|
Mukhriz Mahathir Usahawan Terbilang Negara
Feb 17,2007 00:00
by
syazwan
Hai, agak lama saya tidak menulis diruangan ini, maaf atas kesulitan yang timbul, kami berada dalam minggu peperiksaan, maka kami tidak sempat menyiapkan artikel-artikel baru. Bagaimanapun, Saifulsham.com tetap untuk satu jangka masa panjang dan kami berazam tidak akan berkubur. Bagi membuktikan visi kami, kami sedang menyiapkan e-book khas yang akan disediakan secara percuma. E-book ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh kami. Ia dijangka disiapkan dalam beberapa bulan lag. Jadi, nantikan kemunculannya! Baiklah, akhirnya artikel identiti korporat sudah sampai pada episod akhir. Saya akan bawakan seorang tokoh korporat muda yang sedang meningkat naik, Dato’ Mukhriz Mahathir, anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Walaupun beliau tidaklah sehebat Syed Mokhtar al-Bukhari/Lim Goh Tong (rujuk isu lepas), tetapi kisahnya menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama anda. Ketika artikel ini ditulis, aset perniagaan beliau adalah sekitar RM200 juta. Tetapi jangan lupa~anak kepada Tun Mahatihir ini sebenarnya pada awalnya tidak menyukai bidang perniagaan. Pada ketika ingin melanjutkan pelajaran, beliau sebenarnya telah dipaksa bapanya untuk mengambil jurusan perniagaan di Jepun. Walaupun boleh dikatakan Tun Mahathir pada ketika itu memandang dasar ke timur tetapi Tun Mahathir sendiri merasakan pentingnya anaknya dilengkapkan dengan ilmu bisnes. Sehingga hari ini, Mukhriz amat berterima kasih pada bapanya walaupun pada ketika dulu beliau dipaksa mempelajari bisnes. Mukhriz pernah berkata ”Memang pada dasarnya saya dipaksa oleh bapa saya tetapi perlahan-lahan saya sendiri menyukai dan menyedari kepentingannya bukan sahaja kepada diri saya malahan lebih kepada kepentingan negara. SaifulSham.com sempat mencatatkan 2 aset penting Mukhriz ketika ini; Syarikat Opcom- syarikat pembuat semikonduktor terbesar di Malaysia dan Bioven – syarikat berasaskan bioteknologi. Pada saya, apa yang menjadikan beliau menarik ialah jika dahulu mungkin beliau membenci bidang bisnes dan mungkin berhabisan ratusan ribu ringgit bagi menampung perbelanjaan pelajarannya itu tetapi nilai ratusan ribu itu kini telah menjadi aset sebesar RM 200juta. Berani saya katakan, hanya bidang bisnes sahaja mampu mencapai nilai itu. Faedahnya sudah tentu pada Malaysia sendiri. Kesimpulannya, tidak semestinya anda benci dan tidak menyukai bisnes, maka anda tidak boleh berjaya dalam bidang itu. Mukhriz telah mebuktikannya! Bagi mereka yang seperti Mukhriz pada zaman mudanya dulu, cubalah belajar meminati bisnes. Anda mesti mencuba! tetapi dengan bagaimana? Saya cadangkan anda bermula secara asas; membaca artikel-artikel bisnes yang mudah difahami. Contohnya; ruangan ekonomi dalam akhbar, cuba baca sekurang-kurangnya satu artikel sehari. Perlahan-lahan anda akan meminati bisnes. Percayalah! |