SaifulSham @ Work

 

SaifulSham adalah flagship 2 orang usahawan muda, Sabri & Syazwan. Mereka memulakan perniagaan internet mereka tanpa modal ketika masih menuntut di Universiti Teknologi Petronas. Kini, mereka mempunyai pelanggan dan pembekal dari pelbagai negara di seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol, Greece, United Kingdom dan juga Mesir. Perniagaan internet mereka lebih menjurus kepada penjual produk fizikal seperti gadget dan aksesori fesyen secara retail online untuk pasaran luar negara.

SaifulSham juga merupakan penulis buku bestseller business termuda Malaysia dengan buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" yang diterbitkan PTS Publications Sdn Bhd yang boleh di dapati di rangkaian kedai-kedai buku popular seluruh negara. Buku ini dianggap sebagai bahan "wajib baca" oleh sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet di Malaysia.

Mereka juga seringkali dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan muda di IPT-IPT bersama mahasiswa-mahasiswi tempatan. Kerana usia mereka yang masih muda, hampir sebaya dengan golongan sasaran, talk dan juga sesi dialog mereka sangat popular dan mudah diterima dengan hadirin.

Beberapa kali setahun, mereka juga menganjurkan Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham (RBDDI) yang memiliki prestij sebagai sebagai seminar yang menghasilkan peratusan paling tinggi alumni berjaya dalam perniagaan internet. Majoriti usahawan internet di Malaysia lahir dari seminar ini atau akan mencadangkan sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet untuk mengikutinya.

Melangkah setapak lagi ke arah merealisasikan misi dan visi SaifulSham, mereka juga telah menubuhkan EcommerceMastery.com . Pusat sehenti bagi pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan dan perkhidmatan seperti hosting dan pendaftaran domain name dalam membina laman web.

perniagaan internet

Beroperasi dari kediaman, mereka juga mempunyai virtual office di IOI Business Park, Puchong jika ada aktiviti rasmi yang memerlukan mereka ke pejabat. Jika anda ingin menjemput SaifulSham ke tempat anda, anda boleh menghubungi mereka melalui emel: saudagar@saudagar.com.my atau telefon 03-80644177.

 

SaifulSham @ Play

 

Sabri (berbaju putih) adalah pelajar tahun akhir Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di bawah tajaan PETRONAS dengan pengkhususan dalam Ecommerce & Financial Management.

Beliau bertanggungjawab memantau dan memastikan aspek-aspek teknikal operasi rangkaian SaifulSham.com bergerak lancar. Walaupun tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang teknologi, beliau memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan dalam operasi secara hands-on.

Apabila tidak menghadap komputer dan menyelesaikan urusan perniagaan, beliau banyak menghabiskan masa untuk membaca, makan dan berjalan-jalan di pantai.

Syazwan (berbaju hitam) adalah jurutera muda bersama syarikat gergasi minyak negara PETRONAS.

Sudah didedahkan dengan keusahawanan sejak kecil, Beliau menerajui unit R&D rangkaian SaifulSham.com. Telah menceburkan diri dalam perniagaan internet unutk beberapa ketika dan kini sedang menyelia aktiviti-aktiviti keusahawanan rangkaian SaifulSham.com

Lepasan Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Petroleum Engineering mempunyai hobi untuk membaca, bermain futsal dan melancong. Acapkali dalam trip-trip beliaulah idea produk untuk diniagakan di Internet di bawa pulang.

 

 SaifulSham @ SaifulSham.com

SaifulSham.com adalah blog kepada Team SaifulSham. Laman ini adalah merupakan laman perkongsian informasi dengan para pembacanya. Bahkan SaifulSham.com adalah merupakan blog keusahawanan dan perniagaan internet #1 (pertama) yang ditulis di Malaysia. Lama sebelum blog menjadi popular di sini.

 

Mereka banyak berkongsi maklumat, tips dan strategi keusahawanan dan perniagaan internet secara percuma di blog SaifulSham.com . Ada pelawat yang menyangka SaifulSham.com adalah laman pelaburan, skim cepat kaya atau yang sewaktu dengannya, namun ini salah ya.

 

Sama seperti laman web Che Det milik Dr Mahathir, Malaysia-Today.net oleh Raja Petra, PaulTan.org oleh Paul Tan, Zaharuddin.net oleh Ustaz Zaharuddin, dan SaifulIslan.com oleh Abu Saif , cuma SaifulSham.com oleh SaifulSham adalah di dalam bidang perniagaan & keusahawanan.

 

SaifulSham.com adalah laman perkongsian informasi dua orang usahawan muda. Noktah.

 

Mahu baca misi dan visi asal SaifulSham sebagaimana ia ditulis beberapa tahun lepas ketika blog ini baru di lancarkan? Klik Di Sini

 

 SaifulSham @ Gelaran “SaifulSham”

Walaupun SaifulSham diasaskan oleh Sabri & Syazwan, mereka lebih dikenali dengan nama SaifulSham, bersempena dengan nama blog ini. Dan oleh kerana agak sukar untuk menukar panggilan orang dan nama “SaifulSham” itu bunyinya agak cool, mereka membiarkan sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, jika terserempak pembaca masih memanggil mereka “Saiful”, “Sham”, “SaifulSham”. Malah ada yang tidak tahu pun nama sebenar pengasas Team SaifulSham adalah Sabri & Syazwan.

Bila Sabri diminta mengulas mengenai perkara ini dan ditanya sama ada beliau tidak terkilan kerana laman webnya lebih popular dari beliau, ini jawapan beliau:

O… bagus tu. Tu maksud blog SaifulSham.com lagi popular dari kami. Kami mahu orang tertarik untuk mengenali SaifulSham.com kerana artikelnya menarik dan berkualiti, bukan sebab penulis-penulisnya handsome dan masih muda teruna. :)

 

 SaifulSham @ Talent

SaifulSham admire talents and love to work with exciting and passionate people. They are always looking for bright, talented young people as part-timers and also permanent employees.

Jika anda mempunyai Facebook, anda boleh apply. (yes, this is not a typo. Walaupun bunyinya pelik tetapi mengikut research blablabla….~boring stuff. If you want to know the full explanation, email us)

Check out all available positions here.