Pernahkah anda terfikir pada suatu masa nanti anda ingin menjadi
usahawan? Saya pasti jawapan yang akan keluar dari mulut anda ada 3
sahaja;
1) Ya,tapi mungkin bila nak bersara atau selepas bersara.
2) Memang tapi kena makan gaji dulu,ambil pengalaman!!.
3) Ooh,tidak; aku bukanlah orang yang gilakan duit, aku lebih utamakan kebahagiaan hidup.
Realitinya, itulah 3 jawapan yang sering terpacul
di mulut kita, suka saya tujukan kepada mahasiswa-mahasiswa masa kini
kerana golongan inilah yang akan menguasai negara dalam 20,30 tahun
lagi.Tempoh itu sebenarnya tidak lama, pejam celik dah bertambah umur
kita. Kenapa begitu?Lihat sajalah angka penganguran ketika ini, amat
dasyhat bukan!!Pengalaman yang saya dan saya percaya anda semua juga
alami menceritakan betapa kini nilai segenggam ijazah hanya pada dakwat yang tertulis di atas kertas!
Jika
10,20 tahun dulu, masuk universiti bermakna kecohlah sekampung dan
ramailah orang-orang tua yang merisik gerangan anak teruna@dara
siapakah itu?Elok benar dijadikan menantu!!Bukan itu saja, siap kenduri
seekor lembu lagi!!
Dulu, masuk U bermakna peluang pekerjaan sudah pasti
dalam tangan. Lepas grad, anda mampu bekerja di sektor awam@swasta
dengan mudah.Ingin saya kongsi sedikit pengalaman bapa saya sewaktu
bergelar graduan akauntansi pada awal 80-an bahawa mudahnya ketika itu
mendapat pekerjaan. Masakan tidak, sewaktu diinterview, bapa saya
adalah dari 3 calon untuk 2 jawatan akauntan yang
ditawarkan.Waaah!!Mudah bukan!! Itu cerita 80-an.Kini 1 jawatan pun
paling tidak 100 orang merebutnya!!Matilah kita, mana mahu cari
duit?!!Baiklah, cuba fikir sejenak,kenapa ini terjadi?
Satu
kajian yang saya dapati, memang banyak faktornya tetapi kalau nak
dibincangkan semuanya, ia tidak mampu menyelesaikan masalah. Perlu
diingat, masalah hanya mampu diselesaikan apabila kita sendiri berusaha
menyelesaikannya, bukanlah mengharapkan pada orang lain mengambil berat
dan menyelesaikan masalah anda.Tidak sama sekali. Kita harus berpijak
pada bunyi nyata.
Kali ini saya akan menyentuh pada 1 sahaja
faktor.Kenapa?Bagaimana dengan faktor-faktor lain? Jawapannya mudah
saja, dengarkan jawapan selepas ini. Anda pasti mengiyakannya,
percayalah. Bersediakah untuk jawapanya.Nahh!!ia adalah “sikap dan mentaliti”.
Saya gabungkan 2 perkataan berbeza ini kerana ia saling mengait antara
satu sama lain. Apabila sikap adalah sekian-sekian, ia akan memandu
mentaliti anda!!Senang cerita begini; seseorang yang sikapnya rajin
berusaha, mentalitinya adalah sentiasa optimis ke depan. Begitu juga
sebaliknya.
Jawapan saya ini bukanlah saya syok sendiri atau
menjawab membuta tuli. Tapi ia adalah dari pengalaman dan kajian yang
saya perolehi, bukan sedikit tapi banyak. Kebanyakannya anda sendiri
sudah biasa mendengarnya. Dan saya berani mempertahankan jawapan saya
ini. Baiklah, mari kita teliti apa yang dimaksudkan dengan “sikap dan
mentaliti”.
Perlu saya tekankan, saya akan menggunakan bahasa mudah
tetapi dalam kualiti penerimaan yang dapat diterima anda. Tidak guna
saya menulis ibarat seorang pakar ekonomi tetapi pembaca tergaru-garu
kepala. Itulah yang sering dialami saya jika membaca buku atau artikel
yang dikarang oleh penulis yang pakar. Oleh kerana bahasa terlalu
melebihi pemikiran orang biasa, mesej tidak sampai.Lebih baik tutup
buku dan tidur!!
Baiklah, cuba anda kaji diri anda. Saya akan memberikan 2 kategori pada anda;
1) Sesiapa yang umur menjangkau 30-an atau suda mempunyai kerjaya,
apakah pilihan anda sewaktu mencari kerja dahulu?Adakah anda makan gaji
sehingga saat artikel ini ditulis?
2) Sesiapa yang masih bergelar mahasiswa, apa cita-cita dan arah tuju
yang telah dirancang?Apakah anda mengharapkan pekerjaan mencari anda?
Haha, sebenarnya tidak ada beza 2 kategori ini,
kerana akan peroleh jawapan yang sama. Jika anda dari kategori 1;sudah
pasti anda sedang bekerja makan gaji dan jika anda dari kategori 2;
anda inginkan kerja mencari anda! Bilangan orang seperti ini bukan sedikit tetapi mewakili jumlah majoriti!!Kebanyakan
orang Malaysia adalah jenis mencari kerja bukan mewujudkan kerja. Ia
tidak lain adalah berkait dengan “sikap dan mentaliti”.
Sikap
orang kita yang lebih suka menerima suapan (bantuan) kerajaan
sepenuhnya menyebabkan kita menjadi terlalu manja. Apakah sikap yang
tertanam ini menjadi rutin kita, ia akan menyebabkan mentaliti kita
berada di belakang rakyat negara-negara maju. Baiklah, jika tidak
percaya mari kita lihat bersama-sama apa yang akan didedahkan saya
sebentar lagi. Jangan pejamkan mata anda kerana sebentar lagi anda akan
tahu kenapa saya mengajukan persoalan “sikap dan mentaliti”.
Baru sahaja pendedahan yang dibuat PTPTN
baru-baru ini sebenarnya cukup menceritakan segala-segalanya. Sikap
kita yang sentiasa disuap menyebabkan mentaliti kita berfikir pinjaman
tidak harus dibayar atau kita culas membayar pinjaman. Sehinggakan PTPTN terpaksa meminjam wang dari KWSP untuk pengajian pelajar-pelajar baru. Dan saya percaya, pelajar-pelajar baru ini pun akan turut serta dalam menambah beban PTPTN pada masa datang.
Yalah, jika sekarang PTPTN membelanjakn RM 7 bilion sepanjang penubuhannya, dalam 5 tahun lagi sudah pasti PTPTN
harus memikirkan sesuatu dengan nilai bebanan yang makin bertambah
tetapi nilai bayaran balik yang diterima tidak setimpal. Sedih
bukan!Tetapi jawapannya sekali lagi pada diri anda!Kita tahu jawapannya
tetapi seperti biasa “sikap dan mentaliti” orang kita menjadikan kita
mengambil semua perkara dengan mudah!
Fikir,fikir,fikirkan!