Header
Home | Set as homepage | Add to favorites Log in - Register now (free)
  Search the Site     » Advanced Search
Sections
Archive
Mo Tu We Th Fr Sa Su
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031
Syndication
Newsletter



Peluang Perniagaan Untuk Direbut Usahawan Malaysia

Feb 15,2007 by Apprentice SaifulSham

image
Anda pasti teruja pada topik ini. Bunyinya agak menarik dan setidak-tidaknya mampu mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri anda, bukankah begitu!! Baiklah, topik kali ini akan menjadi asas sokongan pada topik-topik seterusnya. Kerana selepas ini saya akan menumpukan pada topik berkaitan bisnes dan peluangnya yang dapat diadaptasi oleh kita; suka saya tujukan pada sesiapa sahaja yang punya keinginan dan kemahuan untuk melakukan sebarang bisnes. Saya akan perkecilkan fokus pada tiap-tiap topik selepas ini supaya anda mendapat gambaran secara ‘step by step’ dalam apa yang saya perkatakan.

Ungkapan “Malaysia untuk dijual” ini pernah dilaungkan PM beberapa waktu dulu. Apakah maknanya? Ia adalah bermaksud kita harus menjadikan negara ini sebagai satu lubuk emas dalam perniagaan. Kita harus menjadikan kita sebagai sesuatu yang boleh ditawarkan kepada orang lain. Ia memberikan gambaran bahawa kita perlu punyai nilai-nilai komersial. Kita harus sedar bahawa

Malaysia mempunyai penawaran yang begitu lumayan
dalam dunia perniagaan. Kita boleh dikatakan cukup lengkap dari pelbagai aspek. Saya akan jelaskan satu persatu, kalau tidak banyak pun secara sedikit bahawa MENGAPA KITA HARUS DIJUAL.

Pertama; GEOGRAFI
Malaysia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan dunia barat dan timur. Oleh itu, kita mempunyai 2 (Klang dan Tanjong Pelepas) laluan perdagangan yang terletak pada 10 laluan perdagangan utama dunia.Adalah rugi bagi rakyat Malaysia yang tidak berminat pada perniagaan antarabangsa kerana sudah jelas kita punyai kelebihan.

Kedua; POLITIK
Asas politik yang kukuh sejak sekian lama. Tidak banyak negara mempunyai sistem politik yang ampuh seperti dinikmati Malaysia. Ia suatu kondisi yang menjadikan kita mesra perniagaan.

Ketiga; PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kita setaraf dengan dunia barat. Lihat sahajalah SPM yang diduduki pelajar-pelajar kita. Tahukah kita bahawa ia adalah antara peperiksaan paling susah dalam pendidikan di mana-mana tempat di dunia. Ini memberikan kita sebagai insan yang berpelajaran tinggi, dan ini amat penting dalam dunia bisnes.

Keempat; KOS
Kita masih dalam lingkungan negara-negara yang menawarkan kos rendah walaupun kita mungkin ketinggalan kepada China dan India. Tetapi kita punyai aspek-aspek lain yang susah ditandingi oleh negara tersebut dan mungkin memerlukan masa untuk mengatasi kita.

Kelima; PRO-PERNIAGAAN
Dasar kita yang pro-perniagaan ini sudah banyak diakui oleh pelabur-pelabur baik tempatan ataupun luar. Perlu diingatkan, dasar kita tidak menyekat sebarang pengembangan perniagaan malahan kekayaan negara boleh dikaut sebanyak mungkin atas kemampuan dan kesungguhan kita.

Jelas dengan faktor-faktor dijelaskan, saya tidak melihat dan faham mengapa ada lagi dikalangan kita miskin di negara sendiri. Dan sedikitpun tidak patut wujud sebarang bentuk pengangguran jika kita bijak memahami ungkapan sebenar “Malaysia untuk dijual”.

Saya ingin meminjam kata-kata seorang ungkapan seorang pakar kewangan negara;

“Hidup di Malaysia adalah suatu merugikan jika kita tidak kaya”

2617 times read

Related news

No matching news for this article
Did you enjoy this article?
Rating: 3.31Rating: 3.31Rating: 3.31Rating: 3.31 (total 13 votes)

comment Comments (0 posted) 

Anda digalakkan menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau disebarkan melalui emel kerana ia akan menggalakkan perkembangan industri perniagaan internet negara, dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.

Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my.

More Top News
Adsense Secrets| Buat Duit Dengan Adsense
Internet Business Tips | Tips Perniagaan Internet
Property & Real Estates | Hartanah
Business Opportunity | Peluang Perniagaan
Affiliate Marketing | Pemasaran Affiliate
Viral Marketing | Pemasaran Viral
Most Popular
Most Commented
Featured Author

Sabri Hassan A.

image
Chief Operating Officer SaifulSham Consultants