|
Hartanah: Apakah pelaburan paling
lumayan dalam hartanah?
Syazwan, "Prince of
Property"
Team SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com
" Tidak semua
pelaburan hartanah boleh mendatangkan pulangan lumayan, tetapi
ada caranya....."
I'm home...
Selepas 3 hari saya berada di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan
beberapa urusan projek terbaru SaifulSham, saya akhirnya dapat
juga menulis sesuatu.
(Disana, saya tidak berkesempatan untuk melayari internet ;( )
Apapun, yang paling pentingnya, saya berpeluang mempelajari
selok belok pelaburan hartanah dari bapa saya yang turut bersama
saya ke Kuala Lumpur.
Ok...baiklah;
Hari ini, saya akan berkongsikan pengalaman saya belajar
pelaburan hartanah. Tetapi sebelum itu, saya kira ada baiknya
saya memberitahu anda, mengapa saya berani bercakap tentang
pelaburan hartanah;
Mempunyai pelaburan hartanah
Sebenarnya, saya tidak mahu mendedahkan apa-apa jumlah pelaburan,
tetapi saya bersedia bercerita jika itu kemahuan sesetengah
pembaca SaifulSham.
Baiklah, pelaburan saya tidaklah sebesar jumlah yang dilaburkan
bapa saya, dan saya memahami jika saya tidak layak untuk
bercakap mengenai hartanah.
|
Tetapi, saya
ingin memberitahu anda bahawa, isi kandungan yang
dicakapkan saya mengenai hartanah bukan direka dan
dicedok oleh saya, tetapi saya berkongsi apa yang bapa
saya lakukan dalam pelaburan hartanah.
|
(Anda ingin bapa saya sendiri menulis di SaifulSham mengenai
hartanah, mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana beliau
mahu membuka e-mail pun bertanyakan saya berulang-ulang kali,
jadi saya secara tidak langsung menjadi wakilnya)
Tujuan saya melabur dalam bidang hartanah adalah untuk mendapat
pengalaman dan belajar dari bapa saya. Saya bukan sesuka hati
melemparkan duit kepada sesuatu pelaburan tanpa rujukan dan
petunjuk.
Pada awal, saya juga amat sayangkan duit saya yang disimpan di
bank, malah saya berat hati untuk menggunakan wang saya untuk
tujuan pelaburan hartanah. Sebabnya, pada awalnya saya tidak
nampak di mana peluang dalam bidang ini walaupun sudah lama bapa
saya menceburinya (kira-kira 11 tahun yang lalu).
Dan apabila usia saya menjangkau 18 tahun, barulah bapa saya
membuka mulut dan menanam minat kepada anaknya dalam pelaburan
hartanah.
Setiap nasihat dan pendapatnya saya kongsikannya bersama anda (ini
bukan khidmat nasihat pelaburan, hehe).
Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya:
|
"Hari ini, ramai orang
berminat untuk menceburi pelaburan hartanah kerana semua
orang tahu betapa lumayannya industri ini.
Ramai yang terlopong mulut apabila kita bercakap
mengenai keuntungan bukan 2,3 ribu..tetapi ratusan ribu
ataupun jutaan ringgit.
Tetapi ada dua perkara yang membataskan impian orang
untuk menceburinya;"
1) Modal
2) Kepakaran
|
______________________________________________________________________________
Tips Untuk Tuan Tanah
Jikalaulah......
Anda mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai modal
membangunkannya....
Anda mungkin boleh mengadakan
JV (Joint Venture)
dengan pemaju hartanah.
Selalunya, mengikut perjanjiannya, segala kos pembangunan
ditanggung pemaju (contohnya perumahan), dan keuntungan
jualannya dibahagikan antara anda dan pemaju.
Oleh sebab pemaju banyak menanngung risiko, selalunya dalam kes
ini, anda mungkin hanya dapat mengaut keuntungan
20,30 peratus
dari jualan hartanah tersebut. (Bergantung kepada perjanjian).
Tetapi anda juga harus tahu, bukan semua pemaju akan meminati
untuk membangunkan tanah anda. Ada banyak yang akan difikirkan
pemaju sebelum meneruskan hasrat memajukan tanah anda.
Jika tanah anda tidak menarik perhatiannya atas mungkin sebab
lokasi yang tidak strategik atau sebagainya, mereka mungkin
hanya meminta peratusan
keuntungan bagi pihak anda haruslah kecil sebab mereka perlu
menanggung risiko yang besar.
Dalam banyak kes, kebanyakan tanah yang tidak berpotensi (seperti
terletak jauh di pedalaman), cara dan kaedah menyimpan terus
tanah tersebut dilihat lebih baik dari menjualnya kepada pemaju
pada harga yang terlalu murah.
Mungkin anda harus menyimpan untuk tempoh masa beberapa tahun,
dan biarkan kawasan sekitarnya mengalami pertumbuhan, barulah
akan melonjakkan harganya.
NOTIS:
|
Untuk cara ini, anda memerlukan khidmat pentaksir
hartanah untuk memastikan anda tidak ditipu oleh pemaju.
Ramai orang kita begitu mudah ditipu oleh pemaju yang
menawarkan keuntungan terlalu rendah kepada kita kerana
alasan tanah anda berisiko tinggi kerana terletak di
lokasi yang tidak strategik. Berhati-hatilah dengan
taktik pemaju. |
______________________________________________________________________________
Apakah pelaburan hartanah yang paling lumayan?
Bagi bapa saya, menyewa rumah bukan pelaburan hartanah
paling lumayan kerana anda berdepan banyak risiko.
Karenah penyewa, pembaikian rumah, kenaikan harga material
bangunan membuatkan pelaburan dalam bidang sewa menyewa tidak di
hatinya.
"Tidak ramai orang tahu, ramai orang yang melabur dalam bidang
hartanah kerugian malahan jika dicakapkannya akan hartanah,
mereka akan lari sambil menutup telinga kerana begitu jelik
dengan kerugian yang dialami"
Sebabnya; Mereka melabur ditempat yang salah dan mereka menjadi bidang terjun dalam pelaburan tersebut" Sebenarnya ramai yang menjadi tuan rumah sewa. Tetapi tidak ramai yang kaya-raya. "Menyewakan sebiji rumah tidak akan menjadikan diri kita kaya, kita harus mempunyai 4,5 buah rumah disewa jika hendak duduk selesa menjadi tuan sewa." Sebab itulah, bapa saya hanya mempunyai sebuah sahaja rumah di Pasir Gudang, Johor sebagai aset pelaburan dalam bidang sewaan hartanah. Ada bidang yang lumayan dalam hartanah yang tidak diketahui ramai orang; "Melabur dalam pembangunan tanah lebih lumayan dari menyewakan rumah!!" (Akhirnya, saya bongkarkan juga dimana pelaburan lumayan bapa saya selama ini) Ini sebenarnya pemacu kejayaan bapa saya dalam hartanah. Beliau adalah land developer, bukannya tuan rumah sewa tulen. Land Development juga adalah satu cabang dalam bidang hartanah. Jadi, sudah jelas bahawa, bapa saya mempunyai cara berlainan dengan kaedah orang lain. Kalau orang lain mengatakan menyewa hartanah boleh mendatangkan nilai yang lumayan, bapa saya akan menafikannya. Tidak, untuk melabur dalam hartanah dengan ZERO risk, land development adalah bidangnya. Melabur dalam sewaan mempunyai risiko yang besar. (Sekarang saya sudahpun membongkarkan dimana bapa saya mengaut pendapatan lumayan). ______________________________________________________________________________ Ingin tahu lebih lanjut mengenai bidang land development? Baiklah, saya sudah tentu akan bercerita juga mengenainya nanti. Sebenarnya, saya berkali-kali menyuruh bapa saya menulis sesuatu mengenai bidang land development tetapi beliau tetap mengatakan "Tiada Masa". Jadi, sayalah yang akan menulis mengenainya Jadi, saya akan terus belajar mengenainya dalam 2,3 tahun ini. Dan hanya SaifulSham.com sahaja tempat saya dedahkan mengenai pelaburan hartanah paling lumayan "land development"! (Nantikan Artikel Mengenai Land Developer) Anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda. |