Penyelesaian Masalah Graduan Menganggur
Feb 16,2007 00:00 by syazwan

Pernahkah anda terfikir pada suatu masa nanti anda ingin menjadi usahawan? Saya pasti jawapan yang akan keluar dari mulut anda ada 3 sahaja;


    1) Ya,tapi mungkin bila nak bersara atau selepas bersara.
    2) Memang tapi kena makan gaji dulu,ambil pengalaman!!.
    3) Ooh,tidak; aku bukanlah orang yang gilakan duit, aku lebih utamakan kebahagiaan hidup.

Realitinya, itulah 3 jawapan yang sering terpacul di mulut kita, suka saya tujukan kepada mahasiswa-mahasiswa masa kini kerana golongan inilah yang akan menguasai negara dalam 20,30 tahun lagi.Tempoh itu sebenarnya tidak lama, pejam celik dah bertambah umur kita. Kenapa begitu?Lihat sajalah angka penganguran ketika ini, amat dasyhat bukan!!Pengalaman yang saya dan saya percaya anda semua juga alami menceritakan betapa kini nilai segenggam ijazah hanya pada dakwat yang tertulis di atas kertas!

Jika 10,20 tahun dulu, masuk universiti bermakna kecohlah sekampung dan ramailah orang-orang tua yang merisik gerangan anak teruna@dara siapakah itu?Elok benar dijadikan menantu!!Bukan itu saja, siap kenduri seekor lembu lagi!!

Dulu, masuk U bermakna peluang pekerjaan sudah pasti dalam tangan. Lepas grad, anda mampu bekerja di sektor awam@swasta dengan mudah.Ingin saya kongsi sedikit pengalaman bapa saya sewaktu bergelar graduan akauntansi pada awal 80-an bahawa mudahnya ketika itu mendapat pekerjaan. Masakan tidak, sewaktu diinterview, bapa saya adalah dari 3 calon untuk 2 jawatan akauntan yang ditawarkan.Waaah!!Mudah bukan!! Itu cerita 80-an.Kini 1 jawatan pun paling tidak 100 orang merebutnya!!Matilah kita, mana mahu cari duit?!!Baiklah, cuba fikir sejenak,kenapa ini terjadi?

Satu kajian yang saya dapati, memang banyak faktornya tetapi kalau nak dibincangkan semuanya, ia tidak mampu menyelesaikan masalah. Perlu diingat, masalah hanya mampu diselesaikan apabila kita sendiri berusaha menyelesaikannya, bukanlah mengharapkan pada orang lain mengambil berat dan menyelesaikan masalah anda.Tidak sama sekali. Kita harus berpijak pada bunyi nyata.

Kali ini saya akan menyentuh pada 1 sahaja faktor.Kenapa?Bagaimana dengan faktor-faktor lain? Jawapannya mudah saja, dengarkan jawapan selepas ini. Anda pasti mengiyakannya, percayalah. Bersediakah untuk jawapanya.Nahh!!ia adalah “sikap dan mentaliti”. Saya gabungkan 2 perkataan berbeza ini kerana ia saling mengait antara satu sama lain. Apabila sikap adalah sekian-sekian, ia akan memandu mentaliti anda!!Senang cerita begini; seseorang yang sikapnya rajin berusaha, mentalitinya adalah sentiasa optimis ke depan. Begitu juga sebaliknya.

Jawapan saya ini bukanlah saya syok sendiri atau menjawab membuta tuli. Tapi ia adalah dari pengalaman dan kajian yang saya perolehi, bukan sedikit tapi banyak. Kebanyakannya anda sendiri sudah biasa mendengarnya. Dan saya berani mempertahankan jawapan saya ini. Baiklah, mari kita teliti apa yang dimaksudkan dengan “sikap dan mentaliti”.

Perlu saya tekankan, saya akan menggunakan bahasa mudah tetapi dalam kualiti penerimaan yang dapat diterima anda. Tidak guna saya menulis ibarat seorang pakar ekonomi tetapi pembaca tergaru-garu kepala. Itulah yang sering dialami saya jika membaca buku atau artikel yang dikarang oleh penulis yang pakar. Oleh kerana bahasa terlalu melebihi pemikiran orang biasa, mesej tidak sampai.Lebih baik tutup buku dan tidur!!

Baiklah, cuba anda kaji diri anda. Saya akan memberikan 2 kategori pada anda;


    1) Sesiapa yang umur menjangkau 30-an atau suda mempunyai kerjaya, apakah pilihan anda sewaktu mencari kerja dahulu?Adakah anda makan gaji sehingga saat artikel ini ditulis?
    2) Sesiapa yang masih bergelar mahasiswa, apa cita-cita dan arah tuju yang telah dirancang?Apakah anda mengharapkan pekerjaan mencari anda?

Haha, sebenarnya tidak ada beza 2 kategori ini, kerana akan peroleh jawapan yang sama. Jika anda dari kategori 1;sudah pasti anda sedang bekerja makan gaji dan jika anda dari kategori 2; anda inginkan kerja mencari anda! Bilangan orang seperti ini bukan sedikit tetapi mewakili jumlah majoriti!!Kebanyakan orang Malaysia adalah jenis mencari kerja bukan mewujudkan kerja. Ia tidak lain adalah berkait dengan “sikap dan mentaliti”.

Sikap orang kita yang lebih suka menerima suapan (bantuan) kerajaan sepenuhnya menyebabkan kita menjadi terlalu manja. Apakah sikap yang tertanam ini menjadi rutin kita, ia akan menyebabkan mentaliti kita berada di belakang rakyat negara-negara maju. Baiklah, jika tidak percaya mari kita lihat bersama-sama apa yang akan didedahkan saya sebentar lagi. Jangan pejamkan mata anda kerana sebentar lagi anda akan tahu kenapa saya mengajukan persoalan “sikap dan mentaliti”.

Baru sahaja pendedahan yang dibuat PTPTN baru-baru ini sebenarnya cukup menceritakan segala-segalanya. Sikap kita yang sentiasa disuap menyebabkan mentaliti kita berfikir pinjaman tidak harus dibayar atau kita culas membayar pinjaman. Sehinggakan PTPTN terpaksa meminjam wang dari KWSP untuk pengajian pelajar-pelajar baru. Dan saya percaya, pelajar-pelajar baru ini pun akan turut serta dalam menambah beban PTPTN pada masa datang.

Yalah, jika sekarang PTPTN membelanjakn RM 7 bilion sepanjang penubuhannya, dalam 5 tahun lagi sudah pasti PTPTN harus memikirkan sesuatu dengan nilai bebanan yang makin bertambah tetapi nilai bayaran balik yang diterima tidak setimpal. Sedih bukan!Tetapi jawapannya sekali lagi pada diri anda!Kita tahu jawapannya tetapi seperti biasa “sikap dan mentaliti” orang kita menjadikan kita mengambil semua perkara dengan mudah!
Fikir,fikir,fikirkan!