut telah bertindak balas dengan report kepada FB bahawa saya pula adalah hackernya. ;) Jadi akaun saya telah “disabled” oleh Facebook. Jadi menurut link di atas, penjenayah tersebut mungkin juga menggunakan FB untuk “chat” dengan anda meminta anda menghantarkan wang. AWAS! Saya amat sangat jarang chat di FB jika anda pernah cuba untuk chat dengan saya sebelum ini. Jadi abaikan.


    10 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • SaifulSham.com Kena Hack Dengan Budak Nakal Lagi?
  • Akaun Simpanan Maybank Singapura
  • ClickBank Telah Menerima Permohonan Akaun Rakyat Malaysia!
  • Ada satu kisah….

    Ada sebuah kisah,

    Seorang bapa dan anaknya ingin keluar bersiar dengan seekor unta kepunyaan mereka. Si anak menyuruh bapanya menaiki unta kerana merasakan perlu menghormati bapanya yang lebih tua. Jadi si anaknya berjalan beriringan dengan unta yang membawa bapanya.

    Dipertengahan jalan, ada seorang menegur, “Kesian anak ini berjalan. Seharusnya si anak yang kecil ini menunggang unta. Beliau tentu keletihan”.

    Si bapa yang merasa bersalah, lantas turun menyuruh anaknya pula menaiki unta itu sambil beliau pula jalan beriringan dengan unta itu.

    Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang datang menegur, “Kesian bapamu yang tua ini dibiarkan berjalan. Seharusnya bapa mu yang tua ini menunggang unta. Beliau tentu tidak larat”

    Si anak pula merasa bersalah lantas memberitahu bapanya, “Macam mana ni bapak?”

    Bapanya lantas berkata, “Takpelah, kita berdua naik unta ini” Anaknya bersetuju.

    Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang lagi datang menegur, “Ish..ish..ish…kesian unta korang naik berdua diatasnya”

    Bapa dan anak tadi pun turun dan mereka berdua sepakat untuk berjalan bersama-sama dengan mengiringi unta tanpa menaikinya.

    Dipertengahan jalan seterusnya, ada seorang lagi datang menegur,
    “Ish..ish…ish….apa gunanya unta kalau tak dinaiki”

    Bapa tadi kemudian memberitahu anaknya, “Lihatlah anakku, walau setiap apa tindakan kita, sudah tentu ada orang yang tidak bersetuju”

    ==================================================

    Pada saya kesimpulan dari cerita ini dari sudut bisnes adalah, kita akan bertemu dengan setiap jenis manusia yang tidak akan berpuas hati walau dengan apa jua tindakan kita. Walaupun dari sudut akal kita fikir kita sudah membuat yang terbaik dan tidak menyalahi mana-mana hukum atau undang-undang.

    Kita jangan takut untuk menerima komen-komen orang yang tidak menyukai kita. Antara sifat takut usahawan yang baru menceburi sesuatu bidang adalah kerana terlalu memikirkan komen orang yang tidak menyukai anda. Akibatnya, ramai usahawan tadi tersangkut dalam situasi serba salah.

    Mereka berfikiran, jika mereka buat A, nanti orang kata B. Kalau buat B, orang kata C. Dan seterusnya tanpa kesudahan.

    Jadi, saya pasti anda mendapat pengajaran berguna dalam cerita diatas. Buat sahaja tindakan yang dirasakan tepat tanpa terlalu mempedulikan perihal orang yang bercakap tentang kita.

    Sekian,
    Wan Syazwan


    4 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Terbongkar, Usahawan Kampus Ambil Steroid!
  • Saya ingin menjadi jutawan!
  • Tips menjual beribu-ribu lemon
  • Pasaran tersendiri

    Salam pembaca,
    Setahun lalu, saya & Sabri membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dan bergerak secara entiti berasingan iaitu saya menguruskan perniagaan produk fizikal & Sabri akan memulakan secara serius perniagaan internet berasaskan produk digital.

    Keputusan kami pada waktu itu adalah kerana berasaskan SaifulSham sudah agak strong dengan produk fizikal & mahu melihat SaifulSham mencuba bidang baru iaitu produk digital. Berpisah pada kami adalah berpisah operasi sahaja sedangkan kami masih sebumbung dibawah nama SaifulSham. Maknanya jumlah share masih dipegang 50-50.

    Selepas setahun berlalu, saya dapat melihat bahawa, kami memang terlalu strong dalam bidang fizikal dan adalah amat sukar untuk kami membina nama dalam bidang digital. Sebelum ini, saya berfikir adalah lebih baik jika kami dikenali dan kuat dalam kedua-dua jenis perniagaan ini.

    Kenyataan ini bersandarkan beberapa fakta iaitu kami sudah mempunyai subscriber agent yang ramai serta jumlah jualan yang menjangkau melebihi jualan produk digital.

    Walaupun begitu, Saya mungkin tidak boleh menilai sekarang (kerana baru setahun mencuba secara serius bidang digital) tetapi jika mengikut keadaan semasa, saya mendapati kami mungkin sudah ditakdirkan untuk menjual produk fizikal. Hahaha.

    Pengembangan kami dalam bidang digital sememangnya berkembang tetapi pada kadar yang tidak sepantas pengembangan produk digital. (Mungkin Sabri sebenarnya memberi isyarat kepada saya untuk menambah modal bagi projek produk digital, hahaha…jangan marah ye Sabri).

    Akan tetapi, apabila saya melihat kembali, benarlah, setiap orang mempunyai pasaran tersendiri. Setiap orang ada kekuatan bidang masing-masing. Selalunya, apabila kita ingin mencuba sesuatu bidang baru, maka akan banyak faktor yang perlu diteliti iaitu kepakaran, kos, serta masa untuk membolehkan kita menguasai bidang yang baru diceburi.

    Pengalaman 5 tahun dalam perniagaan produk fizikal memang tidak boleh melawan pengalaman setahun jagung produk digital. Kadangkala (atau mungkin lebih tepat, pada kebanyakan masa) kita tidak perlu cuba untuk menguasai semua bidang, cukuplah memperkasakan bidang yang kita sudah sedia pakar. Sebab, bidang yang kita sedia pakar masih banyak ruang yang boleh dilakukan penambahbaikan.

    Sebagai contoh, jika dahulu kami hanya menjual produk fizikal melalui rumah (tiada store), sekarang SaifulSham sudah mempunyai kedai sendiri. Dan pada masa sekarang, kami sudahpun membina servis dropship sendiri.

    Semua ini adalah proses penambahbaikan bagi kepakaran sedia ada kami dalam produk fizikal.

    Pada hemat saya, jikalah SaifulSham ingin menceburi bidang yang diluar kepakaran kami pada masa hadapan, kami memerlukan rakan kongsi baru yang sedia pakar dalam bidang tersebut dan kami mungkin lebih menyumbangkan modal dan perkara lain yang tidak memerlukan kami menghabiskan terlalu banyak masa untuk memajukan sesuatu bidang baru.

    Sebabnya, dengan adanya saya dan Sabri sahaja, adalah tidak mungkin untuk kami menghabiskan masa terlalu lama untuk bidang baru sedangkan bidang sedia ada kami masih memerlukan pemerhatian kami.

    Oleh itu, saya merasakan untuk usahawan sama internet ataupun usahawan apa sekalipun, anda perlu menanam keyakinan bahawa bidang yang anda ceburi mempunyai market dan tidak perlu terlalu ghairah mengejar semua bidang market.

    Jika anda merasakan anda mempunyai potensi dalam bidang affiliate, anda fokuskan untuk memperbaiki usaha anda dalam bidang itu. Pedulikan dahulu jika ada orang lain yang menurut kata mereka lebih lebih mengatakan bidang mereka lebih lumayan.

    Sebenarnya mana-mana bidang pun lumayan jika kita berusaha dengan sungguh-sungguh. Tak gitu ke?

    Cuma, anda perlu menilai sejauh mana bidang yang anda ceburi itu benar-benar membawa hasil. Mungkin setiap 3 bulan atau setiap 6 bulan anda boleh membuat penilaian.

    Dari situ anda akan tahu, bidang yang anda ceburi mempunyai permintaan tersendiri. Memang ada diakui, ada bidang yang berisiko tinggi atau permintaannya lambat. Tetapi, jika kita nekad (disamping dengan resouce lain yang mencukupi), saya tidak nampak kita akan gagal dalam bidang itu.

    Sekian,
    Wan Syazwan


    11 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Apa Yang Membuatkan Setiap Usahawan Berbeza: The Reason Why
  • Apa Syazwan & Sabri buat?
  • Tudung Wardina & Tudung Siti Nurhaliza
  • Selamat Hari Raya AidilAdha & Idea produk

    Salam sejahtera,
    Minggu ini mungkin minggu yang paling tidak produktif bagi semua orang memandangkan esok adalah hari raya AidilAdha dan kebetulan jatuh pada hari Jumaat, sudah pasti ramai yang akan mengambil cuti sedikit lama. Maka, sudah tentu keadaan di pejabat mahupun premis perniagaan agak lenggang.

    Dikesempatan inilah, saya mewakili Team SaifulSham ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat pembaca beragama Islam. Saya sendiri akan pulang ke Kota Bharu malam ini. Kalau sesiapa naik FireFlyz malam ni, bolehlah kita lepak minum sama-sama di Subang Airport. (bosan balik sorang-sorang)

    Baiklah, seperti dalam email saya kepada semua subscriber SaifulSham, saya akan bertolak ke China pada 1 December ini dan salah satu tujuan saya adalah untuk membuat pembelian produk yang berpotensi untuk dibawa masuk secara bulk di Malaysia. Tidak semestinya berpotensi untuk di jual di dalam negara sahaja tetapi boleh dijual ke luar negara.

    Sebelum kedai luar negara saya beroperasi (dijangka selepas Tahun Baru Cina), saya memerlukan idea bernas dari buah fikiran pembaca SaifulSham untuk memberikan idea-idea menarik.

    Sesiapa yang mampu berikan idea produk berpotensi menarik, sudah pasti saya berjanji akan membawanya bersama-sama saya ke luar negara pada masa akan datang untuk ke kilang barangan tersebut dan juga ke kedai SaifulSham di luar negara.

    Berikan komen anda dibawah atau kalau anda rasakan idea anda itu terlalu rahsia, email sahaja kepada saya di wansyazwan(at)yahoo.com.

    Idea produk yang diperlukan saya adalah produk yang mempunyai permintaan tinggi tetapi kurang pesaing. Hehe…

    Sekian,
    Wan Syazwan


    5 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Selamat Hari Raya Moga Panjang Umur Murah Rezeki
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Warga SaifulSham
  • Selamat Hari Raya Buat Semua Pembaca SaifulSham

  • Video & Audio Comments are proudly powered by Riffly