Mukhriz Mahathir Usahawan Terbilang Negara
Hai, agak lama saya tidak menulis diruangan ini, maaf atas kesulitan
yang timbul, kami berada dalam minggu peperiksaan, maka kami tidak
sempat menyiapkan artikel-artikel baru.
Bagaimanapun, Saifulsham.com
tetap untuk satu jangka masa panjang dan kami berazam tidak akan
berkubur. Bagi membuktikan visi kami, kami sedang menyiapkan e-book
khas yang akan disediakan secara percuma. E-book ini adalah pertama
seumpamanya di Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh kami.
Ia dijangka
disiapkan dalam beberapa bulan lag. Jadi, nantikan kemunculannya!
Baiklah, akhirnya artikel identiti korporat sudah sampai pada episod
akhir. Saya akan bawakan seorang tokoh korporat muda yang sedang
meningkat naik, Dato’ Mukhriz Mahathir, anak kepada bekas Perdana
Menteri, Tun Mahathir.
Walaupun beliau tidaklah sehebat Syed Mokhtar
al-Bukhari/Lim Goh Tong (rujuk isu lepas), tetapi kisahnya menarik
perhatian saya untuk dikongsi bersama anda. Ketika artikel ini ditulis,
aset perniagaan beliau adalah sekitar RM200 juta.
Tetapi jangan lupa~anak kepada Tun Mahatihir ini sebenarnya pada awalnya tidak menyukai bidang perniagaan.
Pada ketika ingin melanjutkan pelajaran, beliau sebenarnya telah
dipaksa bapanya untuk mengambil jurusan perniagaan di Jepun.
Walaupun
boleh dikatakan Tun Mahathir pada ketika itu memandang dasar ke timur
tetapi Tun Mahathir sendiri merasakan pentingnya anaknya dilengkapkan
dengan ilmu bisnes. Sehingga hari ini, Mukhriz amat berterima kasih
pada bapanya walaupun pada ketika dulu beliau dipaksa mempelajari
bisnes. Mukhriz pernah berkata ”Memang pada dasarnya saya dipaksa oleh bapa saya tetapi perlahan-lahan
saya sendiri menyukai dan menyedari kepentingannya bukan sahaja kepada
diri saya malahan lebih kepada kepentingan negara.
SaifulSham.com sempat mencatatkan 2
aset penting Mukhriz ketika ini; Syarikat Opcom- syarikat pembuat
semikonduktor terbesar di Malaysia dan Bioven – syarikat berasaskan
bioteknologi. Pada saya, apa yang menjadikan beliau menarik
ialah jika dahulu mungkin beliau membenci bidang bisnes dan mungkin
berhabisan ratusan ribu ringgit bagi menampung perbelanjaan
pelajarannya itu tetapi nilai ratusan ribu itu kini telah menjadi aset sebesar RM 200juta.
Berani saya katakan, hanya bidang bisnes sahaja mampu mencapai nilai itu. Faedahnya sudah tentu pada Malaysia sendiri.
Kesimpulannya, tidak semestinya anda benci dan tidak menyukai bisnes, maka anda tidak boleh berjaya dalam bidang itu.
Mukhriz
telah mebuktikannya! Bagi mereka yang seperti Mukhriz pada zaman
mudanya dulu, cubalah belajar meminati bisnes. Anda mesti mencuba!
tetapi dengan bagaimana? Saya cadangkan anda bermula secara asas;
membaca artikel-artikel bisnes yang mudah difahami.
Contohnya; ruangan
ekonomi dalam akhbar, cuba baca sekurang-kurangnya satu artikel sehari.
Perlahan-lahan anda akan meminati bisnes. Percayalah!
2297 times read
|
Related news
|
| No matching news for this article |
|
Did you enjoy this article?
   (total 43 votes)
|
Anda digalakkan menggunakan artikel ini untuk blog, laman web
atau disebarkan melalui emel kerana ia akan menggalakkan perkembangan industri perniagaan internet negara, dengan syarat anda TIDAK mengubah
artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.
Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah
meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai
satu isi emel, sila forwardkan kepada
saudagar-at-saudagar.com.my.